Skip to main content

Malangnya Nasib Tulisan Jawi

Semenjak isu tulisan Jawi menjadi topik bualan hangat rakyat Malaysia, pelbagai idea, cadangan dan kenyataan yang kekadang memualkan untuk didengar.

Saya tidak mahu memanjangkan isu ini dengan menulis sesuatu yang saya rasa tidak perlu. Cukuplah kita mendengar pelbagai pihak bertelingkah isu ini seperi tiada kesudahan.

Isu tulisan Jawi ini sebenarnya bukan hanya tentang tulisan. Jika hanya sekadar tulisan, saya yakin SJKC dan SJKT tidak ada masalah untuk menerima silibus ajaran Jawi.

Namun, ada perkara yang lebih besar yang berada dibelakang tulisan Jawi itu.  Mungkin lain artikel saya akan cerita.

Cuma kali ini, apa yang membuat hati ini sedikit ralat apabila mengenangkan nasib tulisan Jawi itu sendiri. Dek kerana isu ini, ramai yang terlepas pandang memikirkan betapa malangnya nasib yang menimpa tulisan jawi.

Sebelum tulisan rumi digunakan sekarang, Tanah Melayu yang majarotinya berbangsa Melayu, telah lama menggunakan Jawi sebagai medium perantara dalam penulisan.

Bahkan ketika era penjajah menjarah tanah air kita, Jawi tetap masih digunakan secara meluas.

Jawi ketika itu dipandang sebagai tulisan ilmu. Segala pengetahuan hanya boleh didapati sekiranya anda boleh membaca dan menulis Jawi. Orang melayu, Jawa, Bugis, Portugis, Belanda, malah British pun boleh membaca Jawi.

Maka, tidak menghairankan terdapat gereja dan Sekolah Mubaligh di Sarawak yang yang tertera tulisan Jawi di dinding.

Terdapat banyak manuskrip melayu lama dalam tulisan Jawi didapati pada Kerajaan China dan beberapa beberapa kerajaan besar pada zaman dahulu.

Apa yang ingin saya bebelkan disini ialah penegasan bahawa Jawi itu sebagai tulisan, bukan hanya dalam bidang keilmuan, bahkan dalam perhubungan antarabangsa.

Apabila tulisan rumi digunakan secara meluas, Jawi semakin dipinggirkan. Sebuah akhbar Jawi yang terkenal awal sebelum merdeka akhirnya gulung tikar.

Masyarakat Melayu sudah tidak melihat Jawi sabagai relevan dengan keperluan semasa, khususnya dalam konteks pembangunan moden.

Ringkasnya, yang menolak dan meminggirkan Jawi itu adalah orang Melayu sendiri. Anak anak Melayu sudah tidak diajar mengenal Jawi.

Jawi dalam bahasa mudahnya, seolah olah ‘diikat bungkus tepikan’ oleh tuannya sendiri. Hanya, akan dihirup apabila  tuannya haus. Itupun menggunaka straw yang dicucuk dalam ikatan tepi.

Kesimpulan yang saya boleh huraikan dalam artikel ringkas ini, ialah rakyat Malaysia harus jujur pada diri sendiri.

Sekiranya benar ingin memartabatkan Jawi, asas Jawi dan minat perlu dipupuk dimulakan dengan orang Melayu sendiri. Perkukuhkan di sekolah harian biasa dahulu, sebelum diperkenalkan ke sekolah Cina dan Tamil.

Orang Cina dan India juga perlu sedar hakikat bahawa Jawi begitu dekat dengan orang Melayu. Penolakan secara terangan bersalut provokasi hanya akan mengundang ketidak harmonian dalam masyarakat.

Jawi, samada setuju atau tidak, harus diakui membawa bersama maruah bangsa Melayu.

Dalam bahasa mudah, jangan cabar kesabaran Melayu. Sabarnya Melayu dan bumiputera itu juga ada hadnya.

Maaf, ini bukan tulisan rasis ataupun perkauman. Menulis kerana sayangkan nikmat keamanan. Peace. No war.

Malang itu tidak berbau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *