20 TAHUN MENJADI PENYOKONG LIVERPOOL

a3430d2d98b9c71bcfbad51eba2dbf2b
When you walk through a storm
Hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of the storm
There’s a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams be tossed and blown
Walk on walk on with hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone
When you walk through a storm
Hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of the lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams be tossed and blown
Walk on walk on with hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk
You’ll never walk
You’ll never walk alone
  • Liverpool Theme song

Tahun ini genaplah sudah hampir 20 tahun saya meminati Kelab Bolasepak Liverpool. Tak perlu la saya terangkan apa itu Liverpool.

Semua pasti orang akan tahu apa itu Liverpool.

Apa yang ingin saya kongsikan kali ini bukanlah mengenai sejarah Liverpool, tetapi tentang pengalaman ringkas saya hampir 20 tahun bernasibkan sebagai seorang penyokong tegar sebuah kelab bola sepak.

Saya mula meminati Liverpool pada tahun 1995, iaitu ketika perlawanan akhir piala FA menentang MU. Saya ingat peristiwa itu, kerana waktu itulah timbul minat untuk menyokong Liverpool.

Perlawanan yang dimenangi oleh MU itu membuatkan saya kesian dengan Liverpool. Maka daripada babak kesian itu, membawa saya menjadi seorang die hard fan Liverpool hingga kini.

Ironinya, nasib Liverpool tetap ‘kesian’ hingga ke hari ini..berdasarkan prestasi dan pencapaian yang tidak berapa sedap mata memandang.

Namun, apa pun berlaku, bukan penyebab yang boleh mengubah hati saya daripada untuk tidak menyokong team keramat ini.

Ada 2 kenangan manis saya bersama Liverpool yang akan dikenang sampai bila-bila. Pertama ketika Perlawanan akhir Champions League..menewaskan AC Milan di Istanbul pada 2005.

Semua orang tahu tentang game ini. anda google sahaja di youtube..pasti boleh meremang bulu kaki di buatnya.

Dan kedua..ketika Liverpool menewaskan Manchester United..tidak kira pada pertandingan apa sekalipun. Musuh tetap musuh. Itulah musuh tradisi sejak sekalian lamanya.

Namun, ada 2 juga kenangan pahit bersama Liverpool. Sayang macamana pun tetap ada pahitnya. Pertama, ketika jersi Liverpool ditaja oleh sebuah syarikat pengeluar arak. Memang mencabar khususnya bagaimana untuk menyokong, dalam masa yang sama tidak memakai pakaian, ataupun stiker-stiker berkenaan.

Dan kedua, ketika terdapat pemain yahudi Israel dalam pasukan Liverpool.

Mujurlah kedua-kedua perkara pahit ini sudah tidak ada pada waktu ini..

LIVERPOOL..FOREVER

20 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Menyokong sebuah pasukan yang sudah melepasi zaman kegemilangannya memang memerlukan kesabaran tahap tinggi.

Secara tidak langsung, mangajar saya tentang kesabaran dalam menerima keputusan.

Dan paling penting, mengajar saya bahawa sehebat mana pun kecintaan terhadap pasukan bola sepak, tuntutan agama jangan di pisahkan.

Barulah tenang dalam sokongan.

You’ll Never Walk Alone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *