5 CARA TRANSFER DUIT KE INDONESIA MELALUI MAYBANK2U (Foreign Telegraphic Transfer)

5 cara transfer duit ke indonesia melalui Maybank2u (foreign telegraphic transfer)

Pernahkah anda mencari bagaimana cara untuk transfer duit ke Indonesia? Dalam era serba digital ini, duit atau wang boleh anda transfer dengan sangat mudah.

Tak perlu pergi dan beratur ke bank. Boleh transfer dimana sahaja anda berada.

Cara ini anda juga boleh gunakan untuk transfer duit bukan hanya ke Indonesia, bahkan negara-negara lain di dunia ini.

kali ini, saya kongsikan 5 cara transfer duit ke Indonesia melalui Maybank2U.

Jom baca.

DAFTAR AKAUN MAYBANK

Langkah pertama, anda mesti mempunyai akaun Maybank. Bagi yang belum ada, anda kena datang ke mana-mana cawangan Maybank berhampiran untuk proses pendaftaran.

Selepas anda memiliki akaun maybank, layari website Maybank2u untuk pendaftaran. Ikuti segala arahan yang diberikan.

Daftarkan juga nombor telefon yang anda gunakan untuk tujuan penghantaran TAC.

LOG IN KE MAYBANK2U

Anda sign in ke akaun Maybank2u anda. Pastikan anda ingat username dan password anda.

Nasihat saya, gunakan password yang mudah anda ingat. Cuba elak untuk gunakkan nombor IC anda.

Selepas itu, di paparan website, anda cari perkataan ‘TRANSFER’ dan klik.

PILIH TELEGRAPH FOREIGNER TRANSFER

Langkah seterusnya, cari perkataan ‘TELEGRAPH FOREIGNER TRANSFER’ dan klik.

Anda akan dipaparkan dengan borang online dan isi segala maklumat yang diperlukan. Pastikan data yang dimasukkan adalah benar.

Masukkan jumlah duit yang ingin anda transfer.

REQUEST TAC

Seterusnya, klik butang ‘CONTINUE’, dan request nombor TAC.

TAC adalah nombor yang akan dihantar ke nombor telefon anda.

Ia adalah bertujuan untuk memastikan anda adalah individu yang sebenar membuat transaksi online tersebut.

TRANSAKSI SELESAI

Selepas anda masukkan nombor TAC, dan sahkan nombor tersebut, urusan transaksi online anda sudah selesai.

Duit yang anda transfer ke Indonesia biasanya akan sampai dalam tempoh 3 – 7 hari.

Anda hanya perlu tunggu sahaja dengan tenang.

KESIMPULAN

Selain menggunakan Foreign Telegraphic Transfer, ada satu lagi cara untuk anda transfer duit melalui Maybank2u, yang akan saya terangkan pada artikel akan datang.

Maybank2u adalah antara bank yang menawarkan perkhidmatan transfer duit dengan sangat mudah.

Semoga perkongsian dalam artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda.

One thought to “5 CARA TRANSFER DUIT KE INDONESIA MELALUI MAYBANK2U (Foreign Telegraphic Transfer)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *