MH17 DAN TPPA

bb6cf589e77d5b76c75bf557ca5c9089

Baru-baru ini sudah didedahkan laporan akhir tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Dan mutakhir ini juga, isu perjanjian TPPA yang penuh misteri rancak dibincangkan. Mengapa saya katakan 2 perkara ini ada kaitan?

Untuk menghadam tragedi ini, anda harus faham daripada konteks yang lebih luas tapi melihat dengan mata yang halus. Mengapa pesawat MAS yang menjadi mangsa? Apa kaitannya pula dengan TPPA?

Sebelum ini saya ada menulis mengenai sebuah lagi kapal terbang milik Malaysia iaitu MH370. Bagi yang sudah membaca, rasanya anda boleh membaca dan faham ke mana arah tuju isi artikel saya ini.

Cuma olahan saya kali ini lebih kepada mencari perkaitan dan kesimpulan kepada 2 kisah yang sedang dan akan menghantui Malaysia.

Ini adalah pandangan ilusi saya sebagai penulis. Teori yang saya kemukakan ini hanyalah teori konspirasi semata-mata. Mungkin terdapat fakta yang tiada bukti kukuh. Namun, diharap ia mampu membawa keluar imiginasi pembaca seketika ke demensi berbeza.

Mengapa MH17 di tembak?

MH17 ditembak jatuh ketika melalui ruangan udara Ukraine yang sedang bergolak. Ketika nahas berlaku, ada beberapa lagi pesawat penerbangan komersial yang turut melalui ruang udara yang sama.

Perlu kita faham bahawa pergolakan di Ukraine melibatkan 2 kuasa besar dunia. Kerajaan yang memerintah Ukraine disokong oleh Amerika manakala pemberontak di Selatan Ukraine disokong oleh Rusia.

Maka, ia adalah pertembungan kuasa antara Amerika dan Rusia.

Mengapa Ukraine?

Ukraine merupakan negara yang sangat strategik dari segi geo-politik dan kedudukannya terhadap kuasa-kuasa besar. Ukraine sangat penting untuk Amerika bagi menghalang pengaruh Rusia daripada terus berkembang di Eropah. Begitu juga sebaliknya.

Dan sebab itu, negara ini harus dikuasai. Titik pergolakannya sudah mula berkembang. Rakyat Ukraine telah berjaya dipecah belahkan.

Maka, disinilah MH17 muncul. Cerita MH17 ialah merupakan serampang dua mata daripada kuasa besar. Saya katakan begini kerana bukti teorinya hampir mengatakan begitu.

Amerika tidak boleh bergerak sendiri untuk menentang musuhnya. Ia perlukan kawan untuk ia dilihat seperti peperangan suci menentang keganasan. Sebab itu ketika Perang Iraq yang mengulingkan Saddam Hussin, mereka mengheret negara-negara yang bersekutu untuk turut serta.

Begitu juga kisahnya di Afganistan dan Libya.

Mengapa Belanda?

Skrip yang hampir sama digunakan untuk MH17. Majoroti penumpang yang terkorban ialah rakyat Belanda. Belanda merupakan sebuah negara dalam Kesatuan Eropah.

DI Belanda juga terletaknya Mahkamah Antarabangsa. Point ini sangat penting untuk melibatkan Belanda dan Eropah dalam kancah konspirasi terancang.

Dari situ, sentimen kemarahan dan kebencian masyarakat Belanda dan Eropah ditiup untuk turut serta menyertai konspirasi ini.

Bayangkan, mayat-mayat mangsa rakyat Belanda diusung disekitar bandar serta diadakan upacara besar untuk memperingati mereka yang terkorban. Sedih, kecewa, simpati dan marah berjaya diadun tanpa kita sedar. Sama jugalah kesnya seperti yang telah diadakan di Malaysia.

Skrip ini semakin jelas dengan keluarnya laporan akhir mengenai MH17. Laporan tersebut jelas menyebut terdapat bom buatan Rusia yang digunakan untuk menembak jatuh MH17.

Peliknya, tiada laporan khusus mengenai bacaan daripada kotak hitam ditemui. Tiada juga wakil Russia dalam badan siasatan yang ditubuhkan. Dan banyak lagi kekeliruan timbul selepas laporan dibentangkan.

Siapa Untung?

Persoalannya..adakah ia bom daripada Rusia? Sekiranya ia adakah Rusia akan mengaku? Untuk menjawab soalan ini, anda harus faham tentang siapa yang untung dalam kisah ini. Siapa musuh kepada Rusia.

Baik, cuba lihat beberapa fakta ini. MH17 merupakan kapal terbang milik Boeing. Boeing merupakan syarikat penerbangan yang berpengkalan di Amerika.

Adalah mustahil untuk Boeing tidak memiliki data ataupun alat untuk mengesan pesawat buatannya yang sedang terbang di udara.  Dan pastinya Boeing juga mempunyai maklumat-maklumat tertentu mengenai pesawat yang mereka keluarkan.

Maka dengan itu, laporan yang dikeluarkan oleh badan penyiasat MH17 harus mengikut laluan skrip yang telah ditulis. Amerika tidak akan melibatkan diri dengan hal-hal yang tiada kaitan dengan keuntungan. Sejarah sudah cukup tebal untuk membuktikan hakikat ini.

Amerika adalah negara yang bermazhab kapitalis. Semua urusan yang melibatkannya harus ada unsur kapitalis. Mereka bernafas menggunakan kapitalis. Mazhab kapitalis ini telah menjajah hampir ke seluruh dunia.

Rusia pula adalah negara berfahaman komunis. Mazhab komunis inilah yang cuba di tawan oleh golongan kapitalis. Pengaruh Rusia yang sedang naik sangat tidak bagus untuk Amerika.

Rusia telah membuat beberapa perjanjian dan pakatan dengan beberapa negara untuk keluar daripada pengaruh Amerika. Antara negara yang terlibat ialah China dan India. Perlahan-lahan kuasa-kuasa besar ini mula meninggalkan dolar Amerika.

Amerika sebenarnya sedar akan kuasa besar seperti China, Rusia dan India sedang melawan mereka. Ketiga-tiga negara ini mempunyai kekuatan militari dan nuklear selain pasaran ekonomi yang besar.

Maka, dengan itu perlu ada stategi untuk menentang kebangkitan kuasa ini. MH17 adalah permulaannya. Negara Eropah cuba diikat untuk menyokong Amerika.

Sekiranya anda sudah dapat membayangkan apa yang digambarkan, maka pertembungan dua fahaman ini akhirnya turut melibatkan Malaysia.

Malaysia ialah negara yang berada dalam pengaruh kapitalis yang kuat. Yakni mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika. Dalam masa sama, Malaysia juga mempunyai hubungan erat dengan China, India dan Rusia. Perkara ini tidak disukai oleh Amerika mahupun musuhnya.

Kedudukan Malaysia yang sangat stategik ini mendorong kuasa Amerika untuk mengikat Malaysia. Eropah sudah diikat dengan 2 perjanjian rahsia iaitu TISA dan TTIP. Anda boleh google sendiri mengenai perjanjian tersebut.

Maka, disinilah kisahnya antara TPPA dan Malaysia. Disini jugalah titik pertembungan kaitan antara MH17 dengan TPPA.

Saya akan cuba terangkan kisah yang seterusnya pada artikel yang akan datang. Moga diberi kekuatan dan kesihatan. Insyaallah mudah-mudahan kita mendapat manfaat daripada penulisan kali ini.

Wallahualam.

One thought to “MH17 DAN TPPA”

  1. Pingback: TPPA DAN ZIONIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *