SEJARAH YANG DIJAJAH : SEBUAH MUKADIMAH

From the Asian and African Studies blog post 'Sejarah Melayu: A Malay Masterpiece'. Image: Plan of Melaka after its capture by the Portuguese. Livro do Estado da India Oriental, by Pedro Barreto de Resende, 1641.:

Dalam beberapa minggu dan bulan ini, saya agak sibuk sedikit mengumpul beberapa fakta dan maklumat penting yang akan dirangkumkan dalam siri penulisan saya.
Sebab itu, saya agak lama tidak update artikel terkini.
Tahun 2017 akan menjanjikan beberapa perubahan dalam siri penulisan saya. Kali ini saya akan lebih fokus dalam menyentuh beberapa isu yang mungkin lebih serius.
Niatnya hanya satu. Agar kita umat Islam membuka mata dan minda menjadi bangsa dan umat yang bersatu dan berjaya.
Mengapa sejarah?
Sejarah adalah antara subjek yang paling membosankan bagi sebahagian besar masyarakat kita, khususnya golongan pelajar.
Memang ia sangat membosankan jika ia dibaca dan dihafal untuk dimuntahkan di kertas peperiksaan.
Sistem pendidikan dan masyarakat yang tidak mementingkan sejarah juga menyumbang kepada scenario ini.
Saya tidak salahkan sistem. Kerana yang mencipta dan menggerakkan sistem itu ialah manusia.
Manusia-manusia inilah yang mencorakkan sistem dan akhirnya akan menghancurkan sendiri sistem yang dicipta.
Terdapat segelintir manusia memang inginkan sejarah itu sentiasa dilihat seperti mana yang kita lihat hari ini.
Namun, ramai yang tidak sedar hakikat bahawa menguasai sejarah, yakni memahami dan mencari kebenaran sejarah, adalah senjata paling merbahaya di dunia.
Sejarah itu boleh menjadi racun dan penawar dalam masa yang sama.
Ramai tokoh-tokoh penting dunia merupakan individu yang faham sejarah. Hitler, Stalin, Sukarno, Mahathir dan ramai lagi  pemimpin dunia, menjadi manusia hebat dengan memahami sejarah yang sebenar.
Mereka yang dapat ‘membaca’ sejarah, adalah mereka yang dapat ‘membaca’ masa depan.
Read More