5 Lagu MUSE Yang Perlu Anda Dengar

Saya mula mengenali kumpulan Muse pada sekitar tahun 2004 dan 2005. Segar diingatan, ketika sedang belajar di universiti masa itu, lagu Muse terlalu asing untuk saya.

Ketika itu, terus terang saya tidak kenal akan kewujudan kumpulan ini. Nak sebut perkataan Muse itupun tak betul. Betapa zeronya pengetahuan mengenai kumpulan Muse.

Bermula dari situ, saya mula melayan lagu-lagu top Muse yang lain seperti New Born dan Plug in Baby. Memang genre muzik Muse sememangnya menepati citarasa saya.

Walaupun bukan semua lagu Muse saya minat, tetapi kebanyakkannya mencuri perhatian saya. Itulah keunikan Muse.

Kali ini, saya ingin berkongsi Lima buah lagu Muse yang mungkin ‘underrated’,kurang didengar, dan jarang dimainkan di corong radio.

Lagu-lagu ini mempunyai susunan melodi dan liriknya begitu cantik. Maka sebab itu, anda perlu dengar sendiri, hayati dan layan.

Invincible

Lagu ini diterbitkan pada tahun 2006  menerusi album Black Holes and Revelations. Lirik lagu ini penuh dengan kata semangat untuk tidak berputus asa. 

Pertama kali mendengar melodi lagu ini,ia agak membosankan dan kurang ummph. Namun, selepas beberapa kali mendengar dan berulang, akhirnya saya mula meminatinya.

Follow through
Make our dreams come true
Don’t give up the fight
You will be alright
Cause there’s no one like you
In the universe

Supermassive black hole

Juga daripada album yang sama dengan lagu Invinsible, Supermassive black hole adalah single pertama yang dipertaruhkan Muse untuk album ini.

Sekalipun ia bertemakan cinta, namun unsur sains dan alam angkasa menebal dalam lagu ini. Percaya atau tidak, ramai orang baru kenal apa itu black hole selepas lagu ini diterbitkan.

Ia bertepatan dengan minat saya yang suka mengkaji bab berkaitan angkasa lepas dan teori big bang.

Melalui melodinya yang catchy, tersirat lirik yang sarat dengan falsafah dan memerlukan penghayatan untuk difahami. Namun, keseimbangan segala aspek ini menjadikan lagu ini easy listening.

You set my soul alight
Glaciers melting in the dead of night
And the superstars sucked into the super massive

Neutron Star Collision

Lagu ini merupakan soundtrack untuk filem “The Twilight Saga”. Lagu ini saya boleh katakan agak berbeza dengan muzik yang dibawa Muse sebelum ini.

Kelainan itulah yang menurut firasat saya rasa membuatkan ia unik dan menarik. Elemen melodramanya sangat kuat. Ditambah dengan alunan piano dipermulaan lagu yang nice. Berbaloi untuk didengar.

I was searching
You were on a mission
Then our hearts combined like
A neutron star collision

Explorers

Saya meminati lagu ini kerana 2 sebab. Pertama. Iramanya Moden dan kedua, terasa fresh.

Lagu yang penuh dengan elemen dramatic, pop, metal dan juga funk. Dialun dengan lantunan vocal yang mantap, Explorers, boleh saya katakana antara salah satu masterpiece hebat daripada Muse.

Once I hoped
To seek the new and unknown
This planet’s overrun
There’s nothing left for you or for me

Sing for absolution

Sing for absolution
I will be singing
Falling from your grace

Antara lagu terbaik yang pernah Muse hasilkan. Bahkan, Album “Absolution” yang diterbitkan awal 2000an, jujur saya katakan juga antara album yang terbaik. Menghimpunkan banyak lagu yang best.

Mengenai lagu ini. susunan melodinya bersama liriknya sangat awesome. Menonton Video Klip lagu ini juga sangat mengujakan. Terbaik.

KESIMPULAN

Saya harap perkongsian ini dapat membantu menceriakan hari hari kita menjalankan kehidupan. Meminati kumpulan Muse dan lagunya, mengajar saya satu perkara.

Iaitu jangan stress dalam hidup. Hidup ini hanya sementara, buatlah yang terbaik dengan apa yang kita ada.

Rock. Never. Die.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *