5 DRAMA JEPUN TAKASHI SORAMACHI PALING SAYA MINAT

5 drama Jepun Takashi Soramachi paling saya minat

Bila bercerita tentang drama Jepun, nama Takashi Soramachi antara yang terlintas difikiran.

Pelakon ini  pernah menjadi satu fenomena suatu masa dahulu. Wajahnya sentiasa terpampang di mana-mana.

Lakonannya sentiasa mendapat sambutan dan ditunggu-tunggu oleh peminatnya.

Banyak dramanya yang berkualiti dan berbaloi untuk ditonton.

Artikel kali ini saya kongsikan 5 drama Jepun lakonan Takashi yang paling saya minat.
Jom baca.

BEACH BOYS

Antara drama Jepun pertama saya tonton. Ditayangkan di Jepun sekitar tahun 1996.

Drama ini banyak mengimbau memori dan nostalgia.

Drama ini turut dibintangi oleh seorang lagi hero Jepun yang terkenal, Yutaka Takenouchi.

2 perkara saya suka tentang drama ini. Pertama,  lagu OST yang malar segar dan sedap didengar.

Kedua, tema persahabatan yang menjadi tunjang drama ini. Jalan cerita yang sangat mantap.

Santai, tidak berat, tapi sangat mengesankan.

OVERTIME

Bagi yang meminati genre percintaan, Overtime adalah untuk anda.

Tapi, ia bukanlah drama cinta yang biasa-biasa. Jalan ceritanya berbeza dengan kebanyakan drama cinta yang lain.

Drama ini sangat memorable. Sinematografinya sangat cantik. Saya mengenali menara Tokyo juga menerusi drama ini.

Perkara paling saya suka drama ini ialah lagu ostnya iaitu I believe. Masih layan walaupun dah lebih 20 tahun.

WONDERFUL LIFE

Cerita tentang sukan baseball. Takashi melakonkan watak seorang pengurus pasukan kanak-kanak yang keras kepala dan sombong.

Wonderful Life adalah sebuah drama yang penuh dengan falsafah dalam kehidupan.

Bagaimana watak hero lakonan Takashi dapat menguruskan sekumpulan kanak-kanak yang berlainan perangai.

Ia juga tentang perubahan dalam hidup, daripada seorang tiada apa-apa menjadi seorang yang dihormati.

Serta bagaimana untuk mengubah cara pemikiran masyarakat di sekeliling.

HOTMAN

Drama yang mengisahkan tentang Enzo, lakonan Takashi menjaga seorang anak perempuan dan 4 orang adik-beradiknya yang lain.

Saya suka dengan tema kekeluargaan yang diangkat dalam drama ini.

Lakonan Takashi sangat sesuai untuk menjadi seorang bapa dan abang. Wataknya yang sangat mengajar penonton untuk sentiasa bertanggungjawab dengan keluarga.

Drama ini juga mempunyai sambungannya iaitu HOTMAN 2.

GTO – Great Teacher Onizuka

Tidak lengkap jika bercakap tentang Takashi Soramachi tanpa GTO. Dua nama ini tidak boleh dipisahkan.

GTO atau Great Teacher Onizuka adalah antara drama terbaik lakonan beliau.

Mengisahkan seorang guru yang berhadapan dengan pelajar-pelajarnya yang bermasalah.

Menariknya, setiap masalah dapat diatasi mengikut caranya tersendiri.

Atas sambutan hangat drama ini, GTO juga muncul drama special dan telah difilemkan.

Menariknya juga, Takashi telah menamatkan zaman bujangnya dengan heroin drama ini, iaitu Nanako Matsushima.

P/S : Boleh baca artikel saya tentang drama jepun.https://www.mohamadhafiz.com/10-drama-jepun-terbaik-yang-pernah-saya-tonton/

One thought to “5 DRAMA JEPUN TAKASHI SORAMACHI PALING SAYA MINAT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *