3 UNGKAPAN SEMPENA HARIJADI ISTERI TERCINTA : IKHLAS DARIPADA SUAMIMU

original_wife-happy-birthday-card

Salam untuk semua pembaca. Artikel kali ini saya tulis adalah ditujukan khas untuk isteri saya yang tercinta. Perkongsian diharap dapat menjadi inspirasi kepada para suami agar turut memberikan hadiah yang bukan sahaja berbentuk material semata, tetapi hadiah keikhlasan dan kepercayaan kepada isteri.

Tanggal 7 november (seven eleven) merupakan tarikh keramat dalam kehidupan saya setiap tahun. Ini adalah hari ulang tahun kelahiran isteri saya yang tersayang. Dan seperti tahun sebelumnya, akan adalah kek sebagai simbol sambutan hari lahir. Dan ada sedikit hadiah daripada saya tanda ingatan suami kepada isteri.

Bezanya tahun ini dapat saya dapat luahkan dalam bentuk penulisan blog. Mungkin ada lelaki ni agak berat sikit mulut untuk berkata. Kali ini biar jari pula meluahkan ungkapan kepada isteri. Dan ada 3 ungkapan magik yang ringkas huraiannya.

Minta maaf isteriku..

Banyak kekurangan sepanjang menjadi suami,

Belum dapat membeli lagi rantai atau cincin emas permata yang menjadi idaman semua wanita,

Duit pun cukup-cukup untuk tidak lebih tidak kurang untuk keluarga,

Belum dapat memberi kesenangan dunia yang tidak akan cukup,

Kadang-kadang terlepas cakap yang membuatkan tersinggung,

Banyak perbuatan membuatkan mu terasa dan menitiskan air mata.

Minta maaf isteriku…

 Terima kasih isteriku..

Menjadi seorang isteri yang sentiasa taat kepada suami.

Tidak pernah komplen tentang kekurangan diri.

Sentiasa menerima diri seadanya. Berada ketika susah dan senang, apatah lagi usia perkahwinan kita yang masih baru,

Sentiasa bersabar..walaupun hidup selalu berjauhan,

Sentiasa berada disisi ketika berada dalam gundah dan sakit,

Terima kasih kerana melahirkan  anak yang comel seperti mommynya dan handsome seperti daddynya,

Terima kasih kerana menjaga anak kita dengan penuh sabar,

Sentiasa memberikan senyuman manis yang merupakan penawar segala penyakit pada diri ini,

Terima kasih juga menjadi reminder untuk tidak menjadi lelaki gatal..hehe,

Terima kasih atas segalanya..

Happy Birthday my lovely wife!

Khas untuk isteriku…

Happy Birthday to you.. semoga terus diberikan kesihatan,

dan dimurahkan rezeki untuk tahun ini dan mendatang.

I love U my sweetheart!

Z28

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *