SELAMAT JALAN F1 SEPANG

Saya masih ingat lagi. Sekitar tahun 1999 dan 2000. Betapa hebatnya demam Formula One.
Ketika itu dunia sibuk bercerita mengenai Y2K. Masa itu juga lagu-lagu Backstreet Boy dan Nsync berputar-putar di corong radio.
Sebagai antara yang meminati permotoran dan kereta lumba, menonton formula one menjadi tempat untuk saya menelampiaskan minat tersebut.
Kehadiran F1 di Malaysia menjadi satu fenomena pada masa itu. Litar Sepang menjadi symbol kebanggaan dan bukti betapa Malaysia Boleh!
Membuktikan betapa hebatnya Malaysia ketika itu, pada masa tersebut, hanya Jepun dan Malaysia sahaja yang menjadi penganjur sukan F1 di rantau Asia.
Waoo. Kita sebenarnya hebat.
Masih jelas di ingatan saya. Keratan surat khabar yang memaparkan kereta lumba F1 yang saya gunting dilekatkan pada meja di dalam kelas.
Pasukan kegemaran saya? Sudah tentu pasukan McLaren Mercedes. Ketika itu, Mika Hakkinen merupakan pelumba utamanya, antara idola saya.
Satu lagi pasukan yang sering menjadi tumpuan ialah Sauber Petronas. Nama Petronas itupun sudah cukup membuatkan saya sebagai rakyat Malaysia berbangga.
Apatah lagi perkataan MALAYSIA juga terpapar pada kenderaan.
Nama-nama pelumba lain pada masa itu juga masih saya ingat sampai sekarang.

Read More