Skip to main content

KEROPOK LEKOR PAK AJIS : Menikmati Keenakan Keropok Lekor Yang Sebenar

bab7cd9f51efdc965fee7577fae411eb

Keropok lekor merupakan antara makanan kegemaran saya dan juga hampir kebanyakan masyarakat di Malaysia. Rasanya yang enak dan rasa ikan yang sedap menjadikan ia antara pilihan ramai.

Di sekitar kita pelbagai jenis keropok lekor yang akan kita temui. Sekiranya anda merupakan peminat setia keropok lekor, pasti anda merasai kelainan setiap hidangan keropok lekor.

Terengganu ialah negeri yang sangat sinonim dengan lekor. Dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi, banyak tempat di Malaysia sudah menghasilkan produk lekor yang tersendiri.

Jika dahulu kita terpaksa untuk ke lokasi-lokasi tertentu untuk merasai lekor, tetapi sekarang boleh didapati di mana-mana sahaja. Samada di Pasaraya sehinggalah ke pasar malam. Bahkan, penjualan menerusi online pun suda mula di popularkan.

Keropok Lekor Tidak Baik Untuk Kesihatan?

Ada mengatakan bahawa memakan keropok lekor ini tidak baik untuk kesihatan. Namun belum ada lagi kajian rasmi yang mensahihkan kenyataan itu.

Walaupun saya bukanlah pakar dalam bab nutrisi makanan, sebenarnya ada khasiat tersendiri yang terdapat pada keropok lekor.

Apa yang penting ialah bagaimana kita memilih jenis keropok lekor. Elakkan mengambil keropok yang mengandungi rasa masin dan minyak yang berlebihan.

Ia sebenarnya boleh memberikan sumber tenaga kepada kita sekiranya diambil pada kadar yang tidak berlebihan.
Kandungan ikan yang terdapat dalam keropok lekor juga memberikan sumber protein kepada pemakannya.

Keenakan Keropok Lekor PAK AJIS

7178eaa146489ecc8a5358bb166311dc

Mungkin masih ramai yang belum pernah mendengar tentang jenama keropok lekor Pak Ajis. Ia merupakan produk dari Sabah dan sudah mula dipasarkan sekitar tahun 2013 lagi.

Walaupun masih baru, namun kualiti dan keenakan rasanya sungguh mengasyikkan khususnya bagi penggemar keropok lekor.

Kandungannya mengandungi 100 % tepung sagu asli tempatan, ikan segar dari Sabah, garam, dan ramuan turun temurun.

Apa yang menariknya tentang keropok lekor ini ialah ia tidak mengandungi MSG, sejenis kandungan yang merbahaya kepada kesihatan.

Produk lekor ini dipasarkan dalam bentuk sejuk beku dan boleh bertahan beberapa minggu. Harganya juga sangat berpatutan.

Bagi yang ingin merasai kelainan berbanding keropok lekor yang lain, pastinya jenama Pak Ajis menawarkan rasa yang sungguh enak dan lazat.

Tidak salah untuk mencuba, yang semestinya anda pasti tidak rugi.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh melayari facebook keropok lekor Pak Ajis atau whatapp di talian 0148465896.

 

P/S : Bagi yang berminat untuk menyiarkan artikel menerusi blog ini, anda dialu-alukan untuk menghantarnya ke email blog ini.

3 thoughts to “KEROPOK LEKOR PAK AJIS : Menikmati Keenakan Keropok Lekor Yang Sebenar”

  1. Salam….
    Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan perniagaan anda. Saya ada menawarkan ikan segar/beku kepada pengeluar produk makanan berasaskan ikan di sabah dan semenanjung Malaysia dengan harga yang berpatutan dan berkualiti untuk memenuhi keperluan. Jenis ikan yang saya tawarkan adalah Tamban, Kerisi dan Basong(Selayang). Sekiranya pihak anda ingin berurusniaga, boleh berhubung terus dengan saya di no. 0128226995

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *