2 JENIS DEMAM DI BULAN PUASA TAHUN INI

d5cb42c35274360dd7334ebfd7dc6072

Tahun ini kejohanan bolas sepak EURO berlangsung ketika Umat Islam menyambut ketibaaan Ramadhan. Keadaan ini mengingatkan saya pada Piala Dunia yang lepas, dimana situasinya hampir sama dengan tahun ini.

Bola sepak seperti yang kita maklum merupakan sukan kegemaran rakyat Malaysia. Bila berlangsung acara besar seperti EURO, pasti ia menjadi topik utama perbincangan harian khusus dikalangan kaki bola.

Samada di pejabat, facebook, whatApp bahkan sehingga ke masjid, pasti topik akan berkisar mengenai perlawanan bola sepak.

Kemuncak kepada demam bola ini ialah apabila ada dikalangan kita yang sebelum ini rajin solat terawih sehingga 20 rakaat, ‘terpaksa’ dikurangkan menjadi 8 rakaat sahaja kerana ingin menyaksikan perlawanan di televisyen.

Satu lagi demam yang pasti dan confirm akan datang menjelang puasa ialah demam raya.

Sudah menjadi tabiat dan budaya sebahagian besar umat Islam di Malaysia menjadikan hari raya sebagai medan untuk kelihatan serba baru.

Baju baru, selipar baru, kapet baru, tikar baru, tudung baru, dan macam-macam lagi kena baru.

Belum lagi masuk bab lauk pauk dan kuih muih untuk dijadikan hidangan.

Bermacam-macam rasa dan warna dapat dirasa dan dilihat.

Kemuncak demam ini akan jelas kelihatan menjelang hari-hari terakhir Ramadhan iaitu beberapa hari sebelum hari raya.

Ketika ibadat sepatutunya dilipatgandakan lagi, pasar-pasar raya pun semakin meriah dengan pertambahan pelanggan.

Akibatnya, surau dan masjid semakin kurang jemaahnya. Inilah hakikat yang senantiasa berlaku dan berulang saban tahun.

Orang dah tak bercerita lagi tentang hari hari Ramadhan yang semakin berakhir, sebaliknya sibuk dengan persiapan hari raya.

Satu tips saya untuk berhadapan dengan 2 jenis demam ini ialah dengan menghayati semula Ramadhan itu sendiri.

Anda google la sendiri di internet, ataupun mendengar ceramah-ceramah berkaitan Ramadhan di youtube untuk sekurang-kurangnya berusaha untuk memperbaiki diri.

Tidak salah sekiranya kita terkena 2 demam ini, tetapi jadilah seorang muslimin yang bijak.

Anggap sajalah Ramadhan tahun ini mungkin yang terakhir untuk kita. Tiada siapa yang tahu melainkan Allah samada kita masih berkesempatan bertemu Ramadhan selepas ini.

 

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *