5 CARA PALING MUDAH DAFTAR GOOGLE ADSENSE

Sudah daftar Google AdSense?

Secara ringkas, Google AdSense adalah satu platform daripada Google untuk penggunanya menjana pendapatan menerusi bayaran iklan.

Tapi, kenapa Google AdSense? Sebabnya adalah kerana jenama Google itu sendiri.

Menurut laporan, Google merekodkan hampir 2 trillion pencarian setahun, bersamaan hampir 5 billion pencarian setiap hari.

Sebelum ini, saya ada kongsikan tips bagaimana Google AdSense boleh menghasilkan duit.

Kali ini, saya kongsikan antara 5 cara mudah bagaimana untuk daftar Google Adsense. Jom baca.

KLIK LINK DAN START

Sebelum mula, pastikan anda berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun google yang aktif.

Pertama, sila klik link Google AdSense ini. Kemudian, klik start.

URL WEBSITE

Masukkan URL website anda. Sekiranya belum ada website, anda boleh isi kemudian.

URL yang dimasukkan mestilah dalam bentuk domain standard. Sebagai contoh, nama website anda ialah contoh.com.

Masukkan contoh.com dalam ruangan ‘your site field’.

CUSTOMIZED DAN PAYMENT

Adsense akan menawarkan anda samada membantu anda untuk customized. Saya syorkan klik saja ‘yes’.

Selepas itu, pilih negara ‘Malaysia’ dan pastikan akan akan dapat menerima Personal Indentification Number (PIN) menerusi email.

Ini akan memudahkan anda mendapat bayaran di masa hadapan.

MENERIMA TERMA

Seperti biasa, anda akan diberikan terma dan syarat. Sekiranya bersetuju dengan segala syarat yang diberikan, sila setuju dan terima.

START USING ADSENSE

Bila anda klik start, anda secara rasminya sudah berdaftar dengan Google Adsense.

KESIMPULAN

Dengan 5 langkah mudah ini, anda sudah selangkah untuk menjana pendapatan menerusi online.

Insya Allah, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *