5 CARA JIKA ANDA TERDESAK PERLUKAN DUIT SEGERA

5 cara jika anda terdesak perlukan duit segera

Pernahkah anda taip terdesak perlukan duit segera di enjin carian online?

Setiap manusia tidak terkecuali saya, pasti mempunyai masalah tersendiri. Dan masalah duit adalah paling biasa yang banyak kita dengar.

Jika anda tergolong dalam golongan di atas, penyelesaian paling mujarab adalah berhadapan dengan masalah itu dan cuba untuk mengatasinya.

Saya percaya bahawa pasti ada cara untuk keluar dalam setiap masalah yang muncul.

Saya kongsikan 5 cara jika anda terdesak perlukan duit segera. Semoga memberi manfaat bersama. Jom baca.

MOHON BANTUAN PIHAK BERKUASA

Jika anda berada dalam keadaan terdesak, jangan malu untuk memohon bantuan dari pihan berkuasa.

Ada banyak agensi kerajaan yang boleh anda salurkan permohonan bantuan. Jika bukan bantuan berupa wang, mungkin bantuan berupa bentuk lain boleh diusahakan.

Jabatan kebajikan, zakat adan baitulmal antara yang boleh membantu. Insyaallah.

MOHON BANTUAN WAKIL RAKYAT

Salurkan masalah anda ini kepada mana-mana wakil rakyat. Paling afdal ialah wakil rakyat tempat anda menetap.

Wakil rakyat yang baik pasti akan membantu anda. Paling tidak pun, mencari penyelesaian yang terbaik untuk masalah anda.

Apa yang penting, jangan berputus asa jika tidak dapat bantuan.

KONGSI MASALAH DENGAN RAKAN DAN KELUARGA TERDEKAT

Mungkin ada yang skeptikal dengan cara ini. Adakah kita perlu membuka aib sendiri dan dedahkan masalah kita?

Namun, dalam keadaan anda terdesak perlukan duit segera, mungkin cara ini jalan yang terbaik.

Anda kena cari rakan dan keluarga yang boleh membantu, dalam masa yang sama tidak mendesak mereka. Cukup sekadar kongsikan masalah anda.

Sekurang-kurangnya, ia dapat mengurangkan beban tekanan yang sedang anda pikul.

UNLOCK POTENSI DIRI

Dalam keadaan terdesak perlukan duit segera, cuba tenangkan diri anda beberapa ketika. Fikirkan apa yang ada disekeliling anda yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

Biasanya, dalam situasi begini, anda boleh unlock potensi diri yang sebelum ini tidak digunakan.

Sebagai contoh, anda pandai memasak. Kepandaian itu boleh digunakan untuk menghasilkan pendapatan.

Gunakan laman sosial seperti youtube, tik tok, facebook dan sebagainya untuk memberi nilai tambah kepada potensi diri anda.

BERISTIGHFAR DAN BERDOA

Setiap masalah yang kita hadapi adalah berlaku dengan izin daripada Allah. Usaha itu penting, tapi ia perlu hadir bersama dengan doa dan amalan.

Perbanyakkanlah istighfar dan memohon keampunan daripada Nya.

Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan segala urusan yang telah anda usahakan dalam keluar daripada segala masalah.

KESIMPULAN

Jika terdesak perlukan duit segera, jangan sesekali untuk cuba meminjam dengan ah long. Ramai yang perlukan duit segera ini juga, biasanya adalah disebabkan oleh ah long.

Cara yang saya kongsikan ini mungkin sesuai dan ada yang tidak sesuai dengan anda.

Gunakanlah kebijaksaan anda dalam memilih mana yang terbaik.

Insyaallah, semoga dapat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *