3 CARA AWAL UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA

75ca575b6b804ff8517d3173b02621d5

Baru-baru ini,seorang  kenalan saya menghadiri satu road show daripada seorang pakar jutawan, seorang motivator, pakar hartanah dan juga blogger terkenal, Azizan Osman.

Beliau menceritakan bahawa begitu ramai manusia menghadiri ceramah tersebut sehinggakan penuh sesak dewan yang besar.

Rata-ratanya semua yang hadir kerana inginkan motivasi dan panduan untuk berjaya dalam perniagaan.

Menurut firasat saya yang tak berapa nak pandai berfirasat ini, mereka yang hadir adalah mereka yang inginkan kejayaan dalam hidup. Mereka perlukan motivasi untuk berani bergerak menyusun langkah menjadi manusia yang hebat.

Langkah ini lah sebenarnya yang akan membawa keluar daripada zon selesa. Zon selesa bukan bermaksud hidup yang selesa dan senang.

Apabila kita melakukan sesuatu rutin berulang kali setiap hari, kita adalah antara yang berisiko untuk tergolong dalam zon yang dikenali sebagai zon selesa.

Untuk tergolong dalam zon selesa tidak bermaksud sesuatu yang tidak baik. Cuma apabila kita sudah terlalu lama dalam zon ini, kita akan menjadi sudah tidak produktif, tepu ataupun statik dalam kehidupan.

Maka saya menulis artikeli ini untuk mencadangkan 3 cara dan langkah awal untuk sekurang-kurangnya membuatkan anda tidak terbeban dengan tekanan untuk berubah daripada zon anda sekarang.

3 cara mudah ini sebenarnya tidak memerlukan pengorbanan  yang besar, kos yang tinggi, dan masa yang lama.

Apa 3 cara itu?

BANGUN AWAL PAGI

Biasakan diri untuk bangun awal pagi. Orang dulu-dulu kata, Pintu rezeki terbuka masa awal pagi.

Jika sebelum ini bangun pukul 7, set untuk bangun pukul 6.

Jika sebelum ini sering terlepas subuh, kuatkan niat dan semangat untuk tidak meninggalkan solat.

Bagi yang dah konsisten dengan solat subuh, cuba amalkan solat tahajjud.

Practice untuk menulis tentang 3 perkara yang membuatkan anda rasa bersyukur.

Samada anda percaya atau tidak, sekiranya langkah ini anda jadikan rutin harian, ia akan membina kekuatan asas dalaman untuk meningkatkan keboleh percayaan terhadap diri sendiri.

Bila sudah ada keyakinan, maka dari situ anda boleh push untuk keluar dari zon selesa.

FOKUS KEPADA PENGALAMAN BARU

Apabila bangun awal pagi sudah menjadi kebiasaan, sekarang ada kemungkinan untuk ingin melakukan sesuatu.

Dengan menjadikan langkah pertama sebagai rutin, ditambah pula dengan ingin mencapai sesuatu yang mungkin baru, anda sudah berada pada tahap memacu diri untuk menikmati pengalaman baru.

PENGALAMAN merupakan aspek penting dalam kehidupan. Cuba fikirkan sejenak.

Dipenghujung setiap haru yang kita lalui, kita akan menyimpan segala pengalaman dalam memori kita. Berada pada zon selesa samalah juga dengan melalui pengalaman yang sama tanpa anda sesuatu yang baru dan ada nilai tambah.

Untuk keluar daripada zon selesa, kita kena push diri sendiri untuk melalui sesuatu yang baru dalam hidup dan jadikan ia pengalaman yang membantu untuk berkembang dalam hidup.

BERHUBUNG DENGAN SETIAP ORANG

Kehebatan melalui pengalaman baru akan membawa kita berhubung dengan bermacam-macam orang.

Perlu anda ingat, gabungan PENGALAMAN DAN PERHUBUNGAN akan menghasilkan impak yang hebat sekiranya kita bijak.

Berhubung dengan orang atau kenalan baru akan memberikan satu perspektif baru.

Perspektif ini memberikan peluang kepada kita untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang kita inginkan dalam hidup.

Semakin ramai orang yang kita jumpa, semakin ramai orang yang kita kenali, semakin besar jugalah peluang yang kita akan perolehi.

Peluang ini akan membantu kita push diri keluar dan melopat dari zon selesa sekarang.

Segala apa yang saya tulis ini hanyalah sekadar perkongsian dan cadangan.

Mungkin tidak semestinya menepati citarasa anda.

Apa yang penting, sekiranya sudah terdetik dihati pembaca untuk melakukan sesuatu perubahan dalam hidup, maka sudah berada dalam landasan yang betul untuk keluar daripada zon selesa anda.

Wallahualam.

2 thoughts to “3 CARA AWAL UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA”

  1. Salam Tn Hafiz, 3 cara yang simple tetapi mungkin sukar pada permulaannya. In Shaa Allah marilah kita bersama-sama cuba untuk praktikkan…dan istiqamah akhirnya

    1. Wslm tuan Zamree..teruskan istiqamah dalam apa juga perkara baik yang kita lakukan. Sentiasa Ikhlas dan sabar dalam amalan kita. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *