10 HADIAH HARI JADI PALING POPULAR YANG ISTERI PASTI SUKA

10 hadiah hari jadi paling popular yang isteri pasti suka

Hadiah apa yang sesuai dihadiahkan kepada isteri? Ketandusan idea dalam memikirkan hadiah? Setiap tahun hanya kek dan lilin? Atau sekadar ucapan “Happy birthday”?

Dalam konteks hidup berpasangan, tarikh lahir adalah elemen yang sangat penting. Sebagai seorang suami, mengingati tarikh lahir isteri adalah perkara paling sweet untuk mengingati segala jasa dan penat lelah isteri dalam menguruskan keluarga.

Semua orang sukakan hadiah. Tidak kira ia kecil atau besar, mahal atau murah, selagi namanya hadiah, ia pasti mengembirakan sesiapa sahaja yang mendapat hadiah. Tidak terkecualilah kepada para isteri.

So, bila sebut tentang hadiah, part ini adalah yang paling memeningkan para suami di seluruh Malaysia. Perkara yang membuatkan suami tak lena tidur malam dibuatnya.

10 jenis hadiah ini saya rangkumkan hasil daripada kajian, pembacaan, dan carian paling popular di internet. Semoga perkongsian ini membantu memberi idea dalam pencarian hadiah kepada isteri tersayang.

#1 EMAS

Emas dan wanita tidak boleh dipisahkan. Jika anda ada wang yang lebih, gunakan wang itu untuk membeli emas.

Samada ia berbentuk rantai, gelang, ataupun cincin. Selagi namanya emas, pasti ia akan membuatkan isteri anda tersenyum lebar.

#2 HANDBAG / PURSE

Handbag / purse merupakan antara barangan yang sentiasa digunakan seharian.

Mungkin sudah tiba masanya isteri anda perlukan handbag yang baru. Perlu diingat, handbag pun mempunyai pelbagai jenis bentuk, jenama dan warna.

Suami perlu memastikan ia memenuhi citarasa isteri.  

#3 HANDPHONE

Terdapat pelbagai jenis handphone yang boleh didapati di pasaran ketika ini.

Jika handphone anda ingin jadikan sebagai hadiah, pastikan handphone yang anda pilih merupakan update dan upgrade daripada handphone isteri yang sedia ada.

Jika boleh, cuba selidik jenama dan model yang menjadi pilihan isteri beberapa minggu sebelum memberi hadiah.

#4 JAM TANGAN

Jam tangan adalah antara barangan yang bukan sahaja disukai oleh suami, bahkan juga para isteri.

Ia juga adalah barangan yang biasa digunakan seharian.

Carilah jam tangan dari jenama yang diketahui kualitinya. Tidak rugi membeli jam yang mahal. Jika ia boleh bertahan untuk tempoh yang lama.

#5 BERCUTI / HONEYMOON

Bercuti juga adalah antara hadiah harijadi paling bermakna untuk isteri.

Ia umpama terapi minda agar berehat daripada kesibukan di tempat kerja dan rumah. Pastikan, pilih tempat yang bersesuaian dengan keluarga anda serta rancang lebih awal segala aktiviti ketika bercuti.

Tetapkan berapa hari. Samada memilih di dalam negeri atau luar negara. Hotel atau homestay. Tepi pantai atau dikawasan pergunungan. Di Bandar ataupun  kawasan kampung.

#6 BAWA PERGI KE SPA

Antara aktiviti yang mungkin isteri anda paling suka. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan kepenatan seharian, tetapi ia juga terapi untuk kesihatan isteri, fizikal dan mental.

Jika belum pernah membawa isteri ke spa, inilah masanya anda memberi kejutan untuknya.

Pilih waktu dan hari yang sesuai. Mula dengan mencari lokasi spa yang dirasakan terbaik dan harganya berpatutan.

#7 MAKAN MALAM

Jika mahu suasana romantik seperti di dalam drama, ataupun mengenang zaman percintaan awal awal dahulu, ajaklah isteri untuk makan malam di luar.

Makan di hotel adalah antara tempat paling sesuai. Pilihlah hotel yang menawarkan makanan dan suasana yang bersesuain dengan anda dan pasangan.

Tidak salah untuk belanja lebih sikit untuk makan malam sempena hari jadi isteri. Bukan selalu.

#8 MINYAK WANGI

Secara peribadi, saya sukakan wangian. Sudah pasti, saya juga mahukan isteri agar sentiasa wangi.

Dan secara fitrahnya, kaum hawa memang sukakan wangian dan haruman.

Pilihlah wangian yang sesuai untuk isteri anda. Pastikan, wangian itu menepati minat pasangan anda.

Biasanya, pilih wangian yang tidak terlalu kuat, dan bersifat lembut dan menyegarkan.

#9 BAJU TIDUR SEKSI

Pada zaman online ini, si suami tak perlu malu malu ke kedai untuk membeli baju tidur isteri.

Gunakan sahaja Lazada ataupun Shoppee. Pilih, beli dan tunggu dipos di rumah. Harga pun murah dan sangat berpatutan.

Tetapi anda perlu membeli baju tidur yang sesuai dengan isteri anda. Kesilapan besar ramai suami di luar sana terutamanya yang 1st time membeli, ialah membeli mengikut apa yang mereka ingin lihat, tanpa memikirkan keselesaan pasangan anda.  

#10 MESIN PENGERING PAKAIAN

Mungkin ramai yang jarang mendengar akan kewujudan mesin pengering pakaian di rumah.

Mesin cuci itu satu keperluan yang hampir disetiap rumah ada. Dan jika anda membeli mesin pengering pakaian, isteri tidak perlu lagi untuk menyidai kain di jemuran.

Ini sekaligus menjimatkan masa dan tenaga. Ia juga memudahkan tugasan isteri dalam pengurusan kain di rumah.

KESIMPULAN

10 jenis hadiah ini hanyalah idea yang mungkin boleh membantu anda memikirkan hadiah yang sesuai untuk isteri. Untuk lebih kreatif, mungkin anda variasikan lagi hadiah anda dengan memberikan packaging yang menarik.

Jika seluruh suami di Malaysia membaca artikel ini, dan memilih mungkin salah satu idea dan hadiah di atas, saya yakin segala macam masalah rumahtangga boleh dikurangkan.

Percayalah, apabila isteri gembira, rumahtangga pasti bahagia. Untuk isteri, fikir-fikirkanlah juga hadiah hari jadi untuk suamI.

2 thoughts to “10 HADIAH HARI JADI PALING POPULAR YANG ISTERI PASTI SUKA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *