5 CARA MUDAH BELI LAPTOP SECARA ONLINE DI HP MALAYSIA

HP antara jenama yang mempunyai peminat dan keistimewaan tersendiri. Saya antara yang memiliki beberapa alatan daripada HP.

Selain daripada membeli di kedai atau di shoppee, kali ini saya kongsikan cara mudah untuk membeli produk dari HP secara online menerusi website mereka.

Anda hanya perlu masuk melayari website HP Malaysia untuk pembelian secara online. Mudah, cepat dan berbaloi.

Menerusi HP Malaysia, anda boleh membeli bermacam-macam barangan dengan hanya duduk dan klik sahaja.

Paling menarik, ia menawarkan harga yang istimewa berbanding anda beli di kedai. So, jom baca 5 langkah mudah ini.

BUKA WEBSITE HP MALAYSIA

Pertama sekali, buka website HP Malaysia menerusi google. Di sana, anda akan lihat banyak produk yang ditawarkan.

Antaranya laptop, desktop, printer, ink dan toner, monitors dan eksesori komputer yang lain.

Paparan utama website HP Malaysia

PILIH LAPTOP YANG MAHU BELI

Selepas itu, pilih kategori yang mahu cari mengikut apa jenis alatan yang anda mahu beli.

Kali ini, saya bawa anda untuk bersama-sama saya memilih untuk membeli sebuah laptop.

So, untuk itu, saya klik pada ruangan laptop.

MULAKAN CARIAN MENGGUNAKAN FILTER

Memadangkan saya belum ada pilihan muktamad laptop apa yang bagaimana, saya gunakan filter pada ruangan sebelah kiri.

Ini bertujuan untuk memudahkan proses pemilihan laptop yang mahu dibeli.

Pada ruangan filter, anda boleh kecilkan skop mengikut citarasa anda. Saya pilih harga dan kategori.

Untuk itu, saya tetapkan range harga pada ruangan price iaitu RM3000 – RM3999.

Untuk ruangan kategori, saya pilih personal laptops.

Saya pilih 2 filter seperti di ruangan bertanda merah

PILIH MENGIKUT CITARASA DAN KEMAMPUAN

Sekarang adalah proses untuk memilih laptop yang sesuai dengan saya.

Selain daripada filter yang saya nyatakan di atas, antara kriteria laptop yang saya mahukan ialah untuk kegunaan pejabat (bukan game), menggunakan processor intel 5 gen12, 8g RAM dan ringan (di bawh 2kg).

Setelah memilih daripada beberapa jenis pilihan laptop, berikut adalah laptop yang saya pilih.

PEMBAYARAN

Saya klik ruangan detail untuk maklumat lebih lanjut berkenaan laptop tersebut. Saya akan mendapat diskaun sehingga RM702.

Dan mendapat offer RM80 lagi jika membuat pembayaran menerusi GRAB E-wallet. Menariknya lagi, berjaya mendapat penghantaran percuma.

Setelah berpuas hati, saya teruskan pembayaran selepas simpan dalam cart dan ikut arahan seterusnya.

KESIMPULAN

Untuk pembelian dengan harga RM3K secara online, adakah ia berbaloi dan selamat?

Memang mana-mana pembelian online ada risikonya. Cuma, terletak pada anda sahaja, samada yakin atau tidak sahaja.

Secara peribadi, saya sudah banyak kali melakukan pembelian online, dan alhamdulillah masih yakin dengan cara pembelian ini.

Untuk laptop, ia tetap masi satu pembelian yang berbaloi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *