5 BAHASA KASIH SAYANG : RAHSIA HUBUNGAN SUAMI ISTERI

5 BAHASA KASIH SAYANG

Bahasa kasih sayang? Minggu lepas, ketika sedang duduk mengisi masa lapang di rumah, saya sempat melayari satu ceramah daripada  Prof. Muhaya di youtube.

Ceramah ringkas yang tidak sampai 10 minit itu sangat menarik perhatian saya. Topiknya ialah berkaitan lima bahasa kasih sayang pasangan.

Topik ini sangat mengujakan.

Tertarik dengan itu, saya pun menjalankan sedikit kajian yang membawa saya kepada seorang penulis buku bestselling, DR. Gary Chapman, yang menulis buku “The 5 Love Languages”.

Semoga dengan ilmu yang sedikit ini, akan membantu memberi nilai tambah dalam perhubungan.

WORDS OF AFFIRMATION

Cuba  tanya pasangan anda, bagaimana dia tahu yang anda sayangkan dia?

Jika dia menjawab, anda selalu katakan “I Love You”, maka disitulah terletaknya bahasa kasih sayang pasangan anda.

Ini disebut sebagai ‘words of affirmation’. Pasangan anda sukakan kata kata yang indah, dan sering diluahkan.

PHYSICAL TOUCH

Ada pasangan yang sukakan sentuhan fizikal. Dia menterjemahkan kasih sayangnya menerusi sentuhan.

Sebagai contoh, ada suami yang sukakan urutan isterinya.

Dengan urutan itu, hatinya tenang dan seronok. Begitu juga untuk isteri. Dia sukakan suaminya memeluk ketika bangun tidur dan memberikan kucupan di dahi.

Bahasa ini disebut sebagai ‘physical Touch’.

ACTS OF SERVICE

Act of service berlaku apabila pasangan menunjukkan perasaan sayang melalui  aktiviti tertentu.

Contohnya, membersihkan rumah, mencuci pinggan, menjemur kain, dan sebagainya. Ini mungkin cara pasangan untuk menunjukkan perasaannya.

Bahasa ini bukan sahaja dilakukan oleh isteri atau wanita . Malah, ramai dikalangan suami yang mempunyai bahasa kasih sayang seperti ini.

GIFTS

Seperti yang semua tahu, semua orang sukakan hadiah. Hadiah adalah antara bahasa kasih sayang paling popular dikalangan pasangan kita.

Hadiah boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.

Tidak kisah samada ia kecil atau besar. Apa yang penting ialah keikhlasan dalam memberikan hadiah.

QUALITY TIME

Masa yang berkualiti, merujuk kepada pasangan yang meluahkan kasih sayangnya dengan mengutamakan masa bersama.

Pasangan jenis begini biasanya menghabiskan masa lapang dengan bercuti atau bersiar ke tempat menarik bersama pasangan.

Mungkin dek kerana kesibukan, kurang masa bersama pasangan.

Namun, jika pasangan bijak mencari masa, masa yang sedikit itu akan jauh lebih bermakna jika digunakan sebaiknya.

KESIMPULAN : ‘BLUEPRINT OF YOUR MARRIAGE’

Memahami setiap bahasa kasih sayang akan membuatkan kita lebih mengenali pasangan kita.

Ambil sedikit masa untuk cuba mengenalpasti mana satu kriteria pasangan anda.

Saya yakin, diantara lima bahasa ini, pasti ada satu yang bahasa yang lebih dominan dalam diri pasangan anda.

Selamat Berkasih Sayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *