5 KELEBIHAN MENJADI SEORANG GRAB DRIVER (Pengalaman sebenar)

5 KELEBIHAN MENJADI SEORANG GRAB DRIVER (PENGALAMAN SEBENAR)

Ramai dikalangan kita yang pernah menggunakan perkhidmatan grab driver.

Perkhidmatan Grab sebenarnya banyak membantu melicinkan perjalanan urusan seharian kita. Anda boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa perlu memikirkan tempat parkir – hanya menggunakan aplikasi di smartphone.

Tetapi berapa ramai yang tahu tentang kehidupan seorang grab driver.

Ada dikalangan mereka yang berkerja part time, tapi ramai yang menjadikan perkhidmatan ini sebagai pekerjaan utama.

Kali ini saya kongsikan 5 kelebihan menjadi seorang grab driver. Menariknya, ini adalah perkongsian daripada pengalaman sebenar seorang sahabat saya. Jom baca.

BERKERJA IKUT MASA SENDIRI

Seperti berkerja sendiri, seorang grab driver tidak terikat dengan mana-mana peraturan di tempat kerja.

So, ia lebih flexible dalam pengurusan masa. Boleh berkerja bila-bila masa sahaja. Siang atau malam.

Sifirnya mudah. Ada job, ada duit.

PULANGAN YANG LUMAYAN

Bila bercerita tentang income, ia banyak bergantung kepada berapa ramai customer yang anda serve.

Ramai customer, banyaklah untung. Jarak KM juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pendapatan seorang grab driver.

Saya bagi contoh pengiraan anggaran mudah. Bayangkan anda keluar berkerja dari awal pagi hingga ke lewat petang. Biasanya, anggaran pendapatan bersih sekitar RM200.

So, jumlah untuk 6 hari (anggaplah Ahad cuti) ialah RM1200. Kalau sebulan, jumlahnya ialah RM4200.00. Lumayan bukan.

MAHIR MENGGUNAKAN WAZE / GOOGLE MAP

Menjadi seorang grab driver, waze atau google map adalah ‘jantung’ untuk berkerja.

Ia akan menjadi seperti kompas kepada pergerakan menerima dan menghantar pelanggan ke lokasi yang ditetapkan.

Secara tidak langsung, anda akan menjadi mahir dalam menggunakan aplikasi ini.

Anda tidak akan sesat, mudah mencari lokasi pelanggan, dan membantu menjimatkan masa perjalanan.

MAHIR DENGAN SELOK BELOK JALAN

Sekiranya anda sudah lama menjadi grab driver, anda sudah boleh tahu banyak laluan dan selok belok jalan.

Anda sudah tahu bila masa laluan ini akan sesak, dan mana laluan yang lebih cepat sampai ke destinasi.

Adakalanya, anda tidak perlukan Waze untuk membantu.

BERJUMPA DENGAN PELBAGAI RAGAM MANUSIA

Sudah semesti, seorang driver akan berjumpa dengan ramai pelanggan.

Setiap pelanggan pula mempunyai ragam yang berbeza. Ada yang ramah, ada yang senyap, dan sebagainya.

Ada pelbagai cerita yang kadang-kadang dikongsikan oleh pelanggan, seperti bertemu sahabat lama, walaupun pertama kali berjumpa.

Tidak juga mustahil untuk bertemu dengan orang-orang yang terkenal.

KESIMPULAN

Ini adalah antara kelebihan yang sempat saya kongsikan kepada anda. Ada banyak lagi cerita yang best yang mungkin saya akan tuliskan pada artikel akan datang.

Sekalipun perkerjaan ini juga mempunyai beberapa kekurangan, namun ia tetap satu perkhidmatan yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Jom support para abang dan kakak grab driver kita.

Semoga artikel ini memberi manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *