NOKIA : KENANGAN MU MENGUSIK JIWA

archeology_by_mclelun-d5ukekc

Ini bukanlah sebuah lagu mahupun ringtone handphone NOKIA. Artikel adalah perkongsian sebuah pengalaman yang mungkin anda juga pernah mengalaminya.

Bagi yang membesar pada zaman awal tahun 2000-an seperti saya, jenama NOKIA  merupakan antara perkataan yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Saya masih ingat lagi di era kegemilangan 3310, model NOKIA paling laris waktu itu, manusia seantero Malaysia berlumba-lumba untuk memilikinya.

Tidak lama selepas itu, 3310 mengeluarkan versi ‘blue light’ yang turut mencipta fenomena. Saya adalah antara yang turut memiliki model tersebut. Masih segar di ingatan harganya yang bernilai RM399.00.

Bagi yang ada duit lebih, model butterfly merupakan model versi mahal yang lebih stylo dan bergaya. Saiznya adalah kecil berbanding 3310. Untuk makluman, pada waktu itu makin kecil model handphone, semakin mahal harganya. Berbeza dengan sekarang.

Apa yang membuatkan model NOKIA ini meninggalkan suatu kenangan yang indah sehingga ia mengusik jiwa?

#Pertama

casing boleh ditukar-tukar mengikut citarasa. Pelbagai jenis casing boleh didapati di pasaran. Daripada menyerupai bentuk asal, hinggalah ke bentuk yang entah apa-apa, pilih mengikut suka. Yang maha menariknya, harganya yang murah.

#Kedua

mainan snake yang sungguh legend. Apa yang membuatkan ia legend ialah orang akan ketagih untuk bermain dibuatnya. Walaupun ia antara mainan paling simple dan Nampak seakan mudah.

#Ketiga

Struktur badan yang kuat dan ‘kebal’.  Biarpun ia jatuh dari katil, terendam dalam air, mahupun terhumban dari mana-mana, selagi belum tiba ‘ajalnya’, Insyaalah ia akan masih dapat berfungsi dengan baik.

#Keempat

Ringtone. Yang menariknya, ringtone boleh dicompose sendiri menggunakan kod-kod tertentu berdasarkan lagu pilihan. Iklan-iklan ringtone berlambak di majalah dan surat khabar tempatan.

Berdasarkan kepada 4 fakta benar ini, NOKIA berjaya menjadi sebahagian daripada sejarah manis kepada mereka yang pernah memilikinya. Termasuklah saya sendiri.

Persaingan sengit daripada model pesaing seangkatannya seperti Sony Erickson dan Motorola, terus menjadikan inovasi semakin berkembang maju.

Maka, NOKIA muncul dengan model yang lebih canggih iaitu model N- Siries. Sebagai salah seorang peminat tegar NOKIA, saya telah membeli sebuah model yang canggih keluarga N iaitu model N85.

Kecanggihan model ini membuatkan saya teruja. Pada saya, model-model N Siries ini merupakan klimaks kegemilangan NOKIA. Saya katakana begini kerana pada waktu inilah, pesaing NOKIA yang lain mula mencuri pasaran mereka sedikit demi sedikit.

Pesaing seperti Apple dan Samsung muncul dengan smartphone dan tablet yang menjadi pelopor kepada handphone pada masa kini.

Akhirnya NOKIA mula mengalami kemerosotan dan menuju ke era kejatuhan. Pelbagai strategi dilakukan untuk mengembalikan kegemilangannya.

NOKIA cuba bangkit menerusi NOKIA LUMIA, model yang dibangunkan menggunakan system windows daripada Microsoft. Namun masih gagal menembusi pasaran Apple dan Samsung.

Kemunculan jenama daripada Asia khususnya China, seperti OPPO, LENOVO, HUAWEI,VIVO dan sebagainya, menambahkan tekanan kepada jenama yang berasal dari Findland ini.

Akhirnya, NOKIA terkubur setelah di ambil alih oleh Microsoft.

Tiada lagi nama NOKIA tertera di handphone, smartphone mahupun tablet. Anak-anak muda sekarang pun mungkin sudah tidak mengenali apabuila nama itu disebut.

Apa yang tinggal hanyalah kenangan yang mengusik jiwa saya dan pembaca yang pernah memiliki handphone jenama ini.

Pasti kita akan terkenang zaman-zaman kita dahulu yang terselit kegemilangan NOKIA. Namun, kenangan hanyalah tinggal kenangan.

Jauh di sudut hati, saya berhasrat untuk memiliki salah satu model NOKIA LUMIA yang mungkin tinggal stok lama di pasaran. Bukan kerana fungsi handphone itu saya beli, tetapi kerana nama NOKIA yang tertera di hadapan handphone itu mempunyai seribu kenangan untuk dikenang.

Cerita mengenai NOKIA ini sebenarnya membuatkan saya terfikir bahawa nasib yang sama boleh menimpa kepada sesiapa sahaja, baik individu mahupun organisasi dan syarikat.

Tiba-tiba terlintas difikiran saya mengenai satu jenama kebanggaan negara iaitu PROTON. Memang tiada kaitan pun antara NOKIA dan PROTON.

Sekadar terlintas di fikiran.

3f7f492789cb970701daf4641e8e20be

NOKIA…CONNECTING PEOPLE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *