Semua mungkin pernah merasai detik kegagalan dalam percintaan. Cuma yang membezakan ialah samada kita belajar daripada kegagalan dan keberanian untuk bercinta lagi.
Artikel ini bukanlah tulisan jiwang murahan semata-mata. Saya minta agar anda buka mata dan lapangkan dada. Harus kita lihat daripada kaca mata yang lebih luas lagi, agar dapat diperah lebih banyak lagi ikhtibar.
Apa yang akan kita lakukan semasa mula-mula gagal ataupun putus cinta? Saya yakin ada macam-macam cara yang selalu kita dengar. Namun, berapa ramai diantara kita yang berani.
Berani? Berani untuk belajar bercinta lagi. Hidup harus diteruskan. Life must go on. Tak perlu kita kecewa frust menonggeng. Sifat kecewa inilah yang akhirnya membuka ruang kepada syaitan untuk mendorong kepada sesuatu yang negatif.
Allah menghantar kegagalan untuk kita mengimprovekan diri menjadi insan yang lebih baik.
Bagaimana untuk belajar? Hayati tips di bawah dan cuba lakukan. Sekiranya anda mengikut semua tips ini, anda sudah bersedia untuk belajar bercinta lagi.