10 DRAMA JEPUN TERBAIK YANG PALING SAYA SUKA (PART 2)

10 DRAMA JEPUN TERBAIK YANG PALING SAYA SUKA (PART 2)

Sebelum ini saya pernah menulis artikel tentang 10 drama Jepun terbaik yang paling saya suka (klik sini).

Atas sambutan ramai, kali ini, saya menulis bahagian 2 artikel tersebut. Saya memilih 10 lagi drama yang saya suka, yang anda patut tonton.

10 drama yang saya pilih ini merupakan antara yang terbaik  mengikut pandangan saya.

Antara faktor yang membuatkan saya suka tentang drama ini ialah penceritaan yang menarik, unik, lagu ost yang best, dan ia kekal relevan untuk ditonton hingga ke hari ini.

Buat peminat drama Jepun, drama ini mungkin mengimbau memori dan mengubat kerinduan anda terhadap karya dari negara matahari terbit itu.

Pandangan dan citarasa kita mungkin berbeza. Kerana kita memang berbeza. Berikut 10 drama Jepun terbaik. Jom baca.

*Urutan drama adalah secara rawak.

#10 HANA YORI DANGO

Antara drama romantik Jepun yang bukan sahaja popular di Jepun, bahkan di luar Jepun.

Ditayangkan pada tahun 2005, drama ini mengisahkan 4 sahabat yang kaya-raya dan menjadi perhatian di sekolah.

Suka membuli pelajar lain sehinggalah bertemu dengan seorang gadis yang berperwatakan biasa tetapi berani dan kuat.

Perkara yang saya suka tentang drama ini ialah jalan cerita yang menarik khusus untuk mereka yang berjiwa romantik.

Watak gadis yang berjaya mengalahkan ego dan kesombongan lelaki kaya adalah ramuan utama kejayaan drama ini.

Pertembungan cinta antara 2 darjat, persahabatan, persengketaan, kesetiaan dan kepercayaan, berjaya diadun dengan baik sekali. The rest is history.

#9 LONG VACATION

Drama lakonan Takuya Kimura ini adalah antara drama paling berjaya dari Jepun.

Saya pernah menulis mengenai tentang Long Vacation pada artikel sebelum ini (rujuk sini).

Drama yang diterbitkan pada tahun 1996 ini mungkin mempunyai jalan cerita yang biasa.

Namun, gabungan beberapa elemen dan momen yang menyatukan watak-watak dengan sangat baik, menjadikan drama ini sangat luar biasa.

Saya suka dengan fokus drama ini yang mengangkat tema tidak mudah putus asa dikalangan orang muda. Tema krisis kewangan yang diangkat juga sangat memberi pengajaran.

Sambutan hangat terhadap drama ini sehingga mendapat gelaran ‘The King of Rating’.

#8 SUMMER NUDE

Drama tahun 2013 lakonan Tomohisa Yamashita ini banyak mengingkatkan saya dengan drama Beach Boys.

Berlatarkan musim panas dan pantai, drama ini membawa tema persahabatan yang typical dengan drama Jepun.

Banyak pengajaran tentang kehidupan yang ditonjolkan dalam Summer Nude. Nilai sebuah persahabatan, kekeluargaan dan semangat untuk melakukan perubahan.

Jalan cerita yang santai, relax dan tidak complicated. Namun tetap satu naskah yang menghiburkan.

#7 OVERTIME

Drama lakonan Takashi Siromachi ini diterbitkan pada tahun 1999. Saya juga pernah menulis tentang drama hero Jepun ini (rujuk sini).

Drama berkisar mengenai seorang wartawan ini merupakan antara drama romantik yang simple dan menarik.

Mengangkat tema persahabatan dan perhubungan. Walaupun jalan cerita agak slow, tetapi tidak membosankan.

Saya suka ending drama ini. Sangat realistik dan bukan fairy tale ending. OST juga antara kekuatan Overtime.

#6 NOBUTA WO PRODUCE

Ditayangkan pada 2005, drama ini ialah tentang persahabatan 3 orang sahabat di sebuah sekolah.

Cerita ini agak unik kerana perwatakan setiap watak utama yang mempunyai perangai tersendiri.

Membawa tema buli dan bagaimana persahabatan antara watak utama menghadapi dan menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

Saya suka lagu intro drama yang sangat catchy dan menarik. Watak kartun dalam setiap intro drama ini berjaya menarik perhatian.

Terasa ingin kembali ke sekolah selepas menonton drama ini.

#5 DRAGON ZAKURA

Drama ini diterbitkan pada tahun 2005. Berkisar mengenai Kenji Sakuragi, seorang peguam dan geng motosikal.

Gagal sebagai peguam, beliau menjadi seorang guru di sebuah sekolah.

Pelbagai ragam dan cabaran yang terdapat dalam setiap episod, menjadikan drama ini tidak membosankan.

Sebuah drama yang penuh dengan motivasi dan inspirasi. Sangat sesuai untuk golongan pendidik dan pelajar.

Mengajar tentang semangat yang tinggi untuk berjaya dalam apa bidang pun yang diceburi.

Dragon Zakura 2 telah diterbitkan pada tahun 2021, dengan masih mengekalkan pelakon utamanya.

#4 BG PERSONAL BODYGUARD

Sebuah lagi drama lakonan Takuya Kimura yang ditayangkan pada 2018. Boleh baca artikel saya tentang drama lakonan beliau ini (rujuk sini).

Drama tentang pekerjaan bodyguard yang bekerja di sebuah syarikat.

Jalan cerita yang menarik. Setiap episod mempunyai kisah yang berlainan, tetapi tetap saling berkait.

Banyak pengajaran dan nilai yang ditonjolkan dalam BG. Ia bukan hanya sekadar hiburan kosong.

Banyak sisi seorang bodyguard yang boleh dipelajari.

Lakonan Takuya Kimura seperti biasa, tidak mengecewakan. Begitu juga dengan barisan pelakon yang lain.

#3 WITH LOVE

Drama lakonan hero kesayangan Jepun, Yutaka Takenouchi ini diterbitkan pada tahun 1998.

Drama yang berkisar tentang seorang komposer yang menghadapi hari-hari gelap selepas kecewa dalam percintaan. Berkenalan secara tidak sengaja dengan seorang gadis menerusi email.

Saya suka tentang drama ini ialah bagaimana medium email, pada tahun tersebut, diangkat sebagai jalan cerita.

Jalan cerita yang mudah difahami, dan diingati. Walaupun drama ini sudah lebih 20 tahun lalu.

Runut bunyi drama ini juga antara tarikan utama. Ia kekal malar segar untuk didengar hingga kini.

#2 KAREI NARU ICHIZOKU

Drama tahun 2007 ini adalah sebuah drama yang unik dan berbeza berbanding drama-drama lain.

Berlatarkan tahun 1960-an, ketika berlakunya krisis kewangan dan bank, ia mengangkat tema pertembungan konflik antara ayah dan anak.

Lakonan Takuya Kimura sangat berjaya. Ia sebenarnya mengangkat satu demensi baru dalam drama Jepun.

Seperti kebanyakkan drama Jepun, banyak unsur pengajaran dan pengorbanan ditonjolkan dalam setiap episod. Saya suka ending drama ini yang merungkai segala permasalahan.

Drama ini telah mendapat banyak anugerah di Jepun termasuklah pelakon utama lelaki terbaik.

#1 HANZAWA NAOKI

Hanzawa Naoki ini ditayangkan pada 2013. Drama ini berkisar mengenai seorang pegawai bank Naoki Hanzawa, yang menghadapi pelbagai halangan oleh pihak atasan.

Saya suka dengan momentum penceritaan dan ‘pacing’ drama ini. Tidak hairanlah penonton akan duduk menonton hingga habis episod.

Skripnya yang hebat, lakonan yang mantap dan ‘mind-blowing’.

Drama ini mencatat sejarahnya yang tersendiri. Ia mendapat rating tontonan tertinggi dalam sejarah, untuk tempoh 3 dekad.

Ia juga ditayangkan di Hong Kong, Taiwan, Jamaica dan negara Amerika Latin. Drama ini juga telah mendapat pengiktirafan dengan membolot banyak anugerah di Jepun.

Pada tahun 2021, Hanzawa Naoki 2 pula ditayangkan.

#0 HANZAWA NAOKI IYA KINEN : Episode Zero

ini bukanlah sebuah drama.

Ia adalah satu special episode lanjutan dari Hanzawa Naoki musim 1.

Ditayangkan pada tahun 2020, berkisar mengenai 2 watak iaitu Kosaka dan Hamamura. Mengisahkan tentang Tokyo Central Stock Exchange yang mendapatkan khidmat Syarikat IT untuk meningkat keselamatan pelanggan.

Penceritaan yang sangat menarik. Terasa fresh dan tidak membosankan. Misteri yang ditonjolkan berjaya membuatkan penonton tertanya-tanya.

Gandingan pelakon juga hebat. Vibe dari drama Hanzawa Naoki musim 1 tetap masih ada.

Watak hanzawa Naoki hanya muncul di penghujung cerita. Ironinya, ini sebenarnya adalah permulaan untuk Naoki Hanzawa musim 2 yang ditayangkan pada tahun 2021.

KESIMPULAN

10 drama Jepun terbaik ini mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Drama yang saya pilih ini juga merangkumi pelbagai era, dari lewat tahun 90-an hinggalah yang terkini.

Sama seperti pendapat saya sebelum ini mengenai drama Jepun, ia banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada masyarakat Jepun khususnya.

Atas faktor itulah, mengapa drama Jepun yang berkualiti tetap kekal relevan dan tidak bosan untuk ditonton sehingga ke hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *