Skip to main content

SELAMAT HARI JADI ISTERI : 7 NOV 2015

C360_2015-11-08-22-18-53-343

7 November datang lagi. Tanggal keramat ini merupakan hari jadiĀ isteri yang tercinta. Bezanya tahun ini dengan sebelum ini ialah bertambahnya lagi seorang cahaya mata yang comel.

7 November datang lagi. Pada tarikh itu, lahir seorang perempuan yang ditakdirkan menjadi isteri saya. Dalam banyak-banyak tarikh, rupa-rupanya jodoh saya berada di alam dunia pada tarikh ini.

Artikel ringkas ini saya dedikasikan bersempena dengan hari jadi isteri. Walau apa pun berlaku, pastikan hari jadi isteri jangan sesekali dilupakan.

Malapetaka besar sekiranya tarikh penting sebegini terlupa atau dilupakan.

Maka, saya seperti juga seperti suami di luar sana cuba seupaya mungkin ingin menjadikan hari jadi isteri setiap tahun ada sesuatu untuk diingati.

Hari jadi isteri tahun ini lebih bermakna lagi kerana bertambahnya seorang lagi cahaya mata yang menghebohkan lagi sambutan.

Ada 3 perkara ingin saya kongsikan sempena hari jadi isteri untuk tahun 2015 ini. Mudah-mudahan sambutan hari jadi kali ini menjadikan hubungan kami suami isteri lebih erat lagi. Dimurahkan rezeki dan kesihatan.

Doa daripada SuamiMu

Doa merupakan perkara paling penting dalam semua perkara. Saya yakin dan anda pun harus yakin bahawa doa yang kita panjatkan pasti didengar.

Hari jadi bukan hanya sekadar ucapan, kek, lilin dan makan-makan. Doa pun bukan hanya sekadar doa makan.

Kek Hari Jadi

Kek dan hari jadi tidak boleh dipisahkan. Asal saja hari jadi, mesti akan ada kek. Jadi saya pun meneruskanlah tradisi ini.

Isteri pun memang penggemar kek. Maka kek yang dipilih kena menepati citarasa supaya senyuman di bibir itu lebih panjang. Yang penting, kek yang dibeli tidak melebihi budget.

Tidak seperti tahun lepas, kek pada tahun ini saya tempah di kedai kek yang berbeza. Ingin mencari kelainan, kek pun nampak lebih sedap dan tulisan di atas pun semakin panjang.

Hadiah Hari Jadi

Hadiah dan isteri mempunyai ikatan yang sangat hebat. Lebih-lebih lagi hadiah yang disertai dengan kejutan dan menjadi idaman isteri. Sebab itu antara petua untuk memikat hati isteri ialah dengan memberi hadiah.

Cabaran untuk memberi hadiah ini lebih thrill bagi saya kerana mencari hadiah mengikut budget yang dilimitkan. Maklumlah semenjak mempunyai 2 anak ini perbelanjaan kena diatur betul-betul.

Setelah puas memikir dan mencari hadiah yang sesuai, akhirnya saya buntu. Risau hadiah yang dibeli tidak menepati kehendak, saya sendiri meminta isteri mencari barang yang diinginkannya.

Happy Birthay To You…Mommy Harraz & Zara

Semoga diusia yang baru, isteri terus diberikan keberkatan, kesihatan, kematangan dan ketabahan. Semoga sentiasa happy dan ceria dalam usia yang meningkat setiap hari.

Moga terus menjadi ibu mithali kepada anak-anak kita. Menjadi isteri yang soleh dan taat kepada suaminya. Insyaallah.

 

Wallahualam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *