4 TIPS UNTUK SUAMI MENGURAT ISTERI : BERCINTA BIAR SETIAP HARI


I-Love-You-Buttons-Images

Salam untuk semua pembaca. Dikalangan pembaca mungkin ada yang belum atau sudah berkahwin. Artikel ini sangat sesuai dibaca khusus untuk sang suami, dan mereka yang bakal-bakal menjadi suami.

Pernah melalui zaman bercinta sebelum kahwin? Pada masa itu semuanya nampak sungguh indah. Tapi selepas berkahwin, dugaan yang datang kadang-kadang dapat menggoncangkan keindahan.

Namun, ada tips yang saya akan kongsikan untuk anda baca. Tips yang nampak simple, tetapi yang simple inilah yang dapat melahirkan keseronokan dalam rumahtangga. Pernah mengurat? Ya..saya yakin majoriti lelaki sinonim dengan perkataan ini.

Sebelum berkahwin, istilah mengurat ini adalah umpama senjata dalam melahirkan perasaan kepada kekasih. Ayuh..biar istilah mengurat itu terus dibawa dalam alam rumahtangga. Daripada mengurat itu, lahirnya perasaan cinta. Biar bercinta setiap hari..

Selalu mengucapkan “I Love You”pada Isteri

Ungkapan ini boleh membuatkan si isteri cair hati. Kadangkala boleh mengimbau kembali zaman-zaman cinta sebelum kahwin. Ucaplah setiap hari. Biar diucap dengan penuh rasa kasih sayang. Rasa itu yang dapat melahirkan seperti roh pada ungkapan itu.

Biar diucap ketika mata bertentangan dengan isteri. Kalau tidakpun, biarlah diungkap di cuping telinga kecil isteri. Nada ucapan jangan terlampau tinggi. Biarlah sedap telinga mendengar.

Bila diucap dengan ikhlas, pasti mimik muka menceritakan segalanya. Kalau nak nampak lebih kelainan, cuba selitkan pantun atau puisi dalam pengucapan kita. Pastikan ada unsur humor yang dapat membuatkan si isteri tersenyum.

Pergi ke Dubai membeli maruku, Bye Bye..I love you

Cium dan Peluk Isteri

Mesti apabila suami pergi kerja atau keluar, isteri akan mencium tangan. Ini umpama lumrah seharian. Masa itu la sesuai untuk cium dahi atau bibir isteri. Biar perasaan itu sampai dapat di rasa oleh isteri.

Apabila isteri tengah merajuk, pastikan suara kita lembut dan tidak menengking. Masa ini juga sesuai untuk memeluk isteri perlahan-lahan. Berapa ramai di kalangan suami yang selalu praktiskan tips ini? Biar semasa cium isteri, penampilan kena di jaga. Bersih dan Wangikan la badan. Kalau busuk kompom isteri lari tak nak dicium.

Belikan Hadiah

Hadiah dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Sifat wanita ingin sentiasa rasa untuk dihargai. Apa salahnya suami memberikan hadiah tanpa menunggu ulangtahun atau harijadi. Hadiah ini ada pelbagai jenis.

Kalau tak cukup duit beli barang yang mahal, hadiahkan la benda yang kecil tetapi bernilai di hati isteri. Membelikan isteri minuman ketika dia haus pun adalah tanda hadiah. Banyak kita memberi, InsyaAllah banyak la juga kita akan dapat. Mendapat kasih sayang isteri yang tidak dapat dijual beli.

Picit-picit Isteri

Biasa kita dengar isteri yang memicit-micit suami. Kali ini biar suami pula yang memicit isteri. Lagi afdalnya ketika isteri tengah sarat mengandung. Bayangkan apa perasaan isteri bila suami sendiri dengan relahati memicit-micit bahunya. Selain dapat menghilangkan stress, sentuhan tangan suami itu dapat menyalurkan aura yang sungguh hebat perasaannya kepada isteri.

Kesimpulan

Semoga tips ini dapat memberikan inspirasi kepada saya dan juga pembaca untuk kita amalkan dalam rumahtangga. Bagi yang belum berkahwin, rajin-rajinlah mencari jodoh sambil memohon doa agar dicepatkan jodoh. Dan bagi yang sudah berkahwin, sentiasalah mengurat isteri..biar perasaan cinta itu sentiasa hidup setiap hari. Selamat mencuba!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *