5 CONTENT TIKTOK YANG PALING ORANG SUKA DAN CARI

5 content tiktok

Bagi yang baru mencari-cari content tiktok apa yang sesuai untuk anda, atau pengguna tiktok yang ingin meningkatkan bilangan view dan followers, artikel ini untuk anda.

Tahun lalu, saya ada membuat sedikit reseach berkenaan content tiktok. Tujuan asalnya adalah untuk membuat akaun tiktok untuk website ini.

Rupanya, banyak juga ilmu yang saya dapat dan baru tahu tentang dunia tiktok ni.

Beberapa website dalam dan luar negara saya jadikan reference, disamping dapatan daripada pengalaman peribadi beberapa influencer terkenal.

Antara yang saya kaji, dan highlightkan pada kali ini adalah tentang content tiktok yang paling famous atau orang paling suka.

Bagi yang baru mencari-cari content tiktok apa yang sesuai untuk anda, atau pengguna tiktok yang ingin meningkatkan bilangan view dan followers, artikel ini untuk anda.

Saya kongsikan 5 content yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk tiktok anda. Jom baca.

HIBURAN

Kategori hiburan adalah yang paling popular dalam tiktok.

Hiburan itu sebenarnya luas definisinya dan ia boleh berkembang mengikut cara seseorang creator.

Samada content hiburan berbentuk muzik, filem, humor dan sebagainya.

Jika anda seorang yang sukakan apa sahaja yang berkait dengan hiburan, content ini memang untuk anda.

Mendapat views yang paling tinggi, dan peluang untuk mendapat followers yang ramai juga tinggi.

MENARI (DANCE)

Ya, tarian juga mungkin salah satu dalam bentuk hiburan. Hakikatnya, tiktok dan menari atau dance, memang tak dapat dipisahkan.

Ketika mula-mula aplikasi tiktok baru mula naik dahulu pun, ia memang dikenali kerana video-video menari.

Cuba perhatikan video tiktok yang mengandungi content menari. Jumlah viewsnya kebiasaannya tinggi.

So, jika anda ada bakat menari, atau berkebolehan membuat content sebegitu, cuba try.

RESEPI MASAK

Content masak-memasak juga antara content popular yag sering mendapat perhatian di tiktok.

Buat video memasak yang simple dan hanya sekitar 1 minit. Skip atau cepatkan proses-proses yang mungkin mengambil masa.

Kamera memainkan peranan penting untuk memastikan masakan itu kelihatan sedap dan menyelerakan. Tak perlu explaination yang panjang lebar, biarkan saja ia kelihatan natural.

Jika tak pandai masak, boleh juga post video apa yang kamu makan.

MELANCONG TEMPAT MENARIK

Jika sukakan aktiviti melancong dan jalan-jalan, ini satu lagi content yang menarik untuk pilihan anda.

Boleh post video berkenaan tempat-tempat yang anda pergi. Jika tak dapat melancong jauh, pergi sahaja tempat yang dekat dengan anda. Pasti ada yang menarik untuk dikongsi.

Secara tidak langsung, anda terus boleh review tempat tersebut dan berkongsi tentang apa yang menarik, dan apa yang kurang.

Tipsnya, video kena lawa. Ringkas tapi padat.

KATA-KATA MOTIVASI @ POSITIF

Kadang-kadang, orang nak tengok tiktok untuk mencari ketenangan dan semangat.

Boleh jadikan video atau gambar yang sesuai sebagai latar untuk video tiktok anda. Masukkan teks yang mengandungi kata-kata motivasi.

Pilih lagu latar yang menarik dan berkaitan dengan isi content anda. Makin berkesan kata-kata anda, makin tinggi views yang boleh dapat.

Boleh tengok akaun tiktok mohamadhafiz.com.

KESIMPULAN

5 cadangan content ini hanyalah sebagai panduan untuk anda mendapat idea menghasilkan content tiktok yang menarik dan views yang tinggi.

Jangan sempitkan kreativiti anda. Cuba untuk bereksperimentasi dengan content yang anda pilih.

Paling penting, walauapapun video yang anda post, ia dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada orang di luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *