5 KELEBIHAN TIK TOK UNTUK JENAMA ANDA DIKENALI

kelebihan tik tok untuk jenama anda dikenali

Tik tok? Dalam mendepani arus media sosial yang semakin hebat, kita kena menjadi bijak. Samada kita tenggelam, atau mengikut arus sambil mengambil kesempatan pada setiap perkembangan semasa.

Sama juga halnya dengan saya. Untuk mengekalkan brand mohamadhafiz.com kekal relevan, saya juga kena bijak untuk memilih dan mencari peluang yang ada.

Kali ini saya nak cerita mengenai aplikasi yang menjadi pilihan ramai anak muda masa kini, iaitu tik tok. Saya mahu kongsikan tentang kebaikan aplikasi ini dalam memasarkan jenama dan jualan anda. Jom baca.

ALGORITHM

Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh tik tok berbanding pesaing lain, ialah algorithmnya. Bagi yang tidak tahu, algorithm adalah satu sistem kompleks yang direka berdasarkan minat yang tinggi terhadap sesuatu aktiviti.

Beberapa faktor yang mempengaruhi algorithm. Antaranya, engagement (seperti likes, comment dan share), hashtag atau kata kunci, lokasi dan bahasa, serta lagu.

Anda tidak memerlukan followers yang ramai, untuk satu video anda menjadi fyp. So, jenama anda akan lebih cepat untuk dikenali oleh pengguna aplikasi ini.

PENGGUNA TIK TOK YANG RAMAI

Sehingga kini, tik tok adalah media sosial yang paling popular, dengan dianggarakan seramai 800 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Hampir separuh daripada itu, adalah dikalangan pengguna yang berusia 16 hingga 24 tahun.

DI Malaysia sahaja, bilangan penggunanya semakin meningkat setiap hari. Sudah ramai dikalangan selebriti, dan juga youtuber, sudah mula beralih ke aplikasi ini.

Ini membuktikan, pengaruh aplikasi ini yang bukan sedikit.

MUDAH DIGUNAKAN

Aplikasi ini sangat muda untuk digunakan. Tidak memerlukan kemahiran khas atau aplikasi video editing tertentu untuk menghasilkan satu video yang menarik.

Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi ini dengan cepat dan pantas.

Jika saya bandingkan dengan aplikasi seperti youtube, tik tok jauh lebih mudah dan pengguna boleh mencari video yang diinginkan dengan pantas.

PROMOSIKAN JENAMA ANDA

Tik tok adalah media sosial yang berteraskan video pendek. Masyarakat sekarang lebih sukakan video yang ringkas dan padat. Ditambahkan lagi dengan content yang menarik dan lagu yang trending.

Ia boleh dijadikan sebagai stategi untuk mempromosikan jenama anda kerana ia mudah untuk mendapatkan engagement yang ramai.

Anda juga dapat peluang untuk mempromosikan jenama kepada pelanggan yang baru dari lokasi yang berbeza.

TUNJUKKAN KREATIVITI DAN JADIKAN TREND

Tik tok adalah tempat yang paling sesuai untuk menunjukkan kreativiti anda dalam memasarkan jenama anda.

Anda boleh hasilkan pelbagai jenis video yang mungkin boleh menjadi trending.

Harus diingat, algorithm membuatkan anda sebagai pengguna mudah untuk mengesan sesuatu yang baru nak trending.

KESIMPULAN

Tik tok adalah aplikasi yang sangat berguna sekiranya digunakan dengan sebaiknya. Satu medium yang sangat berpengaruh untuk digunakan sebagai alat memasarkan jenama anda.

Selain dapat meningkatkan pengetahuan pengguna terhadap jenama, ia juga dapat membantu meningkatkan jumlah traffic ke website anda.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Insyallah, saya akan menulis beberapa lagi artikel mengenai aplikasi ini nanti.

One thought to “5 KELEBIHAN TIK TOK UNTUK JENAMA ANDA DIKENALI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *