4 TIPS UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA

8ce71af7146df03e59b88fce648e2d4e

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Artikel kali ini saya ingin berkongsi sedikit panduan untuk dijadikan motivasi untuk diri saya dan anda semua.

Lama tak buat artikel berkaitan motivasi. Kadang-kadang kita perlu servis fikiran kita dengan motivasi yang menyegarkan minda.

Semua orang rasanya pernah mendengar ungkapan “keluar dari zon selesa sekiranya ingin berjaya” dan sewaktu dengannya. Ataupun sendiri pernah mengungkapkannya kepada sesiapa.

Saya sendiri mengakui bahawa Berkata-kata itu senang. Tetapi untuk melaksanakannya adalah sesuatu yang agak sukar.

Untuk keluar dari zon selesa itu senang. Tetapi untuk berhadapan di dunia baru perlu ada persiapan mental dan fizikal sedia.

Tidak semua yang diimpikan dan diharap itu akan diperolehi. Sebab itu kita kena tanya diri sendiri, adakah kita cukup bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Zon selesa dan diluar zon adalah 2 perkara yang boleh mengelirukan kita sebenarnya. Saya harap anda faham apa yang cuba disampaikan. Berikut adalah perkara yang perlu saya dan anda tahu..sekiranya ingin keluar dari zon selesa.

#1 Tetapkan Standard yang lebih tinggi

Adakah anda melakukan perkara yang sama sentiasa? Adakah anda menetapkan objektif yang pada akhirnya anda tahu akan berjaya dicapai?

Sekiranya jawapan anda ya bagi semua soalan di atas, ini bermaksud standard anda masih rendah. Apabila standard masih rendah, anda masih berada dalam zon yang cukup selesa.

Anda mesti melakukan sesuatu diluar dari kebiasaan dan menetapkan sasaran objektif yang jauh kehadapan yang anda tidak terfikir untuk capai.

 #2 ubah cara hidup!

Adakah kita melakukan benda yang sama setiap masa?

Adakah lauk yang kita makan tidak berubah setiap hari?

Sekiranya kita masih mengulang benda yang sama setiap hari, maka itu bermakna kita masih di zon selesa.

Saya minta anda untuk tidak takut melakukan sesuatu yang di luar daripada kebiasaan, selagi ia tidak melanggar aturan agama dan kehidupan.

Inilah antara sifat yang sukar di kikis apabila sudah berada dalam zon selesa.

Hanya dengan kesediaan untuk berubah, barulah anda sebenarnya mahu untuk keluar dari zon selesa.

 #3 Bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan

Dan berhadapan dengan kegelapan dalam kehidupan. Maksudnya secara mental dan fizikal anda sudah bersedia.

Keadaan mungkin menjadi sebaiknya daripada yang kita sangka.

Kita mungkin akan gagal.

Orang disekeliling akan menekan kita.

Dan kita mungkin akan berada ditahap untuk berputus asa.

Tapi Itulah realitinya berada di luar zon selesa.

Sentiasa kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan, dan paling penting tidak mudah untuk berputus asa.

Sekiranya kita memulakan langkah untuk keluar zon selesa, adalah memalukan untuk kembali berundur.

 #4 Anda perlu untuk berasa takut dan melawan perasaan itu

Ini adalah point paling penting untuk keluar dari zon selesa.

Anda akan berhadapan dengan perasaan takut, cemas, risau, dan tertekan. Anda semahunya ingin untuk membuat u-turn dan ingin berasa selamat kembali.

Tetapi perasaan takut inilah menunjukkan kita sedang berada di laluan yang betul.

Apabila kita sudah biasa dengan situasi ini, percayalah ganjarannya akan tiba.

 Kesimpulan

Saya harap anda seronok untuk membaca artikel ini. Dan paling penting memberikan seidikit walaupun tak banyak,memberi  motivasi kepada anda yang membaca.

Zon selesa tidak akan membawa kita ke mana-mana. Tetapi untuk keluar dari zon selesa, perlukan ilmu dan persediaan yang mantap.

Belajar daripada orang di sekeliling.

Saya harap sekiranya anda mempunyai idea ataupun pandangan, kongsi-kongsikan bersama agar kita sama-sama memperolehi kebaikan.

Wallahualam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *