TPPA DAN ZIONIS

720a6f9509387df5cf0e0c0562283966

Sebelum ini saya menyentuh tentang kisah MH17 dan cuba kaitkan dengan TPPA. Kali saya akan sentuh mengenai TPPA dan kaitannya dengan Yahudi Zionis. Saya cuba ringkaskan agar pembaca mudah faham. Agar kita mendapat bayangan supaya mudah untuk otak kita berfikir.

TPPA merupakan perjanjian sulit rahsia yang misteri. Ia melibatkan negara-negara di rantau Asia Pasifik. Tiada yang tahu apa sebenarnya perjanjian ini. Perbincangan diadakan dengan penuh tertutup dan rahsia.

Mengikut logik akal, apa-apa perjanjian ataupun pertemuan yang penuh rahsia, pasti ada agenda yang cuba disembunyikan. Isi yang disembunyikan ini lah yang tiada siapa yang tahu. Saya sendiri pun tak tahu. Hanya yang tahu sedikit di Malaysia ini ialah Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Mustapa Muhamad.

Terima kasih kepada Wikileaks kerana telah berjaya membongkar sedikit isi perjanjian ini. Antara apa yang saya faham ialah melalui TPPA, syarikat-syarikat gergasi daripada Amerika akan mempunyai akses untuk memasuki negara ini dan begitu juga sebaliknya.

Baru-baru ini, DS Mustapa mengeluarkan kenyataan yang Malaysia boleh keluar daripada perjanjian ini sekiranya tidak membawa keuntungan. Kenyataan ini mengiyakan teori bahawa beliau pun tidak mengetahui secara mendalam akan isi perjanjian ini. Dan kenyataan ini juga seolah-olah membayangkan Malaysia sudah bersetuju dengan TPPA.

MH17 merupakan salah satu tragedi dalam banyak strategi yang menekan dan mengikat Malaysia agar menyertai TPPA. Perjanjian ini sangat penting untuk Amerika bagi meneruskan kelansungan kuasa Amerika dan Dolar.

Amerika akan terus berkuasa sekiranya semuanya tunduk kepada Dolar dan Kapitalisme. Masalah bagi Amerika ialah terdapat kuasa besar yang mula untuk memintas pengaruh Amerika. Antaranya ialah Rusia dan China. Bahkan, gabungan kerjasama 2 negara ini mula merisaukan mereka.

Kalau kita sedar, kebanyakan barangan di Malaysia ini ialah buatan China. Anda sebutlah apa-apa jenis produk, pasti akan ada dari China. Lambakan barangan ini menunjukkan pengaruh ekonomi China terhadap Malaysia.

Segala usahasama dan perjanjian ekonomi yang melibatkan China pasti tidak termasuk Amerika. Contoh terdekat ialah ASEAN + 3. Inilah yang cuba dihalang oleh Amerika menerusi TPPA.

Bayangkan sekiranya China memutuskan hubungan ekonomi dengan Malaysia. Saya yakin banyak syarikat bungkus dan gulung tikar. Sebab itu, jangan hairan sekiranya Malaysia sanggup membelanjakan berjuta ringgit untuk meminjam 2 ekor panda dari China.

Jangan juga hairan sekiranya Barrack Obama sanggup datang Malaysia sekali lagi pada bulan November ini. Diluar kebiasaan seorang Presiden Amerika datang melawat ke Malaysia. Bukan sekali bahkan 2 kali dalam tempoh yang dekat. Jangan juga pelik apabila Obama menjemput Najib bermain golf.

Adakah Obama tidak mengetahui apa cerita politik di Malaysia. Adakah Obama tidak ambil tahu kisah-kisah DS Najib dan kerajaan Malaysia. Jawapannya mustahil.

Malaysia sebenarnya telah terperangkap dan tersepit. Dek kerana kelemahan dalaman dan kelicikan perancangan luar. Sebab itu saya katakan Malaysia semakin hampir menandatangani TPPA.

Siapa sebenarnya yang berada di belakang TPPA ini. Mengapa Amerika beria-ia mahukan perjanjian ini berjaya? Seperti yang saya pernah sebutkan dulu, TPPA ini adalah untuk meneruskan nyawa kapitalis dan dolar.

Dua benda ini sangat berkaitan dengan bangsa Yahudi Zionis. Apa kaitan Zionis dan Yahudi? Yahudi ialah sebuah bangsa. Manakala Zionis ialah sebuah fahaman politik.

Yahudi tidak semestinya berfahaman Zionis. Zionis pula tidak semestinya orang Yahudi. Sesiapa sahaja boleh menjadi Zionis. Orang Melayu sendiri boleh menjadi Zionis.

Puak-puak Yahudi Zionis inilah yang menguasai ekonomi Amerika. Merekalah yang menguasai Wall Street, CNN, Bloomberg, Hollywood, dan bermacam lagi. Mereka inilah juga yang memilih siapa yang menjadi presiden Amerika. Mereka inilah yang menentukkan dengan siapa Obama perlu bertemu.

Golongan inilah yang mengaut keuntungan hasil daripada kapitalisme. Golongan ini jugalah yang sedang duduk dikerusi mewah sambil mengatur perjalanan kuasa besar dunia.

Nantikan sambungan artikel ini. Sekian.

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *