Saya bukan ahli politik. Saya juga bukan penganalisis politik tanah air.
Saya tidak membawa mana-mana idealogi politik mana-mana parti dalam artikel ini.
Jauh sekali untuk mencampuri mana-mana urusan politik mana-mana pihak parti politik.
Tujuan saya menulis artikel ini adalah supaya kita faham apa yang sepatutnya kita perlu faham.
Dalam suausana politik semasa yang mengelirukan umat Malaysia, apa yang penting ialah kita harus kembali kapada apa sebenarnya yang utama. Apa yang sepatutnya kita perlukan dan lakukan.
Untuk memudahkan anda faham, saya minta supaya kita berlapang dada dan menjadi umat yang matang dalam menghadam sesuatu idea dan pendapat.
Politik tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seharian. Berapa ramai dikalangan kita yang ambil peduli dan kisah tentang politik di negara ini?
Kisah politik seolah-olah menjadi kisah eksklusif yang hanya golongan-golongan tertentu sahaja yang terlibat.
Pernah saya ajukan isu-isu politik kepada beberapa kenalan.