Lokasi Rare Tapi Paling Ideal Untuk Meraikan Pasangan

cce20c71a8e1e62b9c052c395d5db529

Kita selalu membayangkan lokasi-lokasi yang indah dengan penuh fantasi untuk meraikan perhubungan.

Namun ada beberapa tempat atau lokasi yang mungkin jarang orang sebut, namun nilai fantasinya jauh lebih hebat daripada apa yang anda bayangkan.

Mungkin kadang-kadang kita terlepas pandang untuk memilih lokasi yang betul-betul memberi elemen luar biasa dalam memberi sambutan. Nilai yang ada pada lokasi tersebut jauh lebih penting sebenarnya daripada keadaaan fizikal lokasi.

Tidak perlu anda menunggu hari ulangtahun. Apakata sekali sekala kita memberi kejutan kepada pasangan kita, tidak kira samada anda seorang suami, isteri, tunang, dan sebagainya. Pilih lokasi dan bawa pasangan anda ke sana.

Mungkin ada yang merasakan lokasi yang saya senaraikan di bawah tidak memberi kesan yang besar.

Namun pada saya bukanlah hasilnya yang diutamakan, apa yang jauh lebih penting ialah usaha anda untuk membawa sebuah perhubungan ke arah yang lebih baik.

#1. TEMPAT PERTAMA KALI ANDA BERTENTANG MATA ATAU MELIHAT PASANGAN ANDA

5ef957b8f9663fc8fabf2912cd1aefec

Mungkin anda berkongsi lokasi yang sama dengan pasangan. Mungkin juga tidak. Bawalah pasangan anda ke lokasi tersebut dan ceritakan saat-saat anda melihat akan wajahnya.

Kalau masih ingat, terangkan sekali keadaan fizikal pasangan anda seperti jenis pakaian, rambut, kasut, mimik muka dan sebagainya.

#2. TEMPAT PERTAMA KALI ANDA DUDUK MAKAN BERSAMA

fe4f837f84e0147233d10fe16be330be

Saya yakin ini ialah lokasi yang paling anda ingat. Mungkin ketika itu anda sudah menyimpan perasaan terhadap pasangan anda. Bayangkanlah perasaan anda ketika itu.

Kalau boleh specific kan lagi tempat duduk dan meja anda.

Rakamkan detik ini dengan sekeping gambar untuk anda kumpul jadikan ia koleksi untuk mengingati sejarah perhubungan anda.

#3. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

playground

Lokasi ini dipilih kerana ia memberi satu pengalaman nostalgik kepada setiap pasangan. Setiap kita mempunyai zaman kanak-kanak yang pastinya penuh keriangan.

Tempat ini juga memberi bayangan dan harapan masa hadapan setiap pasangan. Bagi yang mempunyai anak, inilah tempat yang pasti membuatkan anda gembira dan ketawa.

Mengimbau kenangan, meraikan perhubungan dan melihat masa hadapan.

Semuanya akan anda rasai di sini. Cuba kunjungi taman permainan yang berhampiran dengan anda.

#4. SEKOLAH PERTAMA PASANGAN ANDA

Woman writing alphabet on chalkboard, close-up

Cuba bawa pasangan anda ke tempat sekolah pertamanya. Bayangkan sekolah yang ditinggalkan berbelas atau puluhan tahun, kini anda masuk bersama ke nostalgia itu.

Setiap orang pasti mempunyai kisah tersendiri ketika di zaman sekolah khususnya di sekolah rendah.

Mungkin jika kita mengimbau kisah zaman kanak-kanak bersama pasangan, akan menambah kemanisan dalam perhubungan.

Ia akan membuat kita lebih mengenali pasangan kita.

KESIMPULAN

Saya yakin anda juga mempunyai lokasi tersendiri untuk diraikan bersama-sama pasangan. Tidaklah saya maksudkan tempat yang mungkin jauh lebih menarik bagi anda adalah tidak ideal.

Tetapi saya secara peribadi percaya bahaya dalam melayari sebuah perhubungan, unsur kelainan, kenangan dan kejutan sangat penting.

Mari kita bersama-sama mencuba untuk memilih sekurang-kurangnya salah satu lokasi-lokasi di atas.

Selain daripada menjimatkan kos, ia juga mungkin senang untuk dilawati selain mempunyai nilai yang tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *