5 Lagu MUSE Yang Perlu Anda Dengar

Saya mula mengenali kumpulan Muse pada sekitar tahun 2004 dan 2005. Segar diingatan, ketika sedang belajar di universiti masa itu, lagu Muse terlalu asing untuk saya.

Ketika itu, terus terang saya tidak kenal akan kewujudan kumpulan ini. Nak sebut perkataan Muse itupun tak betul. Betapa zeronya pengetahuan mengenai kumpulan Muse.

Bermula dari situ, saya mula melayan lagu-lagu top Muse yang lain seperti New Born dan Plug in Baby. Memang genre muzik Muse sememangnya menepati citarasa saya.

Walaupun bukan semua lagu Muse saya minat, tetapi kebanyakkannya mencuri perhatian saya. Itulah keunikan Muse.

Kali ini, saya ingin berkongsi Lima buah lagu Muse yang mungkin ‘underrated’,kurang didengar, dan jarang dimainkan di corong radio.

Lagu-lagu ini mempunyai susunan melodi dan liriknya begitu cantik. Maka sebab itu, anda perlu dengar sendiri, hayati dan layan.

Read More