SELAMAT JALAN F1 SEPANG

Saya masih ingat lagi. Sekitar tahun 1999 dan 2000. Betapa hebatnya demam Formula One.
Ketika itu dunia sibuk bercerita mengenai Y2K. Masa itu juga lagu-lagu Backstreet Boy dan Nsync berputar-putar di corong radio.
Sebagai antara yang meminati permotoran dan kereta lumba, menonton formula one menjadi tempat untuk saya menelampiaskan minat tersebut.
Kehadiran F1 di Malaysia menjadi satu fenomena pada masa itu. Litar Sepang menjadi symbol kebanggaan dan bukti betapa Malaysia Boleh!
Membuktikan betapa hebatnya Malaysia ketika itu, pada masa tersebut, hanya Jepun dan Malaysia sahaja yang menjadi penganjur sukan F1 di rantau Asia.
Waoo. Kita sebenarnya hebat.
Masih jelas di ingatan saya. Keratan surat khabar yang memaparkan kereta lumba F1 yang saya gunting dilekatkan pada meja di dalam kelas.
Pasukan kegemaran saya? Sudah tentu pasukan McLaren Mercedes. Ketika itu, Mika Hakkinen merupakan pelumba utamanya, antara idola saya.
Satu lagi pasukan yang sering menjadi tumpuan ialah Sauber Petronas. Nama Petronas itupun sudah cukup membuatkan saya sebagai rakyat Malaysia berbangga.
Apatah lagi perkataan MALAYSIA juga terpapar pada kenderaan.
Nama-nama pelumba lain pada masa itu juga masih saya ingat sampai sekarang.

Antaranya ialah Nick Hielfiled, Kimi Raikonen, Juan Pablo Montoya, Fillipe Massa, dan semestinya, Michael Shumacel.
Dan siapa tidak kenal Alex Yung. Perlumba F1 pertama negara beraksi di litar lumba.
Ketika itu, hampir setiap perlumbaan yang ditayangkan secara lansung di TV, pasti akan saya ikuti perkembangannya.
Masa itu topik perbualan antara rakan-rakan sekolah pasti akan berkisar mengenai F1. 
Masing-masing dikalangan kami ada yang mula berani memasang impian ingin menjadi pelumba F1. Jika tak pun, sekurang-kurangnya dapat menceburkan diri dalam bidang berkaitan perlumbaan.
Ini hakikat yang sebenarnya pernah berlaku dalam hidup saya.

SETELAH 20 TAHUN

Setelah hampir 20 tahun, keadaan mungkin berubah.
Tiada seorang pun dikalangan sahabat saya bahkan saya sendiri terlibat dalam dunia permotoran.  Keterujaan untuk menyaksikan perlumbaan secara live sudah tidak ada.
Bahkan sudah bertahun saya tidak mengikuti  perkembangan F1. Jika ditanya siapa pelumba F1 yang saya kenal, saya hanya kenal Lewis Hamilton.  Itupun sebab namanya asyik keluar dalam akhbar.
Sekalipun begitu, hakikat bahawa nostalgia yang saya lalui bersama F1 itu benar dan tidak pernah dilupakan.
Idea Tun M untuk membawa perlumbaan F1 ke Malaysia hampir 20 tahun lalu bukanlah sia-sia. Ia bukti bahawa ketika negara maju dan kaya seperti China, Singapura, negara Arab dan Korea belum bersedia menjadi penganjur, Malaysia selangkah kehadapan.
Dan paling penting, ia telah menimbulkan minat dikalangan ramai rakyat Malaysia untuk kenal dan jatuh cinta kepada F1.

LITAR SEPANG F1 MENUJU PENGAKHIRANNYA

Seperti yang kita tahu, Perlumbaan F1 di Litar Sepang akhirnya bakal menamatkan penganjurannya sejurus selesai calendar perlumbaan 2017.
Maknanya, tahun depan Malaysia tidak akan terlibat lagi dengan penganjuran F1.
Tidak ada lagi bunyi bingitan kereta F1 di Sepang. Tidak ada lagi paparan board Visit Malaysia pada perlumbaan F1.
Dan paling merisaukan, mungkin anak-anak muda pun tidak sedar atau terlupa akan kewujudan litar F1 di Sepang.
Saya hormati apa juga keputusan dan alasan disebalik penamatan pengajuran ini. Samada kerana alasan ekonomi ataupun politik, kita harus sedar bahawa F1 sudah tidak seperti dahulu lagi.
Sekalipun begitu, ia tidak dapat memadam memori dan nostalgia saya. Hakikat bahawa F1 pernah mencetuskan satu fenomena dan kegilaan dalam diri dan zaman saya.
Bayangkan jika mungkin ramai anak muda pada zaman kegemilangannya sangat meminati sukan ini. Dengan kemudahan dan sokongan daripada kerajaan digunakan dengan sebaiknya, ditambah pula dengan komitmen berterusan daripada kerajaan, tidak mustahil kita dapat melahirkan pelumba hebat F1.
Masih ingat Alex Yung? Beliau telah membuktikannya. Orang Malaysia sebenarnya bukan sahaja boleh menganjur F1, tetapi juga boleh berlumba dan memandu F1.
Namun, seperti pusingan roda,  sukan ini umpama sekadar melengkapkan jadual tahunan.

2 POINT UNTUK KESIMPULAN

Saya ingin menutup artikel ini dengan 2 point.
Pertama, ya, mungkin F1 mendatangkan banyak kerugian dari segi penganjuran jika dibanding pada sebelum ini.
Namun, Penganjuran F1 sebenarnya dapat memupuk minat dan memberi inspirasi kepada anak Malaysia untuk menceburkan diri dalam bidang automotif.
Kegagalan dalam meneruskan momentum anak-anak muda untuk meminati bidang ini menerusi F1 sebenarnya jauh lebih merugikan berbanding wang ringgit.
Kedua, jika ada pihak mengatakan pengajuran F1 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah projek gagal, saya sangat tidak setuju.
Yang gagal ialah kita. Gagal meneruskan aspirasi yang sudah ditapakkan.
MOHAMAD HAFIZ

BON VOYAGE  F1 SEPANG

2 thoughts to “SELAMAT JALAN F1 SEPANG”

  1. Lama betol mendiamkan diri. Dekat 20 kali saya menanti tajuk yang seterusnya daripada saudara.

    Are you okay bro? Selamat hari raya maaf zahir batin bro.

    1. Terima kasih saya ucapkan kerana terus bersama mengikuti blog ini. Mohon maaf banyak-banyak kerana agak lama tidak menyiarkan artikel terkini akibat beberapa perkara teknikal. Insyaallah, dalam masa terdekat ini, artikel-artikel baru akan menyusul dengan idea dan pendekatan yang lebih fresh. Penerbitan tajuk baru juga akan dibuat secara konsisten .Sekali lagi terima kasih atas kesabaran anda. Boleh juga follow blog ini di http://www.facebook.com/blogmohamadhafiz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *