KEAJAIBAN IKHLAS : DISEBALIK KISAH MIMPI BERTEMU NABI MUHAMMAD SAW

770e91f0a6ca9fde254ce79550bf4b77IKHLAS merupakan sifat yang paling dituntut dalam Islam.

Sifat ikhlas adalah sifat yang diakui sendiri oleh Iblis sebagai satu-satunya sifat dalam golongan umat Nabi Adam yang tidak dapat digodanya.

Pasti ada sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan mengenai sifat ikhlas ini. Orang yang selalu mengamalkan sifat dan sikap ini pasti akan menerima ganjaran dan keistimewaan daripada Allah.

Saya menulis artikel ini untuk berkongsi pengalaman yang saya alami tentang bagaimana keistimewaan sifat ikhlas ini boleh meninggalkan bekas pada hati.

Saya pernah menonton sebuah video tentang ceramah mengenai Rasulullah yang disampaikan oleh Allahyarham Ustaz Haron Din.

Dalam video yang berdurasi sekitar 20 minit itu, Allahyarham menceritakan pengalaman benar beliau bermimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W.

Video ceramah Allahyarham Ustaz Haron Din mimpi bertemu Rasullullah.

Read More

SAYA TIDAK FAHAM MENGAPA ORANG LAIN TIDAK FAHAM

confusion_by_kara_a-d6mdoi4

Pernahkah anda mengalami situasi seperti tajuk artikel ini?

Mungkin ya dan mungkin tidak. Atau mungkin anda tidak menyedari bahawa anda juga mengalami detik situasi yang sama seperti saya.

Keadaan ini kadang-kadang menyulitkan kehidupan saya. Ia mengundang stress dan akhirnya mempengaruhi produktiviti kerja seharian.

Sehinggalah pada suatu hari saya tergerak untuk berfikir tentang perlunya saya muhasabah diri.

Mungkin ini langkah terbaik dalam mencari jawapan atau sekurang-kurangnya membantu saya memahami keadaan.

Untuk mudah faham, saya ringkaskan 3 situasi yang berlainan tetapi membawa motif yang sama.

Cuba fahami situasi ini. Dan selepas itu kita akan kerahkan minda untuk mencari titik persamaan dalam mencari satu penyelesaian.

Cara ini mungkin tidak semestinya mujarab untuk menjawab persoalan saya. Tapi, mungkin ia dapat membantu anda melihat suatu masalah dari sudut yang berbeza.

SITUASI 1

Cuba bayangkan, situasi ini. Situasi dimana anda sebagai seorang bapa sedang mengajar anak untuk membaca A,B,C,D,dan E.

Pelbagai teknik dan kaedah sudah digunakan.

Tetapi anak masih tidak dapat menguasai atau mengenal huruf dengan baik.

Read More

10 KATA HIKMAH TENTANG MANUSIA UNTUK MANUSIA

10 KATA HIKMAH TENTANG MANUSIA UNTUK MANUSIA

 Kali ini saya menulis 10 kata hikmah tentang manusia untuk manusia.

Bagi yang tidak tahu apa itu manusia, mungkin saya kena bagi penampar agar tersedar yang anda itu manusia.

Pelbagai isu yang yang melanda masyakat kita. Masalah ini semakin berkembang biak dan menjadi virus dalam masyarakat kita.

10 kata-kata hikmah ini bukanlah hanya untuk menghiasai ruangan share dalam media sosial.

Ia membawa satu renungan, sindiran, ajaran, dan nasihat yang ingin membawa hati dan minda kita sedar bahawa kita ini manusia.

Read More

DIA IALAH SHAFIE APDAL : 5 PERKARA YANG BOLEH KITA JADIKAN PENGAJARAN

207ebb0f5f642399fc17dc5b858ca144

Beliau antara pemimpin yang disingkirkan daripada kabinet PM Najib. Beliau juga antara bekas pemimpin UMNO yang keluar daripada UMNO.

Dan sekarang, beliau menubuhkan parti baru di Sabah untuk bersaing dengan UMNO dan BN.

Ini bukan artikel propaganda politik. Saya tidak membawa mana-mana ideologi kepartian. Jauh sekali ingin memuja dan menjunjung keperibadian seseorang.

Saya percaya setiap manusia, pemimpin atau tokoh mempunyai keistimewaan dan pengajaran tersendiri yang boleh dijadikan sebagai panduan.

Tak perlu kita mencari mana tokoh politik di luar negara yang boleh dijadikan inspirasi. Malaysia sebenarnya kaya dengan cerita tokoh-tokoh yang berjaya mahupun gagal.

Pilih saja dan carilah kisah yang boleh dibuat iktibar.

Maka, atas dasar ini, saya menulis artikel mengenai susuk tubuh yang bernama Shafie Apdal.

5 point yang saya nukilkan ini merupakan pandangan peribadi mengikut perpektif saya. Selamat menghadam.

Read More

5 JENIS PEWANGI KERETA YANG SAYA SUKA DAN ANDA PERLU CUBA

17c48463743876efa406b7969ffc0949

Saya  memang suka wangi. Apa-apa yang berkaitan dengan wangi-wangian akan membuatkan deria hidung saya menjadi lebih peka dan sensitif.

Pada saya, wangian itu memberi satu terapi yang baik untuk otak dan minda. Sebab itu, bila ada bau yang kurang menyenangkan, secara automatic kita akan memberi repond dan mimic muka yang lain macam.

Kecualilah jika anda jenis yang memang pelik dan sukakan bau busuk.

Antara tempat yang secara kebanyakkan diantara kita banyak luangkan masa dalam sehari ialah kereta.

Maka, pada artikel kali ini saya senaraikan 5 jenis pewangi yang pernah saya cuba dan saya suka.

Bagi yang mungkin masih tercari-cari mana jenis pewangi yang baik, artikel ini mungkin boleh menjadi petunjuk dan membantu memilih antara puluhan produk wangian dipasaran.

Ops, ini bukan iklan produk. Dan jika anda tidak bersetuju dengan jenis pewangi kereta yang saya suka, anda berhak untuk itu.

Belum cuba, belum tahu.

Read More