MH370 : MERUNGKAI DISEBALIK TEORI DAN REUNION

An artwork conveying well-wishes for the passengers and crew of the missing Malaysia Airlines Flight MH370 is seen at a viewing gallery in Kuala Lumpur International Airport March 19, 2014. REUTERS/Edgar Su (MALAYSIA - Tags: DISASTER TRANSPORT)
Berakhirkah sebuah penantian?

Ketika saya menulis artikel ini, Perdana Menteri DS Najib telah mengumumkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi adalah dari pesawat malang MH370.

Setelah lebih setahun pencarian, barulah ada bahan bukti fizikal dijumpai. Antara bukti yang diperolehi ialah cebisan rangka pesawat, botol mineral dan yang terbaru ialah naskah Al-Quran.

Persoalannya..mengapa sekarang baru dijumpai? Kenapa di sana? Siapa? Bagaimana?  Belum ada jawapan konkrit kita perolehi. Saya nukilkan point-point yang MUNGKIN ada menyokong teori-teori konspirasi berlegar di media sekarang.

Teori yang saya kemukakan dibawah mungkin bukanlah satu kebenaran, tuduhan, atau sekadar sembang kedai kopi, tetapi menuntut pembaca untuk berfikir di luar kebiasaan. Jangan dipengaruhi sentimen kepropagandaan murahan. Bagi yang tidak berhati  kental, sila abaikan point-point di bawah.

Semoga kita bersama-sama beroleh petunjuk dan manfaat. Insyaallah.

  1. Pulau Reunion. Pulau ini terletak di lautan hindi dan berada dibawah pemerintahan Kerajaan Perancis. Reunion membawa maksud perjumpaan semula selepas lama tidak berjumpa. Agak sentimental maksudnya dengan situasi MH370.
  2. Pulau Reunion terletak di Timur Madagascar, dan 175 KM dari barat daya Mauritius. Di utara terletaknya Pulau Seychelles dan Maldives. Kepualauan-kepulauan berhampiran ini secara kebetulannya mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Melayu. Suka saya kupas sedikit info berkaitan pulau-pulau yang disebut di atas.
  3. Pulau Madagascar terdiri daripada 22 juta penduduk dimana 22 peratus adalah dari bangsa Merina. Siapa bangsa Merina? Menurut kajian, bangsa ini berasal usulkan bangsa Melayu di Asia Tenggara. Rupa paras dan budaya bangsa Merina tidak jauh berbeza dengan bangsa Melayu.
  4. Di Pulau Seychelles, tokoh pahlawan Perak iaitu Ngah Ibrahim, Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan 44 orang warga perak telah dibuang dan diasingkan di pulau berkenaan oleh British.
  1. Pulau Maldives juga mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan bangsa Melayu dan Islam. Budaya dan cara hidup masyarakatnya sangat rapat dengan budaya masyarakat di nusantara.
  2. Menariknya, ketika kejadian awal kehilangan MH370 dilaporkan ada penduduk setempat melihat pesawat malang itu berlegar dan terbang rendah di selatan kepulauan Maldives.
  3. Jarak antara Pulau Maldives dengan Pulau Diego Garcia ialah lebih kurang 740 KM. Pulau Garcia?? Pasti sesiapa yang mengikuti teori kehilangan MH370 pasti akan mengenali atau pernah membaca tentang pulau misteri ini. Saya simpan dulu kisah Pulau diego Garcia untuk kali ini.
  4. Kita buka mata kita untuk melihat secara global tentang keadaan di lautan hindi ketika ini. Suka saya membawa pembaca dari sudut geo-politik dan kuasa-politik. Lautan Hindi merupakan antara lautan paling luas di dunia.
  5. Pelbagai khazanah dan sumber alam yang masih belum di teroka di Lautan Hindi. Kedudukannya yang sangat-sangat stategik dimana ia menghubungkan Benua Afrika, Tanah Arab, Asia, Australia dan Antartika. Dan pastinya ia merupakan laluan utama perkapalan di dunia.
  6. Kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi dunia mengubah landskap  politik di Lautan Hindi. Di sinilah titik permulaan segala macam konflik di muka bumi ini.
  7. China cuba untuk mengukuhkan pengaruh di lautan Hindi dengan mengadakan hubungan ketenteraan dengan beberapa negara yang di perairan lautan Hindi.
  8. Laut China Selatan pula dilihat dikuasai oleh China. Sebab itu pertikaian terhadap kepulauan Spratly berlarutan ekoran kepentingan kuasa besar untuk menguasainya. Malaysia adalah salah satu negara yang turut menuntut hak terhadap pulau tersebut.
  9. China turut meluaskan aktiviti strategik maritimnya di sepanjang laluan Lautan Hindi. Bermula dari Tanah Besar China, kepulauan Spratly, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, Pakistan,Iraq, Kenya dan Sudan.
  10. Amerika mempunyai hubungan strategik dengan Vitnam, Australia, Singapura, Oman, Seychelles, selain mempunyai pengkalan tentera di Pulau Diego Garcia.

    Collardeperlaschino
    Gambaran suasana pertembungan kuasa besar di Lautan Hindi
  11. Kuasa besar lain seperti Amerika pula sudah mengorak pelbagai langkah untuk mengukuhkan pengaruh mereka di rantau ini, selain cuba untuk mengekang pengaruh China yang semakin meluas.
  12. Perjanjian TPPA adalah merupakan salah satu daripadanya. Perjanjian TPPA yang jelas mempunyai agenda tersembunyi merupakan langkah terdesak Amerika untuk mengekang dominasi China. Sebab itu perjumpaan demi perjumpaan telah dibuat dikalangan negara yang terlibat. Tujuannnya hanya untuk menekan negara tesebut untuk menandatangani perjanjian itu.
  13. Malaysia sudah pun berada dalam helaian muka surat kuasa dunia ini untuk diatur. Tidak mustahil kemelut politik dan ekonomi semasa turut berada dalam perancangan rapi mereka. Wallahualam.
  14. Untuk point berikut, saya fokus kepada pesawat boeng MH370 itu sendiri. Saya ingin mengimbau sedikit nostalgia agar kita refresh semula kejadian yang semakin dilupakan ini.
  15. Pesawat canggih yang berasal dari Amerika ini membawa ramai penumpang China.
  16. Pesawat ini dilaporkan hilang dari radar sejurus selepas memasuki perairan Vietnam. Persoalannya..adakah Vietnam mengetahui dimana kedudukan MH370 selepas itu? Vietnam merupakan sekutu paling rapat Amerika di rantau Asia tenggara.
  17. Terdapat laporan yang mendedahkan pesawat MH370 itu berpatah balik menuju ke Lautan Hindi. Itupun didedahkan selepas beberapa hari dari hari kejadian. Persoalannya…dalam tempoh 24 jam selepas kehilangan, adakah ia betul-betul terus hilang??
  18. Sidang media yang dibuat beberapa jam selepas kehilangan pesawat menunjukkan sedikit kekalutan seolah-olah tidak ada persiapan di pihak kerajaan. Namun,,beberapa hari kemudian barulah nampak teratur seolah ada skrip sudah disediakan. Sehingga kita terus dibuai dengan laporan demi laporan dan analisis yang akhirnya membuat kita menerima pasrah kenyataan ia berakhir di Lautan Hindi.
  19. Saya ingin membawa anda kepada babak dimana operasi terakhir pencarian MH370 sebelum penemuan sayap di Pulau Reunion. Babak ini berlangsung di Australia.
  20. Australia merupakan negara yang turut mempunyai perairan di Lautan hindi. Australia merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat.
  21. Australia mempunyai perkaitan politik yang kuat dengan Malaysia tanpa kita sedar. Ingat kes Altantuya? Pembunuh yang sudah dikenakan hukuman gantung masih selamat dibawah perlindungan Australia. Ketika artikel ini ditulis, masih belum ada tindakan konkrit kerajaan untuk membawanya ke Malaysia.
  22. Apa kaitan pembunuhan Altantuya dengan Malaysia? Cuba renung bersama..mengapa dengan mudah seorang pembunuh berprofil tinggi keluar Malaysia dan memasuki Australia? Adakah Australia tidak mengetahui tentang semua ini? Mengapa mereka dengan penuh komited bersungguh-sungguh membantu Malaysia dalam operasi MH370? Bahkan ketika penemuan bangkai pesawat di Pulau Reunion, Australia sekali lagi menyatakan akan terus mencari saki baki bangkai MH370. Maka saya cuba untuk bersangka baik.
  23. Point ini saya membawa anda untuk mengkaji penemuan-penemuan yang dikatakan milik pesawat malang MH370. Seperti yang saya katakan di awal artikel, penemuan fizikal ini berlaku di Pulau Reunion. Dan bukti-bukti yang dikatakan tersebut secara konsistennya ditemui dalam tempoh masa yang dekat, setelah lebih setahun operasi pencarian.
  24. Bangkai sayap yang ditemui tidak kelihatan seperti dari pesawat yang terhempas. Ini dibuktikan dengan warna yang berbeza. Ada pendapat menyatakan ia berubah mengikut peredaran masa dan keadaan. Namun gerak hati saya yakin ia bukan dari pesawat yang terhempas.

    150730114343-04-plane-debris-0730-super-169
    Bangkai pesawat yang dikatakan milik MH370
  25. Ironinya, di Malaysia, penemuan ini berlaku hanya beberapa ketika selepas PM DS Najib mengugurkan TPM Tan Sri Muhiddin Yassin. Tiba-tiba..berita penemuan bangkai menutup berita pemecatan. Tiba-tiba kes yang semakin lesu in mendapat nafas baru. Pelbagai isu tiba-tiba muncul.

    muhyiddin-the-star
    Tan Sri Muhyiddin digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri
  26. Dengan merujuk kepada point 1, Penemuan ini berlangsung di Pulau Reunion. Ada apa dengan Pulau Reunion? Mengapa Pulau Reunion?
  27. Pulau ini dibawah kekuasaan Perancis. Pulau ini merupakan umpama permata eropah di Lautan Hindi kerana kedudukannya yang strategik. Perancis merupakan salah satu lagi sekutu Amerika syarikat.
  28. Perancis juga mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Malaysia. Masih ingat 2 buah kapal selam yang dibeli Malaysia? Ia berasal dari Perancis.
  29. Bangkai pesawat yang ditemui telah di hantar ke Paris untuk pemeriksaan dan pengecaman. Beberapa hari kemudian, telah disahkan bahawa ia adalah dari milik pesawat boeng MH370.
  30. Dalam tempoh beberapa hari atau minggu ini, akan ada penemuan bukti baru yang pastinya akan menggemparkan sehingga menjadi tajuk-tajuk utama berita. Tidak mustahil ia membawa kita semakin hampir dengan MH370. Semakin dekat tetapi jauh.

KESIMPULAN

  1. Maka, sekiranya kita hayati point-point di atas, pertembungan kuasa besar ini sebenarnya turut berada disebalik kejadian malang MH370.
  2. Kerajaan China dilihat pasif dalam isu MH370. Namun pasti ada tindakan disebalik wayang yang mungkin kita tidak nampak. Sehinggakan Malaysia menghantar wakil menteri untuk berbincang dengan kerajaan China ketika isu ini meruncing.
  3. Malaysia adalah negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan China dan Amerika. Sesuatu yang pasti mengundang keadaan tidak senang di antara kedua-dua kuasa besar ini.
  4. Malaysia mungkin mangsa kejadian ataupun mungkin sebagai kambing hitam dalam isu ini. Kita sedang ditekan sedikit demi sedikit untuk mengikut telunjuk mereka.
  5. Agak memeranjatkan apabila Presiden Barrack Obama memilih Malaysia untuk dilawatinya setelah sekian lama seorang presiden Amerika tidak menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini. Malaysia sangat strategik untuk dikuasai.
  6. Pastinya Kuasa besar ini mengetahui tentang isu-isu politik dan ekonomi negara kita. Isu hutang 1MDB, pergolakan politik UMNO, pengguguran TPM, sehinggalah kejatuhan nilai matawang Ringgit yang terburuk pernah dicatatkan.
  7. Pendedahan Wall Street Journal (WSJ) berkaitan wang 2.6 billion yang masuk ke akaun PM DS Najib mencetuskan hura-hara yang bukan kepalang. Persoalannya? Betulkah pertuduhan ini? Mengapa Malaysia sehingga kini belum menyaman WSJ?
  8. Seperti yang diketahui, Wall Street merupakan pusat kapitalis seluruh dunia berkumpul yang terletak di Amerika.
  9. Kapitalis ini bergantung kepada wang dan untung. Sebab itu golongan ini sebenarnya menjadikan Kuasa Besar sebagai proksi mereka. Dan golongan ini pastinya resah melihat kebangkitan China sebagai kuasa besar dunia.
  10. Golongan kapitalis ini pastinya melihat keadaan yang tidak menentu ini boleh mengganggu keuntungan dan kepentingan mereka. Samada ikut atau tidak ikut. Itu pilihan yang ada ditangan mereka.
  11. Maka tiba-tiba golongan berpengaruh dan berintelektual dunia memberikan sokongan agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.
  12. Pastinya akan ada episod menarik selepas ini. Saya yakin musuh-musuh negara memerlukan sosok pemimpin yang baru untuk menggantikan yang lama.

Wallahu a’lam bishawab.

 

One thought to “MH370 : MERUNGKAI DISEBALIK TEORI DAN REUNION”

  1. Pingback: MH17 DAN TPPA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *