KISAH KATAK YANG MENGAJAR KITA BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN MASALAH

Kali ini saya nak menulis tentang kisah katak.
Saya pernah menulis tentang kisah seekor tikus.
Sebelum ini juga saya ada menulis mengenai kisah ikan.
Kisah kisah haiwan ini sangat menarik diulas. Haiwan yang dikatakan tidak berakal itu sebenarnya sedang mengajar kita manusia yang mendabik dada kononnya berakal serta bijak pandai.
Kita diseru untuk melihat dan merenung ciptaan Allah yang ada disekeliling kita. Banyak pengajaran yang secara halus dan tersirat ditunjukkan kepada kita.
Hanya tinggal memerlukan kita memahami bahawa disebalik ciptaan itu pastinya tidak ada yang sia sia.
Dalam kehidupan kita seharian, masalah pasti akan hadir. Bezanya, hanyalah besar atau kecil sesuatu masalah itu. Cuba renung bagaimana kisah katak ini mengajar kita untuk menyelesaikan masalah.

KISAH KATAK

Katak adalah antara spesis haiwan yang membuatkan kita geli dan takut melihat, apatah lagi menyentuhnya.
Sifat katak yang suka melompat dan mempunyai struktur badan yang berlendir antara faktor membuakan haiwan ini tidak digemari. Selain daripada bentuk mukanya yang agak bengis.
Bayangkan anda melihat seekor katak di sebuah padang yang luas.

Pada waktu ketika ini, anda akan melihat katak itu dikejauhan. Anda merasakan ia bukan satu ancaman yang membahayakan. Ia juga tidak mampu menghadirkan rasa takut dan gerun.
Bahkan mungkin anda akan tersenyum sinis melihat gelagat katak tersebut melompat lompat di atas padang yang luas.
Kali ini ubah sedikit bayangan itu.
Bayangkan pula anda berada dalam satu bilik yang kecil dan sempit.  Ditambah pula suasana cahaya yang malap dan samar samar. Dalam masa yang sama, seekor katak juga berada bersama sama anda dalam bilik tersebut.
Apa pula perasaan kali ini? Adakah anda mampu tersenyum seperti tadi? Atau sudah mula rasa ketakutan atau geli?
Saya yakin kebanyakan diantara kita memunyai perasaan yang berbeza pada 2 situasi yang saya suruh bayangkan tadi.

PENGAJARAN

Apakah pengajaran dan iktibar dari kisah ini?
Kisah katak ini adalah satu kisah yang mengajar saya dan anda pembaca mengenai bagaimana berhadapan dengan sesuatu masalah.
Bayangkan katak itu adalah masalah, jika kita membuka mata dan hati seluas padang bola, masalah itu akan kelihatan kecil.
Namun, jika kita melihat masalah itu dalam sudut pandangan yang sempit, maka masalah itu akan mula menghantui dan menjerut kita.
Penting dalam berhadapan dengan sesuatu masalah ialah bagaimana kita melihat masalah tersebut.
Melihat masalah bukan sahaja dengan menggunakan 2 biji mata, tetapi juga melalui mata hati kita.
 Jika kita bijak melihat menggunakan 2 mata ini, pastinya masalah yang kita hadapi dapat ditangani dengan baik.
KATAK OH KATAK

MOHAMAD HAFIZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *