SELAMAT HARI JADI ANAK KE 3 TAHUN : 5 PERKARA SEBAGAI PERKONGSIAN

ec2e2265d8f33a5ff095e34f11332574-d3fmv68

15 September 2016. Genap 3 tahun anak sulung menghiasi kehidupan keluarga kecil kami suami isteri.

Pejam celik pejam celik, tempoh 3 tahun sangat singkat. Sesingkat sehingga usia saya sendiri pun tak terasa turut meningkat sama.

Anak yang dulunya kecil dalam dukungan, kini sudah berat lebih dari 10kg kampit beras. Lariannya semakin laju, seiring dengan kepetahan bercakap seperti rakan seusianya yang lain.

Saya akui, tempoh tiga tahun membesarkannya, tahun yang ke 3 ini agak kritikal khususnya saya sebagai bapa dalam mendidik anak.

Pelbagai perkara baru saya pelajari dan alami dalam usia anak yang semakin membesar ini. Ia seolah reflect kepada saya.

Teringat ibu dan bapa semasa saya diusia yang sama seperti anak saya. Mereka juga pernah lalui seperti yang saya lalui sekarang.

Sebab itu saya tekankan, perlunya setiap ibubapa di Malaysia ini update dan upgrade ilmu berkaitan keibubapaan. Nasihat yang juga saya tujukan kepada diri sendiri.

Tanggungjawab kita sebagai  ibubapa bukan hanya memberi makan dan minum, bahkan lebih besar daripada itu.

Saya kongsikan 5 perkara yang penting untuk saya kongsikan khusus sempena hari jadi anak yang ke 3.

Read More

ISU AZIZAN OSMAN : 5 PERKARA YANG BOLEH DIPELAJARI

2ef11ef7853f5da25a4db63a81980deb

Malaysia dikejutkan lagi. Kali ini dengan kes pakar motivasi jutawan, Azizan Osman berhubung kontrovesi gelaran doktor yang dimilikinya.

Semakin banyak wakil pihak dari beberapa Universiti tampil menafikan pernah memberi gelaran doktor kepada Azizan Osman.

Ketika saya menulis artikel ini, belum ada kenyataan rasmi daripada tuan empunya badan sendiri, iaitu Azizan Osman untuk menjawab persoalan demi persoalan yang semakin penuh unsur twist.

Perlu kita faham, Azizan ini mempunyai banyak pengikut dan kebanyakkan diantara mereka berjaya menjadi usahawan hasil didikan dan motivasi beliau.

Kehebatan beliau memberi motivasi sehingga mana-mana pogram ceramahnya pasti dipenuhi ribuan manusia yang datang dari segenap ceruk tempat.

Kes ini sebenarnya membuka mata dan hati banyak pihak. Saya tidak bercakap tentang siapa yang salah atau yang harus dipersalahkan.

Saya hormati beliau sebagai insan yang diberikan keistimewaan untuk memberi motivasi kepada orang. Tidak ramai motivator yang berjaya seperti beliau.

Selagi belum ada bukti kukuh, jangan kita suka hati menjadi hakim menjatuhkan hukuman tanpa pembelaan.

Cuma apa yang saya ingin fokus disini ialah tetang penipuan. Menipu, tertipu, dan ditipu, semuanya merujuk kepada penipuan. Bezanya, samada kita sedar atau tidak sahaja yang kita tergolong dalam kategori tersebut.

Kes ini bukanlah kali pertama berlaku. Sudah berulang kali kejadian yang hampir sama terjadi di dalam masyarakat Malaysia.

Belum lagi kes-kes membeli gelaran seperti datuk dan sebagainya.

Paling menyedihkan, ia banyak melibatkan orang Melayu sendiri.

Persoalan kali ini, mengapa rakyat Malaysia mudah sangat terpengaruh kepada gelaran dan pangkat?

Mengapa orang kita sanggup menipu untuk mendapatkan gelaran dan pangkat?

5 perkongsian ini mungkin antara perkara yang menyumbang kepada berlaku kes-kes sebegini. Jom kita renung bersama.

Read More

HILLARY CLINTON DAN DONALD TRUMP : SIAPA YANG ANDA PILIH DAN SIAPA YANG AKAN MENANG

bc09dc5b94b7c8a2641ed0b1b6803544

Tanggal 8 November 2016 merupakan tarikh keramat warga Amerika. Pada tarikh ini, mereka akan menentukan siapa yang bakal duduk di White House.

Maka, semakin menuju ke hari pengundian, kempen demi kempen sedang diusung ke merata tanah di Amerika.

Perlu kita faham bahawa pemilihan presiden di Amerika melibatkan banyak calon dari pelbagai parti. Namun hanya 2 tokoh sahaja yang sering yang menjadi tumpuan media di seantero dunia. Mereka ialah Trump dan Clinton.

Dan perlu juga kita memahami hakikat dibelakang tabir siapa yang menguasai media-media perdana di Amerika. Mereka adalah terdiri daripada golongan yang menganut fahaman kapitalis dan dikalangan pelobi-pelobi yahudi zionis.

Apa kaitan dengan Malaysia? Mengapa anda perlu mengambil tahu siapa yang bakal menjadi presiden di negara Uncle Sam ini?

Untuk menjawab persoalan ini, anda juga harus sedar bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem ekonomi bebas fahaman kapitalis.

Maka, apa-apa dasar yang diputuskan oleh Amerika selaku pengemudi kapitalis dunia, ia pasti akan terkait dan terkena dengan Malaysia.

Read More

KEAJAIBAN IKHLAS : DISEBALIK KISAH MIMPI BERTEMU NABI MUHAMMAD SAW

770e91f0a6ca9fde254ce79550bf4b77IKHLAS merupakan sifat yang paling dituntut dalam Islam.

Sifat ikhlas adalah sifat yang diakui sendiri oleh Iblis sebagai satu-satunya sifat dalam golongan umat Nabi Adam yang tidak dapat digodanya.

Pasti ada sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan mengenai sifat ikhlas ini. Orang yang selalu mengamalkan sifat dan sikap ini pasti akan menerima ganjaran dan keistimewaan daripada Allah.

Saya menulis artikel ini untuk berkongsi pengalaman yang saya alami tentang bagaimana keistimewaan sifat ikhlas ini boleh meninggalkan bekas pada hati.

Saya pernah menonton sebuah video tentang ceramah mengenai Rasulullah yang disampaikan oleh Allahyarham Ustaz Haron Din.

Dalam video yang berdurasi sekitar 20 minit itu, Allahyarham menceritakan pengalaman benar beliau bermimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W.

Video ceramah Allahyarham Ustaz Haron Din mimpi bertemu Rasullullah.

Read More

SAYA TIDAK FAHAM MENGAPA ORANG LAIN TIDAK FAHAM

confusion_by_kara_a-d6mdoi4

Pernahkah anda mengalami situasi seperti tajuk artikel ini?

Mungkin ya dan mungkin tidak. Atau mungkin anda tidak menyedari bahawa anda juga mengalami detik situasi yang sama seperti saya.

Keadaan ini kadang-kadang menyulitkan kehidupan saya. Ia mengundang stress dan akhirnya mempengaruhi produktiviti kerja seharian.

Sehinggalah pada suatu hari saya tergerak untuk berfikir tentang perlunya saya muhasabah diri.

Mungkin ini langkah terbaik dalam mencari jawapan atau sekurang-kurangnya membantu saya memahami keadaan.

Untuk mudah faham, saya ringkaskan 3 situasi yang berlainan tetapi membawa motif yang sama.

Cuba fahami situasi ini. Dan selepas itu kita akan kerahkan minda untuk mencari titik persamaan dalam mencari satu penyelesaian.

Cara ini mungkin tidak semestinya mujarab untuk menjawab persoalan saya. Tapi, mungkin ia dapat membantu anda melihat suatu masalah dari sudut yang berbeza.

SITUASI 1

Cuba bayangkan, situasi ini. Situasi dimana anda sebagai seorang bapa sedang mengajar anak untuk membaca A,B,C,D,dan E.

Pelbagai teknik dan kaedah sudah digunakan.

Tetapi anak masih tidak dapat menguasai atau mengenal huruf dengan baik.

Read More