
Siapa selepas Muhyiddin? Atau siapa tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri ke 9.
Artikel saya mengenai “Teori Rahman : Meramal siapa selepas DS Najib” beberapa ketika dahulu rupanya mendapat respon yang baik.
Beberapa hari lalu, ada pembaca yang bertanya kepada saya. Siapa pula selepas Muhyiddin?
Saya jelaskan sekali lagi yang saya bukan dukun atau nujum yang boleh membaca masa depan. Apa yang saya tulis hanyalah sekadar ramalan.
Ramalan ini pula hanya saya sandarkan kepada beberapa kajian dan bacaan sendiri.
Selagi namanya teori dan ramalan, ia boleh jadi kena tepat, kurang tepat atau tak tepat lansung.
Ada juga yang bertanya kepada saya. Apa faedahnya saya menulis segala ramalan ini? Saya jawab soalan tersebut dengan pernyataan berikut.
”Ramalan ini sama juga seperti buku-buku soalan ramalan SPM atau UPSR di pasaran. Kita menjawab soalan ramalan yang berkemungkinan besar keluar peperiksaan. Untuk apa? supaya kita mendapat keputusan cemerlang. Keputusan itulah yang akan mengubah hidup kita.”
Kali ini, saya menulis satu teori ramalan untuk menjawab sambungan ramalan sebelum ini. Siapa selepas Muhyiddin?
Artikel ini saya tulis bertepatan dalam suasana politik yang kelihatan tenang tapi bergelora. Ada 5 pemimpin politik yang saya ramal akan mengisi jawatan PM 9.
Read More