MAHATHIR, ANWAR DAN POLITIK : BERPISAH TIADA

f735a7dda6c9f65aef22759a4d1a39ce

Saya antara jutaan rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang mengkagumi kehebatan politik yang dimiliki oleh Dr. Mahathir.

Beliau boleh saya ibaratkan sebagai genius politikus yang pernah lahir di muka bumi. Dalam usia yang menjangkau angka 90 tahun, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana beliau masih di panjangkan umur.

Meskipun ramai musuh-musuh politiknya masih menyimpan dendam terhadap beliau, mereka seharusnya mengakui keamanan yang dikecapi Malaysia pada masa kini adalah antara hasil tangan kepintaran dan kebijaksanaan Dr. Mahathir.

Mahathir tetap Mahathir. Usia bukan penghalang untuk beliau menjadi mind changer atau master mind of change dalam mencorak politik Malaysia.

Tegas dalam pendirian. Yakin dalam tutur bicara. Bijak mencari ruang dan peluang. Pakar dalam membaca gerakan musuh.

Itulah Mahathir. Dan sebab itu beliau merupakan sumber inspirasi ramai manusia termasuklah saya.

Aura yang beliau miliki pasti membuat semua teruja. Musuh boleh menjadi kawan. Kawan pun boleh menjadi musuh dalam sekelip mata.

Untuk menilai seseorang itu hebat atau tidak, jangan kita melihat ketika dia berada di puncak kuasa. Kita lihat bagaimana dia berjuang ketika dia tidak mempunyai apa-apa.

Mari saya ringkaskan apa peristiwa mutakhir dalam negara supaya membuka minda kita seluas-luasnya.

Ketika saya menulis artikel ini, Mahathir telah mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru bagi menentang UMNO.

Pada tika ini juga, Amerika Syarikat sudah mula menjalankan siasatan terhadap 1MDB. Beberapa buah negara juga sudah mula membuat perkara yang sama.

Namun, rakyat Malaysia masih yakin dengan kenyataan daripada peguam negara, gabenor negara, ketua polis negara dan pak-pak menteri yang konsisten menyatakan tiada salah laku terhadap 1MDB.

Dalam konteks artikel Mahathir ini, Perlu saya ingatkan disini bahawa 1MDB merupakan kemuncak kepada punca penentangan Mahathir terhadap kerajaan dan parti pimpinan Najib.

Sebab itu, apapun strategi beliau dalam politik, pasti ia tidak lari daripada isu 1MDB. Mengapa? Sebab disitulah terletaknya punca kelemahan Najib.

Saya tak mahu mengulas panjang tentang 1MDB dalam artikel ini.

Saya cuba betulkan persepsi, 1MDB itu tidak salah. Sebab belum ada bukti kukuh dan disabitkan kesalahan.

Tetapi, kekeliruan rakyat terhadap isu ini kerana belum ada penerangan yang tuntas untuk menjawab semua persoalan. Inilah point mengapa ia menjadi melarat sehingga menjadi isu nasional.

Mengapa saya kaitkan Anwar Ibrahim dalam artikel ini?

Dalam apa strategi politik, seorang tokoh memerlukan hulubalang dan panglima perang untuk survive dalam perjuangan.

Mahathir tidak boleh bersendirian.

Hulubalang ini biasanya merupakan anak didik yang dibentuk untuk menjadi pelapis. Hulubalang ini mempunyai pesona dan aura untuk menggantikan beliau.

Persoalan saya..siapakah anak didik Mahathir?

Mari kita belek kembali sejarah. Kita lihat beberapa tokoh di era pemerintahan beliau.

Tengku Razaleigh Hamzah bukanlah anak didik Mahathir. Ku Li merupakan antara seteru hebat dalam politik.

Najib juga bukan anak didik Mahathir. Hanya kerana membalas jasa Tun Abdul Razak, beliau berada dalam pentadbiran kerajaan.

Hishamuddin juga begitu. Mukhriz pula hanya bergiat aktif dalam politik selepas Mahathir bersara.

9c06f5d393fdd9077ef1ad20d192f839

Anwar Ibrahim? Ya..beliaulah satu-satunya anak didik yang ditatang sebagai hulubalang untuk menjadi pengganti oleh Mahathir.

Daripada hanya aktivitis di universiti dan jalanan, Anwar di bawa masuk sendiri oleh Mahathir ke dalam UMNO dan Kerajaan.

Dalam hanya tempoh singkit, beliau diangkat sehingga menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden UMNO.

Mahathir dan Anwar Ibrahim merupakan bukan calang-calang tokoh yang pernah lahir di muka bumi Malaysia ini.

Bukan saya mengagung-agungkan mereka. Jauh sekali ingin memburukkan kerajaan yang ada.

Sayangnya, mereka berada dalam zaman yang sama. Masing-masing saling lengkap melengkapi sehinggalah akhirnya mereka menjadi seteru politik paling ampuh dalam sejarah Malaysia.

Perlu anda ingat, hubungan dalam politik merupakan antara paling misteri dalam dunia. Kawan dan lawan boleh bertukar sekelip mata.

Adakah Mahathir dan Anwar akan kembali bersatu?

3 nasihat saya sebelum mengakhiri artikel ringkas ini.

Pertama, sudah tiba masanya negara memerlukan pelapis kepimpinan seperti Mahathir dan Anwar.

Kedua, berhati-hati dengan apa-apa yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat. Jangan kita melulu menyokong membabi buta. Ingat ketika bagaimana Mahathir berhadapan dengan provokasi Amerika yang terang-terang menyokong anwar Ibrahim ketika pemecatannya.

Ketiga, respect PM. Bila kita dibuai dengan perasan marah dan tidak puas hati, segala unsur berniat jahat dari luar akan lebih mudah meresap.

6c3778dd0164f018d6952aae0782cd35

 

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *