SAYA PEMINAT DRAMA JEPUN

9aae2873e6b3f3ab98863fe2efa77bb7

YA. SAYA dulu PERNAH merupakan peminat drama-drama Jepun.

Masa di zaman drama-drama seperti Beach Boys, Ice World, Wonderful Life, GTO, Nobuta Wo Produce, Engine, dan My Boss My hero.

Antara hero kegemaran saya ialah Takuya Kimura kerana banyak dramanya yang bermutu dan best.

Masa ini pelakonnya tak la sejambu gebu hero korea sekarang. Pelakon wanitanya tak la macam patung dan seseksi sekarang.

Hanya beberapa tahun ini saya sudah tidak mengikuti sangat perkembangannya. Mungkin dah tak banyak masa menonton sibuk melayan anak. Faktor usia juga mungkin.

Tapi kerana zaman dah semakin berubah, mungkin keperluan jalan cerita juga semakin perlukan perubahan.

Saya tulis artikel ini bukan untuk menulis tentang synopsis drama atau mempromosikan drama-drama mereka.

Perlu kita faham, tidak semua drama Jepun ni semuanya best. Tidak semuanya berkualiti. Ada yang lebih teruk kualitinya daripada drama tempatan.

Tetapi berkongsi sesuatu yang mungkin kita boleh BELAJAR benda baik daripada negara Jepun menerusi drama mereka.

Sekadar berkongsi beberapa pengalaman menjadi peminat tegar  Jepun suatu masa dahulu.

Jarang Ada Watak Lelaki atau Perempuan Yang Kaya Raya

Samada anda perasan atau baru tahu, kebanyakan drama Jepun tidak atau sangat jarang memaparkan watak orang-orang kaya. Teringat plak cerita jam 7 TV3.

Tiada kereta-kereta mewah yang ditonjolkan. Jika adapun, ia tidak dijadikan fokus utama melambangkan sesorang itu kaya.

Kebanyakkan babak-babak yang dilakonkan akan melibatkan penggunaan pengangkutan awam atau berjalan kaki.

Banyak  Memaparkan Realiti Masyarakat Tempatan

Jika di Malaysia, kebanyakan drama yang box office akan ada cerita anak orang kaya, rumah agam yang besar, projek juta-juta.

Di Jepun, drama yang memarkan kisah masyarakat akan tetap diminati. Kisah seorang tukang masak, kisah seorang penganggur, kisah tukang kasut dan sebagainya.

Bahkan watak pengemis pun boleh diangkat menjadi hero.

db713eee04ac5d5160526f69c3ec0256
Drama PRICELESS : Kisah hidup seorang penganggur yang berjuang untuk hidup
5a64b9cea1a8cbc5081276ef40dcc138

1 LITLE OF TEARS : Kisah benar yang sangat memberi inspirasi
869523fce774629413d155099fcb54f9jj
PROPOSAL DAISAKUSEN : Cerita cinta yang lain daripada yang lain

SEMANGAT UNTUK BERJAYA

Benda paling menarik mengenai drama Jepun ini ialah setiap drama Jepun akan membawa penonton kembali untuk bersemangat.

Bukan sekadar cerita cinta biasa.

Kisah seorang ahli pemain hoki yang hampir mengalami kegagalan namun akhirnya berjaya menerusi drama PRIDE.

Drama Engine menceritakan kisah seorang pelumba F1 yang hampir putus semangat namun berjaya mengubah nasib walaupun tidak seperti yang diharapkan.

Drama seperti My Boss My Hero, 1 Litle Of Tears, Karei naru Ichizoku, dan beberapa lagi drama yang bagus untuk ditonton.

Ditambah pula dengan melodi lagu yang sedap dan mendayu.

Drama seperti Proposal Daisakusen dan Hana Yori Dango adalah antaranya.

Memang menepati citarasa melayu.

 

542a6c3cd10cec7e21ad2d4691bce606
GTO : Kisah cikgu gangster yang mengajar budak-budak gangster
22d6c79fb547ade3fb770441b0d011a2
BEACH BOYS : Antara drama lama yang sarat dengan kisah semangat dan persahabatan
775ed62f20bcdc101051de9c6839ae38
NOBUTA WO PRODUCE : Kisah tentang 2 orang sahabat

4ba4de5c8bb770cf24f985563e15c2af

 

MY BOSS MY HERO : Kisah Lucu, gangster, persahabatan, dan nostalgia zaman-zaman sekolah

6483ba48841569b383438f14566fd0dd
Nankyoku TairikuI : Kisah ekspedisi Jepun ke Kutub Selatan

MAKA,

Banyak sebenarnya kita boleh belajar. Kadang-kadang drama yang kita tonton itu boleh membawa kita melihat dengan lebih dalam budaya mereka.

Mengenal cara hidup mereka, boleh kita jadikan iktibar dalam kehidupan kita seharian.

Ini kisah cerita dan pengalaman berdasarkan 6 – 7 tahun yang lalu. Sekarang saya tak tahu macamana perkembangan dan apa cerita-cerita yang menarik.

Mungkin drama Melayu dan peminat drama melayu boleh belajar sesuatu daripada kisah yang saya kisahkan ini.

 

MOHAMAD HAFIZ

Bosan Dengan Lambakan Cerita Cinta Melayu Yang Membodohkan

 

7 thoughts to “SAYA PEMINAT DRAMA JEPUN”

  1. eh ada geng lah .setuju semua dia atas!sy peminat jdorama dari tahun 2007 hingga kini hehe…apa yg baik,kita contohi,yg buruk kita buang jauh-jauh..

    1. Thanks for the comment. Teruskan meminati drama-drama jepun yang berkualiti dan menjadi penonton yang bijak. Anda memang ohsem☺

  2. Cuba layan jdorama: ‘freeter, ie wo kau’ kisah mcm mana seorg penganggur berusaha membeli rumah untuk emaknyer dgn bekerja part-time. Menguatkan misi dia apabila emak dia mengalami depression sbb bertahun2 kn buli ngan jiran..

    Mmg tak dinafikan jdorama mmg bnyk drama yg bermutu. Walaupun ada juga yg kureng sket..tp utk taun 2016 ni pn mereka masih menghasilkan drama2 nilai2 kekeluargaan & masyarakat. Cuba encik layan: ‘eigyo bucho kira natsuko’ kisah bagaimana seorg career woman yg terpaksa amik maternity leave 3 taun (jepun bleh amik max meternity leave 3taun), jaga anak di rumah selama 3 taun sebelum smbng semula bekerja di syarikat yg sama. Plot drama memaparkan bagaimana dia berusaha utk mendapatkan blk kepercayaan syarikat terhadap skill dia dan dlm ms yg sama menguruskan rumahtangga. Mmg tak terpikir yg bleh je wat drama dr kisah cmni.kan? Tp mereka bleh.

    Ye.jgn kata plak drama melayu tidak berkualiti. Cuba layan drama2 kat rtm (tv1 & tv2) ada je yg berkualiti. Cuba encik layan drama: ‘mukhlis’ kisah cmne sorg pemuda yg kaya yg ke sebuah kg, menyamar sbg anak sorg makcik ni yg terlalu rindu dgn anak yg terpisah bertahun2. Cmne watak tu menolong memajukan kg tu.

    Apa2 pun mana yg baik kita amik cth, yg tak baik tu…jgn ikut plak.hehe
    Sekian… \(^_^)/

    1. Terima kasih atas perkongsian yang membina dan mantap. Sangat Memberi inspirasi kepada saya dan rakan-rakan lain untuk terus menyokong karya serta hasil yang memberi nilai positif dalam kehidupan.

  3. setuju sgt…dulu akk pon peminat tegar drama jepun ni…sgt memberi inspirasi. Byk pengajaran, budaya dan menyentuh jiwa.

  4. Hi sy peminat takuya kimura n sgt2 meminati drama bersiri love generation. Dulu keja siap kumpul duit utk beli cd bagai. Tp syg srg kwn pinjam n xpulangkan. Now lost contact. Sgt2 rindu bila p kedai cd yg biasa beli pn dh x ada sbb cita tu dh lama sgt. Sapa2 tau x kat mana nk beli cd drama2 jepun bersiri camtu

    1. Terima kasih atas perkongsian.. Harap harap ada rakan pembaca yang sudi berkongsi maklumat cara bagaimana hendak menonton semula cerita bersiri Jepun yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *