Skip to main content

MUHYIDDIN YASSIN DAN 5 PERKARA YANG RAKYAT MALAYSIA PERLU TAHU

Dah lama saya tak menulis tentang orang politik. Mungkin dek kerana cuaca politik tempatan yang semakin membuak, membuatkan saya tergerak hati untuk menulis tentang ahli politik.

Kali ni saya nak cerita mengenai Perdana Menteri Malaysia ke 8. Beliau ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY). Saya pernah menulis tentang beliau beberapa tahun dahulu.

Satu perkara yang kagum tentang beliau. Track record cemerlangnya di kementerian mana pun beliau diletakkan.

Perlu saya diakui, jika dibandingkan aura dan karisma dengan 2 lagi gergasi politik Malaysia, iaitu Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar, TSMY mungkin belum sampai ke situ.

Namun, istimewa mengenai beliau ialah tiada siapa pun menyangka beliau adalah Perdana Menteri Malaysia ke 8.

Mengambil kira pencapaian dan beberapa tindakan TSMY sepanjang beberapa bulan menjadi PM, berikut 5 perkara yang perlu anda baca tentang Muhyddin Yassin.

BAPA VS ABAH

Jika sebelum ini, setiap bekas Perdana Menteri Malaysia akan diberi gelaran ‘Bapa’. Kali ini, baru pun beberapa bulan menjadi PM, TSMY sudah mendapat gelaran ‘abah’.

Gelaran ini diberikan oleh kebanyakan netizen susulan daripada gaya ucapan beliau semasa membuat ucapan pengumuman berkenaan dengan PKP.

Nada ucapan dan teks yang santai serta mudah difahami, seperti seorang ayah menasihati anaknya. Tidak terlalu skema membaca teks. Jika stail sebegini diteruskan, TSMY akan sentiasa dekat di hati dan mata masyarakat Malaysia.

HUBUNGAN DENGAN TUN M

Saya yakin TSMY kenal benar dengan permainan politik Tun M. Apa yang saya perhatikan, tindakan beliau kelihatan seperti berkecuali dalam perhubungan dengan Tun M.

Beliau mungkin sedar, menentang Tun M secara terbuka akan mengundang padah pada karier politiknya. Lihat sahajalah nasib beberapa pemimpin sebelum ini.

Tindakan melucutkan jawatan Tun M sebagai pengerusi Bersatu merupakan langkah pertama untuk menyingkirkan bekas PM itu dalam bayangan Bersatu.

Dalam masa sama, beliau cuba mengatur langkah mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional dan tidak terperangkap dengan percaturan PH yang mula mencari jalan untuk kembali berkuasa.

MEMIMPIN SEBUAH KERAJAAN YANG ‘RAPUH’

Kenyataan ini saya sandarkan kepada hakikat sokongan yang diperolehi TSMY oleh ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Jika bilangan nombor diambil kira, hanya dengan beberapa orang sahaja ahli parlimen kerajaan ‘melompat’ ke pihak pembangkang, pasti kerajaan PN akan tumbang.

Tiada siapa yang boleh pastikan adakah kerajaan sekarang masih menjadi kerajaan pada bulan hadapan.

Parti Bersatu pimpinannya hanyalah parti kecil jika dibandingkan dengan UMNO dan PAS dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Disinilah kita akan saksikan kebijaksanaan berpolitik TSMY mengemudi kerajaan dalam menghadapi percaturan yang sukar dijangka.

TSMY MENGETUAI BACAAN DOA

Bila kali terakhir anda melihat seorang Perdana Menteri mengetuai bacaan doa secara lansung di TV? Tiada.

Tapi, TSMY telah melakukannya. Iaitu ketika mengakhiri satu perutusan mengenai PKP.

Mungkin ia kelihatan perkara biasa. Tetapi, bagi rakyat marhaen, ia tersa dekat di hati rakyat.

Sekalipun, pemimpin tersebut hanya memimpin bacaan doa makan sekalipun, ia sudah cukup hebat di mata rakyat. Apatahlagi memimpin bacaan doa secara ‘live’ untuk memohon perlindungan daripada wabak covid 19.

Terbaru, menerusi rakaman takbir raya di TV, TSMY juga mengetuai bacaan takbir raya bersama-sama barisan menteri dan pegawai kanan kerajaan.

PEMBERIAN BANTUAN YANG SANGAT MEMBANTU

Dalam banyak perkara musibah berlaku yang berkait covid-19, ada satu perkara yang sangat memberi kesan terhadap saya dan rakyat Malaysia.

Iaitu pemberian pelbagai bantuan kerajaan dalam pelbagai bentuk, khusus untuk meringankan beban rakyat.

Antara perkara yang paling saya suka, ialah pengecualian pembayaran pembiyaan pinjaman selama 6 bulan. Dengan pengecualian ini, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia yang banyak hutang bank dapat membuat simpanan untuk keperluan mendesak.

Selain itu, pemberian beberapa bantuan lain dan pengecualian tertentu juga saya lihat bertepatan dengan masanya.

Terfikir juga, adakah semua bantuan seperti ini akan kita dapat, sekiranya kerajaan PH dibawah pimpinan Tun M masih memerintah? Ketika kita asyik diberitahu hutang kerajaan yang trilion dan terkasa berjimat.

KITA MERANCANG, TUHAN MENENTUKAN. Kita sebagai manusia hanyalah hambanya yang kerdil lagi hina. Bila kita asyik memikirkan dunia, Allah turunkan wabak supaya kita kembali berpaut kepada-Nya.

Pastinya, segala musibah ini ada hikmahnya. Jatuh dan bangunnya seorang pemimpin dan kerajaan itu, adalah pasti dengan izin-Nya.

Sekian tazkirah di bulan Syawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *