
Gemuk.
Gemuk adalah antara perkataan popular dikalangan rakyat Malaysia. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, gemuk bermaksud tidak kurus dan badan besar.
Rakyat Malaysia juga semakin hari, semakin ramai yang gemuk. Ini adalah petanda bahawa rakyat kita tiada masalah untuk gemuk. Bahkan, gemuk ini sangat bersesuaian dengan kehidupan rakyat Malaysia yang cintakan makan.
Seringkali dalam masyarakat kita, mereka yang berbadan gemuk, perut boroi, dan bulat, biasanya dilabel sebagai orang yang sihat, bahagia dan berduit. Maka, menjadi gemuk itu boleh menjadi simbol kejayaan dalam kehidupan.
Oleh sebab itu, suka saya berkongsi lima tips untuk gemuk. Semoga, suatu hari nanti, semua rakyat Malaysia gemuk-gemuk belaka. Selamat membaca dan menggemuk semuanya.
Read More