4 JENIS DOSA YANG KITA SEDAR TAPI TIDAK SEDAR

4 JENIS DOA YANG KITA SEDAR TAPI TIDAK SEDAR

Dosa. Semua orang tahu apa itu dosa. Namun, kali ini saya cerita tentang 4 jenis dosa yang kita sedar, tetapi sebenarnya tidak sedar.

Kita semua mesti pernah melakukan dosa. Topik mengenai dosa ini bukanlah baru. Namun, setuju atau tidak, topik inilah yang paling orang tidak suka baca. 

Maka, bila menulis tentang sesuatu yang orang kurang gemar baca memang mencabar.

Berikut ialah 4 jenis dosa yang saya ringkaskan penerangannya agar mudah kita faham dan mudah kita sebar. Jom baca.

TAKUT DENGAN DOSA

Inilah golongan yang paling baik sekali. Berapa ramai dikalangan kita yang takut dengan dosa?

Apabila takut dengan dosa, kita akan terhindar daripada segala pengaruh yang tidak baik. Kita cenderung membuat perkara yang bermanfaat.

Sikap inilah juga akan membuatkan kita menghampiri pahala.

BERANI DENGAN DOSA

Inilah keadaan yang banyak berlaku dikalangan kita pada hari ini.

Perasaan takut melakukan dosa sudah semakin hilang. Sikap ini jika tidak dikawal akan memudaratkan buka sahaja kepada individu, tetapi kepada masyarakat.

Mula-mula berani dengan melakukan dosa kecil. Tetapi lama-kelamaan, tidak mustahil dosa kecil menjadi dosa besar.

SERONOK DENGAN DOSA

Golongan jenis ini yang akan kerap kali melakukan dosa.

Apabila sudah berani, akan timbul perasaan ingin melakukan sekali lagi, dan berkali-kali.

Dan akhirnya timbullah keseronokan untuk melakukan dosa.

PROMOSIKAN DOSA

Golongan ini pula mengajak orang lain melakukan dosa.

Mereka yang tergolong pada peringkat ini akan mempromosikan betapa seronok melakukan dosa.

Ada juga yang secara tak sengaja mempromosikan dosa. Contohnya, memakai pakaian yang mempunyai lukisan tertentu yang memudaratkan.

KESIMPULAN

Di manakah kita berada di antara 4 jenis dosa ini. Sekiranya masih takut dengan dosa, syukur dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Namun, sekiranya sudah berani, seronok, dan promosikan dosa, cepat-cepatlah bertaubat.

Ayuh kita buka mata. Musuh kita yang sebenarnya bukanlah penjajah, orang, senjata ataupun sebagainya. Musuh kita yang paling nyata ialah Iblis dan syaitan. Yang akan sentiasa membisikkan kejahatan agar kita menjadi seperti mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *