5 KELEBIHAN MENGGUNAKAN WEDDING PLANNER

5 KELEBIHAN MENGGUNAKAN SEORANG WEDDING PLANNER

Wedding planner, atau perancang perkahwinan adalah penyelesaian kepada anda sekiranya menghadapi kesulitan dalam urusan perkahwinan.

Tak perlu stress. Hati pengantin dan keluarga pun senang.

Bakal pengantin akan lebih kepada sambutan tanpa perlu memeningkan kepala menguruskan hal-hal yang berkaitan.

So, bayangkan andalah bakal pengantin dan sedang mencari sebab mengapa perlu untuk mencari wedding planner. Jom baca.

MASA ITU SANGAT BERHARGA

Pengurusan masa itu sangat penting dalam menghadapi hari penting seperti perkahwinan.

Disinilah fungsinya seorang wedding planner.

Daripada memilih venue tempat perkahwinan, vendor yang menyediakan segala peralatan, dan urusan makan dan minum tetamu, semuanya akan diurus.

Bakal pengantin dan keluarga dapat menggunakan masa tersebut untuk persiapan yang lain.

MEMAKSIMUMKAN BUDGET ANDA MENGIKUT KEINGINAN

Bila anda menggunakan khidmat wedding planner, ia adalah berkait dengan kos dan budget. Ada harga yang anda perlu disediakan untuk perkhidmatan mereka.

Seorang planner pastinya sudah mempunyai link yang baik dengan butik, pembekal atau vendor. Ini dapat memberi kelebihan dalam menawarkan harga yang istimewa kepada pelanggan mereka.

Sudah tentu, harga yang anda bayar kepada perkhidmatan mereka perlu jelas dan ada hitam putih. Barulah anda dapat memaksimumkan budget yang ditetapkan.

MEREALISASIKAN IMIGINASI ANDA

Untuk anda berurusan secara sendirian dalam merealisasikan impian majlis perkahwinan, memang sukar.

Kadang-kadang, anda juga mempunyai imiginasi tersendiri bagaimana majlis itu berlansung.

Tetapi, dengan adanya planner, urusan itu dapat dimudahkan.

Planner akan bertanggungjawab memilih butik atau supplier yang dapat memenuhi citarasa anda.

Planner dan anda akan sentiasa keep in touch bagi memastikan segala perancangan dan impian dapat dicapai pada hari penting tersebut.

MEMBANTU MELAPANGKAN DADA DAN MINDA

Bila masa dan tenaga dapat dijimatkan, budget sudah cun dan segala kemahuan anda sudah dibincangkan bersama, ia secara tidak langsung memberikan anda satu perasaan ‘ease of mind’.

Sekurang-kurangnya, ketika dalam proses planing dan rundingan, anda sudah tidak kusut dengan maslah terkait dengan hal tersebut.

Ini dapat membantu memberikan ketenangan menanti hari-hari bersejarah, sekaligus menaikkan seri wajah bakal pengantin.

ENJOY THE WEDDING DAY

Tidak ada yang lebih menggembirakan menyaksikan hari penting dalam kehidupan kita berjalan dengan lancar dan teratur mengikut plan.

Seorang wedding planner yang baik pastinya akan meminimakan segala masalah ketika sebelum, semasa dan selepas majlis berlansung.

Bukan sahaja anda, ahli keluarga juga dapat bersama-sama meraikan majlis tanpa perlu memikirkan hal-hal kecil atau last minute task.

Anda hanya perlu nikmati dan enjoy your wedding day!

KESIMPULAN

Adakah perlu dan bebaloi untuk melantik seorang wedding planner?

Jika anda mampu, why not.

Tepuk dada, tanya selera,.. Tepuk poket, tengok budget.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *