SAYA DAN POWER RANGERS

38082eada3cc0bf3cfe35411a35bc04c

Siapa yang minat Power Rangers? Sila angkat tangan?

Maksudnya anda mungkin pernah berada sezaman dengan saya. Memang pada zaman itu cerita-cerita seangkatan Power Ranger sangat diminati.

Semua watak saya masih boleh ingat sampai sekarang. Watak  warna merah, biru, hitam, kuning, merah jambu dan hijau.

Bahkan, masih ada lagi babak-babak dalam cerita Power Rangers berlegar dalam tinggalan memori otak saya.

Itulah penangan dan pengaruh TV pada masa itu. Saya juga tidak terkecuali menjadi sebahagian daripadanya.

Bila dah semakin tak berapa muda ini, menonton kembali cerita Power Rangers memang agak nostalgia walaupun melucukan.

Maklumlah, jika di compare cerita adiwira dulu dan kini, bagai tanah dan langit bezanya dalam pelbagai aspek.

Seperti yang mungkin sedia tahu, Power Rangers bakal menjenguk pawagam tahun hadapan. Maka, kaki-kaki wayang yang meminati cerita sebegini, jangan melepaskan peluang untuk menonton.

Bila saya buka topic Power Rangers, mungkin ramai pembaca yang cuba mengagak apa yang saya ingin huraikan mengenai kisah adiwira kelahiran Amerika ini.

Power Rangers ini membuka banyak aspek sekiranya anda melihat menggunakan kaca mata 3D. Maksudnya, melihat ia bukan hanya sekadar cerita adiwira. Ia boleh membawa kita lebih besar daripada itu.

Untuk kali ini, saya suka melihat bagaimana Power Rangers mengajar kita satu benda.

Memang cerita ini penuh dengan ketahyulan, keiluminatian, dan seangkatan dengannya. Tapi, jangan kita asyik melihat keburukan itu sehingga tidak nampak akan kebaikan.

Power Rangers adalah kisah tentang sekumpulan kawan yang menentang musuh ataupun penjahat yang menghuru-harakan bumi.

Apabila musuh datang menyerang bumi, sekumpulan kawan ini akan menjelmakan diri mereka sebagai Power Rangers, seperti mana yang kita biasa lihat akan costume  mereka.

Meraka akan bergabung membentuk satu robot besar untuk menyaingi musuh-musuh mereka.

Diakhir setiap episod, musuh pasti akan kalah.

Mereka akan kalah dan akan kembali menyerang bumi. Dan begitulah seterusnya.

Apa yang kita boleh pelajari?

BERSATU. SETIAKAWAN. MENJADI BESAR BERHADAPAN MASALAH

3 benda ini merupakan perkara yang boleh kita jadkan motivasi dalam kehidupan.

Power Rangers pun sebenarnya mengajar kita erti kehidupan. Mereka tidak akan survive tanpa 3 benda ini.

Kalau anda perhatikan, semua watak dalam cerita ini mempunyai perwatakan yang berbeza. Malah watak mereka tidak menunjukkan mereka ini superhero.

Mereka menjadi superhero setelah mendapat kuasa adiwira yang luar biasa. Namun, kuasa sahaja tidak cukup. Power Rangers mengetengahkan elemen kesatuan dan penyatuan.

Point disini ialah kita tidak boleh berjaya jika tidak bersatu. Berpecah belah akan menyebabkan musuh mudah untuk menumpaskan kita.

Untuk tidak berpecah, Setiakawan perlu untuk bersatu. Salah satu elemen dalam setiakawan ialah kepercayaan. Hilang kepercayaan terhadap rakan, organisasi atau institusi akan menyumbang kehancuran.

Bila sudah bersatu dalam kesetiakawanan, kita perlu menjadi besar untuk berhadapan masalah.

‘Besar” bermaksud jangan kecilkan hati kita dan jadikan rakan-rakan disekeliling yang boleh dipercayai, sebagai rakan sokongan untuk membesar.

Apabila hati sudah besar, kita akan melihat masalah itu menjadi kecil. Dan akhirnya, masalah itu akan dapat diselesaikan.

Kisah ini adalah kisah saya dan Power Rangers.

 

MOHAMAD HAFIZ
Minat Power Rangers Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *