Skip to main content

Perkongsian seorang blogger

Perkongsian seorang blogger

Setelah lama tidak menulis, akhirnya saya kembali menulis. Mohon maaf kepada para pembaca yang mungkin menanti artikel terbaru daripada blog ini. Namun, kini saya kembali dengan perkongsian pengalaman menjadi seorang bolgger.

Kali ini saya membuat sedikit perubahan dalam format tulisan dan juga kandungan blog. Lebih fokus, santai, ringkas, dan padat.

Bagi yang biasa mengikuti tulisan saya, mungkin anda akan perasan perubahan yang saya maksudkan.

Dalam masa yang sama, kekal dengan tujuan asal saya menulis blog, iaitu berkongi ilmu. Inilah asbab dan objektif asal mengapa saya menulis blog.

Kali ini saya memulakan tulisan saya dengan sedikit perkongsian pengalaman menjadi seorang blogger. Kalau hendak ditulis semuanya, memang panjang berjela dan confirm orang malas nak baca.

Mengimbau kembali perjalanan saya sebagai seorang blogger hampir lima tahun, sesuatu yang sangat berharga. Harga itu datang dengan bersama pengalaman yang bermacam.

Ada orang kata tidak susah hendak menjadi penulis khusus blogger. Jawapan saya ialah, Ya dan juga tidak.

Memang antara persepsi awal saya ketika mula menceburi bidang blog ini ialah ianya mudah. Tulis sahaja apa yang kita mahu tulis. Semudah menaip ABC.

Tetapi, bila sudah mendalami ilmu kebloggeran ini, pelbagai perkara harus diambil kira dalam menulis sesuatu artikel. Sekalipun hanya menulis mengenai kisah nasi lemak, sebagai contoh.

Memandangkan saya suka menulis dalam bentuk yang agak skema dan ilmiah, ia menimbulkan satu cabaran yang besar untuk saya. Latar belakang akademik saya bukanlah seorang sastera. Saya meminati ilmu sejarah, matematik dan fizik.

Hampir setahun juga saya struggle untuk belajar dan memperbaiki segala kekurangan dalam pelbagai aspek, khususnya teknik penulisan.

Pernah juga suatu ketika bila sudah ketandusan idea untuk ditulis, terfikir untuk berhenti sahaja menulis blog. Namun, Alhamdulillah, sehingga sekarang saya masih lagi menulis.

3 perkara penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang perlu kita pegang. Pertama ialah niat,iaitu tujuan kita membuat sesuatu perkara. kedua ialah perancangan. Ketiga ialah perlaksanaan. Manakala yang Keempat ialah istiqamah.

Istiqamah, perkataan paling mustajab guru saya pernah ajar jika mahu berkecimpung dan survive dalam dunia blog. Jangan pernah berputus asa. Jangan pernah bosan. Jangan sesekali u turn.

Sebelum saya terlupa, satu lagi perkara penting dalam kerjaya blogger ni ialah rajin membaca. Membaca adalah kunci kepada cabang ilmu yang sangat luas di luar sana. Tetapi, bahan bacaan juga perlulah yang memberi manfaat dan kebaikan.

Masalah utama rakyat Malaysia terutamanya orang bumiputera, ialah kurang atau malas membaca. Adapun yang selalu menjadi pilihan bahan bacaan ialah kisah percintaan, sehinggakan genre lain sangat sedikit bilangan pembacanya.

Sebelum saya menutup artikel ini, sebarang saranan dan kritikan daripada pembaca sangat dialukan khususnya dalam kebersamaan kita untuk berkongsi ilmu yang baik.

Salam Tulisan Jawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *