TAKDIR ITU MILIK ALLAH. YANG KITA ADA HANYALAH TADBIR

d953868550a2b774d14bd2478c16f39a

Agak lama saya tak menulis tentang motivasi dalam hidup. Ringkas dan padat, saya harap artikel ini dapat memberi kebaikan dan kesedaran kepada saya, dan anda semua.

Dalam kehiduan seharian, saya pasti kita pernah berhadapan dengan situasi sebegini.

Membuat atau melaksanakan sesuatu perkara, diakhirnya kita berasa yakin akan berjaya melakukannya, berdasarkan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki,

Atau

Gagal dalam melayari sesebuah perhubungan atau percintaan setelah beberapa lama mempertahankan perhubungan tersebut.

Atau juga,

Pasangan suami isteri yang sudah berusaha bermacam kaedah untuk mendapat anak, tetapi masih belum ada rezeki.

Atau mungkin juga,

Kita mendapat satu berita baik yang kita tidak pernah sangka mendapatkannya.

Dan banyak lagi contoh-contoh yang anda sendiri boleh fikirkan.

Point ini jika kita betul-betul amati dan fahami, membuktikan semua perkara yang berlaku dalam hidup kita adalah berjalan atas nama takdir.

Kebanyakan dikalangan kita yang tidak berusaha untuk faham akan sesuatu ketentuan, akan menuding jari kepada takdir jika tidak mendapat apa yang diingini.

Seolah-olah akan menyalahkan takdir dan bersangka buruk dengan Allah.

Bagaimana berhadapan dengan situasi sebegini?

Ok, pertama sekali saya mengajak anda dan diri saya sendiri untuk sedar bahawa kita ini hanyalah seorang hamba Allah.

Bila sedar diri hamba, kita faham yang kita ini selemah-lemah makhluk yang hanya bergantung kepada Allah.

Salah satu sifat Allah yang kita selalu dengar ialah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Apa pun yang berlaku pada diri kita adalah atas ketentuan takdir. Ini tanda Allah sayang kepada kita.

Seperti yang saya sebut pada tajuk artikel ini, kita mempunyai tadbir. Tadbir disini merujuk kepada kebolehan dan kemampuan yang dikurniakan kepada kita.

Kita hanya mampu berusaha membuat yang terbaik dalam sesuatu perkara. 

Gali dan cari kehebatan tadbir yang ada pada diri sendiri.

Selebihnya, kita serahkan sepenuhnya kepada ketentuan takdir.

 

MOHAMAD HAFIZ

BERDAMAI DENGAN TAKDIR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *