MENDIDIK ANAK KECIL DATANG KE MASJID

eb40126c5eaacf563f3858b043b0606a

Nama anak saya yang pertama ialah Harraz. Full name Muhammad Harraz.

Dalam usia 3 tahun, keaktifan dan kenakalan mewarnai karakter anak sulung saya.

Mengikut pemerhatian dan sedikit kajian saya yang tak berapa master ni, kebanyakan ibubapa di Malaysia mahukan anak rajin datang masjid. Namun, ada beberapa jenis ibubapa yang tergolong dalam beberapa kategori.

Ada dikalangan ibubapa yang jenis setahun sekali datang masjid.

Ada yang tak pernah datang masjid sudah bertahun-tahun.

Ada ibubapa yang bergelumang dengan dosa (maafkan saya guna bahasa tak berapa sedap) tetapi tetap mahukan anak datang ke masjid.

Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman tentang bagaimana cabaran untuk membawa anak saya ke masjid.

Mengapa perlu bawa ke MASJID?

MASJID ialah rumah ALLAH. Untuk mengenal ALLAH, kena rajin datang rumah ALLAH iaitu MASJID.

Saya yakin setiap parents mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Sama jugalah seperti saya. Saya yakin bahawa mendidik anak bukan dengan kaedah sekadar menyuruh itu dan ini.

Setiap ibubapa perlu menjadi role model bagi anak mereka.

ANAK TIDAK AKAN PANDAI GUNAKAN TANGAN UNTUK MAKAN SEKIRANYA IBU DAN BAPANYA TIDAK PERNAH MAKAN GUNAKAN TANGAN.

ANAK TIDAK AKAN PANDAI MENYAPU SEKIRANYA DIA TAK PERNAH NAMPAK IBU DAN BAPANYA MENYAPU.

Otak anak pada masa ini paling cepat menyerap segala ilmu dan amalan.

Fungsi ibubapa ialah mengisi tapak asas agar anak menjadi manusia yang berguna dan berjasa pada ibubapa.

Mukadimah di atas adalah untuk anda faham bahawa bukan mudah untuk menjadi ibubapa.

Tetapi, ibubapa yang ada di muka bumi ketika ini juga mempunyai ibu dan bapa. Dunia ini berputar dan terus berputar sehinggalah kita sudah tidak berada lagi dalam putaran tersebut.

Mengajar anak untuk kenal ALLAH dengan mendidik datang ke masjid perlu ada dalam putaran kehidupan pasangan ibu dan bapa. Agar putaran roda itu tidak menghempap anda dikemudian hari.

Bila menulis dan bercerita tentang masjid, saya terus terang katakan yang saya bukanlah orang masjid.

Saya juga bukan imam atau bilal. Bukan juga AJK masjid atau tukang kutip derma masjid.

Saya ialah muslim. Saya seorang suami dan bapa. Tanggungjawab saya ialah mendidik keluarga dan rakan muslim yang lain untuk sama-sama menjadi seorang muslim.

2 benda ingin saya kongsikan disini. Bukanlah saya katakan saya bapa yang hebat. Sekadar perkongsian untuk sama-sama kita menjadi lebih baik.

PERTAMA. Saya akan sekerap dan sedaya yang mampu akan membawa anak datang ke masjid setiap hari. Jika tak dapat bawa anak, saya cuba mendisiplin diri untuk datang sekurangnya berjemaah sekali dalam sehari.

Setiap langkah kaki seorang bapa datang dan pergi masjid pasti ada berkat.

Apatah lagi selesai sahaja sahaja solat Jemaah, balik rumah dan terus peluk anak. Mudah-mudahan aura solat pada badan dan pakaian dapat disalurkan pada hati anak-anak.

KEDUA. Mengajak anak dengan cara yang betul . Ambil pendekatan yang halus dan lembut.

Anak bermain-main di masjid? Pada saya itu normal dan memang sifat seorang kanak-kanak. Lainlah kalau orang tua yang berlari-lari di dalam masjid. Itu luar biasa.

Mujur anak saya tidaklah dalam kategori yang aktif semacam ketika di masjid. Buat masa inilah.

Bagaimana pula kalau anak dah memang jenis yang kuat berlari umpama nampak trek balapan kat sejadah di masjid?

Bagaimana pula bagi anak yang seperti datang ke Legoland apabila menjejak kaki di masjid?

Saya suka dengan pendekatan yang meransang dan tidak menghukum.

Mungkin didik anak dengan datang ke masjid bukan pada waktu solat Jemaah. Hendak seribu daya.

CADANGAN

Mungkin sudah tiba masanya masjid-masjid di Malaysia mengubah sedikit pendekatan dalam menarik minat anak-anak kecil datang ke masjid.

Saya sebenarnya kurang setuju dengan pendekatan sesetengah masjid yang meletakkan kawasan khas untuk kanak-kanak ketika solat Jemaah.

Mungkin ada dikalangan anak ini lebih selesa solat disamping bapa mereka.

Mungkin juga bila solat bersebelahan bapa, anak lebih berdisiplin dan terkawal.

Kadang-kadang hilang kyusuk si bapa memikirkan anak yang solat nun di hujung saf ketika solat Jemaah dek kerana dipisahkan.

Sekadar pendapat saya yang kurang arif.

Memupuk anak datang ke masjid seawal usia sangat penting dalam membentuk sahsiah ketika dewasa.

Saya cadangkan setiap masjid menyediakan ruangan tapak permainan kanak-kanak di kawasan masjid. kalaupun tidak seperti Legoland, seperti permainan di KFC pun dah kira ok.

Ambil angkah yang pertama dalam memupuk minat anak kecil kita. agar senang kita bentuk apabila sudah meningkat usia nanti.

Insyaallah…

 

MOHAMAD HAFIZ

Bapa Harraz Yang Prihatin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *