MEMBONGKAR RAHSIA WAJAH PARA NABI: BERTEMU RAJA ROM HERACLIUS

MEMBONGKAR WAJAH PARA NABI: BERTEMU RAJA ROM HERACLIUS

Melihat wajah para nabi? Mungkin ramai yang belum mendengar akan kisah ini.

Kisah ini dirakamkan dalam riwayat Al-Hafiz Imam Al-Baihaqi dalam kitab Dala’ilun Nubuwwah.

Penulisan ini adalah bersumberkan daripada ceramah Ustaz Nazmi Karim. Anda boleh rujuk disini.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua.

Kisah ini bermula apabila sahabat nabi berdakwah dihadapan Raja Rom, iaitu Heraclius. Jom baca.

Read More

KAU JUGA PEMBULI!

the_bully_by_thompson46-d30vg24

Cerita Buli ini boleh saya kategorikan sebagai kisah evergreen. Saban tahun malah setiap hari kisah ini akan menjadi topik hangat. Cuma samada ia akan didendangkan di media atau tidak sahaja. Kalau anda taip di google, pasti berderet topik berkaitan buli akan muncul. Itu belum lagi di youtube.

Dan perbincangan ilmiah ataupun teori untuk mengkaji permasalahan ini pun banyak sudah kita dengar. Untuk mengkaji punca, perkara utama yang perlu kita ambilkira ialah jangan menuding jari kepada sesiapa. Anggaplah ia satu ujian yang Allah turunkan kepada masyrakat kita. Untuk kita fahami dan hayati. Untuk kita muhasabahkan diri kita. Kalau asyik mencari sebabnya, maka akan jadilah seperti kisah dalam lagu bangau 0h bangau.

Read More

3 CARA UNTUK MENGHANCURKAN TAMADUN DAN MASYARAKAT

petronas_malaysia_national_day_by_feigiap-d7x8684

Bila berbicara mengenai sesebuah tamadun atau masyarakat, ada dua peristiwa yang saling berkait rapat. Iaitu kemajuan dan kehancuran. Kita lebih suka mendengar tentang kemanisan kejayaan. Manakala Kemunduran dan kejatuhan adalah sesuatu yang sangat pahit untuk dirasa. Dalam konteks Malaysia, dimanakah keberadaan pencapaian tamadun kita? Saya tinggalkan persoalan ini untuk sama-sama kita fikirkan.

Kehancuran tamadun dapat kita saksikan menerusi sejarah yang kita pelajari. Menerusi kehancuran ini, segala kemajuan yang dikecapi lenyap begitu sahaja. Menerusi kehancuran, rakyat menderita berpanjangan. Menerusi kehancuran, anasir luar masuk menyelinap dengan mudahnya. Menerusi kehancuran, perjuangan nenek moyang hilang sekelip mata.

Apakah punca dan sebab kejatuhan? Menurut kajian, terdapat 3 cara untuk menghancurkan tamadun atau masyarakat. Dan ketiga-tiga cara ini sudah semakin jelas ada dalam masyarakat kita samada sedar atau tanpa sedar.

Read More

SIHAT ITU JIHAD : KHASIAT MAKANAN SUNNAH HABBATUS SAUDA’

Nigella damascena 'Miss Jekyll Alba'

Sihat itu adalah satu jihad. Untuk menjadi umat yang kuat di akhir zaman ini, kesihatan adalah satu faktor utama. Kita dianugerahkan tubuh badan oleh Allah untuk kita jaga. Maka tanggungjawab kita untuk menjaganya. Salah satu cara untuk menjaga kesihatan ialah melalui pemakanan.

Bagi pembaca yang ada membaca artikel saya berkaitan musuh Islam kita, saya ada menyentuh bagaimana makanan adalah senjata utama untuk melemahkan kita. Namun, Nabi Muhammad SAW telah mendidik umatnya berkaitan makanan untuk kesihatan. Dan salah satu makanan yang dianjurkan untuk kita amal ialah Habbatus sauda. Apa itu Habbatus sauda? Artikel ini merungkai secara santai tentang makanan yang bernama Habbatus sauda. Tak kenal maka tak cinta.

Moga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita.

Read More

3 UNGKAPAN SEMPENA HARIJADI ISTERI TERCINTA : IKHLAS DARIPADA SUAMIMU

original_wife-happy-birthday-card

Salam untuk semua pembaca. Artikel kali ini saya tulis adalah ditujukan khas untuk isteri saya yang tercinta. Perkongsian diharap dapat menjadi inspirasi kepada para suami agar turut memberikan hadiah yang bukan sahaja berbentuk material semata, tetapi hadiah keikhlasan dan kepercayaan kepada isteri.

Tanggal 7 november (seven eleven) merupakan tarikh keramat dalam kehidupan saya setiap tahun. Ini adalah hari ulang tahun kelahiran isteri saya yang tersayang. Dan seperti tahun sebelumnya, akan adalah kek sebagai simbol sambutan hari lahir. Dan ada sedikit hadiah daripada saya tanda ingatan suami kepada isteri.

Bezanya tahun ini dapat saya dapat luahkan dalam bentuk penulisan blog. Mungkin ada lelaki ni agak berat sikit mulut untuk berkata. Kali ini biar jari pula meluahkan ungkapan kepada isteri. Dan ada 3 ungkapan magik yang ringkas huraiannya.

Read More