MERAIKAN ATAU MENGUSAHAKAN KEMERDEKAAN 59 TAHUN

bd43fa497e4fd7b33c4fb2263c2e1311

Sudah 59 tahun. Sebagai rakyat Malaysia yang matang, mari kita renung sejenak bagaimana kita pada hari ini meraikan kemerdekaan itu.

Bukan niat saya untuk bersikap prejudis. Bukan juga untuk memburukkan mana-mana pihak.  Jauh sekali untuk mempertikaikan hari kemerdekaan itu sendiri.

Sila buka mata dan minda.

Antara pemandangan biasa yang kita saksikan pada pagi kemerdekaan ialah perarakan, perbarisan, laungan keramat merdeka, dan pertunjukkan tarian serta nyanyian.

Ia biasanya disusuli dengan ucapan pemimpin dan tokoh kenamaan.

Pada malam sebelum itu, kita akan biasa menyaksikan pertunjukkan bunga api. Dan seperti kebiasaannya di Malaysia, Perdana Menteri akan memberi ucapan hari kemerdekaan.

Di kampung-kampung biasanya akan ada pertandingan itu dan pertandingan ini.

Di televisyen pula akan disiarkan cerita-cerita perang dan kemerdekaan. Tidak perlu saya beritahu nama filem. Anda sudah boleh agak rasanya.

Konsert itu satu perkara wajib yang seperti berdosa jika tidak dibuat. Konsert kemerdekaan, konsert di ambang kemerdekaan dan pelbagai jenis lagi konsert.

Ini pemandangan yang sudah menjadi rutin tahunan di Malaysia. Kita sudah dididik untuk menjadi seperti itu. Samada anda sedar, separa sedar atau tidak sedar langsung. Sudah 59 tahun.

Apa yang merisaukan saya ialah dalam kesibukan kita meraikan hari kemerdekaan, kita terlena daripada mengusahakan kemerdekaan.

Nak usahakan kemerdekaan? Kan negara kita sudah merdeka?

Ya. Kita merdeka 59 tahun lalu. Tetapi adakah kita masih merdeka sekarang?

Jangan kita menjadi manusia jumud dan bodoh. Bodoh maksudnya membiarkan otak kita dipogram tanpa usaha untuk berfikir.

Dalam kita sibuk mengibarkan Jalur Gemilang dan melompat-lompat keriangan mendengar ucapan berapi pemimpin tempatan, mari renung sejenak.

Sedar atau tidak, kita sebenarnya masih jauh untuk sehati dan sejiwa.

Bila ini terjadi, kita masih belum bersatu.

Pemimpin-pemimpin melayu Islam di Malaysia sudah berpecah belah. Bila kepimpinan kaum majaroti tidak bersatu, sukar untuk menyatukan masyarakat lain.

Isu-isu nasional semakin menghimpit dan menyempit.

Belum lagi isu-isu sosial yang juga semakin parah setiap hari.

Mungkin ia akan membuatkan kita berfikir. Akan ada suara-suara membisik apa sebenarnya yang merdeka.

Berfikir sahaja tidak cukup. Berbahas sahaja tidak memadai. Memekik dan melolong juga tidak boleh menjanjikan hasil.

Mengapa saya berkata begitu? Kerana tahun depan benda ini akan kembali berulang dan berulang.

Teori perlukan praktikal. Ilmu perlukan amalan. Tiada usaha maksudnya segala apa yang kita baca dan bahaskan tidak akan mendatangkan keberkesanan.

Ayuh rakyat Malaysia. Gunakanlah apa sahaja yang kita ada meskipun hanya sekadar kata-kata untuk mengusahakan pengisian kemerdekaan.

Risau kita tidak cukup masa ketika negara sedang berhadapan  mush-musuh yang sedang menanti peluang untuk menjahanamkan negara dari pelabai aspek.

 

MOHAMAD HAFIZ
PELIK MELIHAT VIDEO YOUTUBE PAK-PAK MENTERI MENARI DI SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *