5 LANGKAH MUDAH DAFTAR MENJADI SHOPEE FOOD RIDER

5 langkah mudah menjadi shopee food rider

Seperti semua tahu, Shopee adalah antara aplikasi membeli-belah atas talian paling popular di Malaysia. Shopee melangkah setapak kehadapan lagi dengan memperkenalkan perkhidmatan Shopee Food.

Langkah ini saya lihat mampu memberi saingan sihat kepada perkhidmatan food rider yang lain seperti Grab Food dan Food Panda.

Paling penting, ia dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Sekaligus, membantu dalam merancakkan ekonomi pasca Covid 19.

untuk artikel kali ini, saya akan bantu anda bagaimana untuk menjadi seorang Shopee Food Rider.

Jom baca.

Sebelum saya terangkan langkahnya, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mendaftar menjadi food rider :

  • WARGANEGARA MALAYSIA
  • BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS
  • MEMPUNYAI LESEN MEMANDU
  • MEMILIKI HANDPHONE @ SMARTPHONE
  • TIDAK MEMPUNYAI REKOD JENAYAH @ TIDAK DIGANTUNG OLEH SHOPEE

BERIKUT 5 LANGKAH MUDAH :

LANGKAH 1 : TEKAN BUTANG ‘DAFTAR SEGERA’

Dapatkan borang pendaftaran Shopee Food Rider di pautan ini : Borang daftar

Isi maklumat yang diperlukan. Selepas semua maklumat telah dilengkapkan, buat pengesahan dengan tick kotak kecil terma dan syarat. Kemudian, submit.

LANGKAH 2 : TUNGGU DIHUBUNGI

Pihak shopee akan menghubungi anda untuk memberitahu mengenai status pendaftaran anda.

Sekiranya berjaya, anda akan menerima mesej melalui whatsapp yang mengandungi pautan web untuk anda membuat permohonan rasmi.

Anda perlu memuat naik semua dokumen wajib yang diperlukan.

LANGKAH 3 : PERMOHONAN DIPROSES

Permohonan anda akan diproses dan proses verifikasi akan dilakukan. Jika berjaya, pihak Shopee akan menghubungi anda melalui whatsapp.

Anda akan dijemput untuk sesi latihan secara atas talian.

LANGKAH 4 : DAPATKAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Setelah anda berjaya menghabiskan sesi latihan online, anda akan menerima satu lagi mesej menerusi whatsapp. Anda boleh membuat temu janji untuk ke pusat Shopee Food bagi mendapatkan peralatan yang diperlukan.

Bawa bersama kad pengenalan, lesen motosikal, dan penyata bank pada sesi temu janji anda.

Anda harus menpunyai baki sebanyak RM150 dalam e-wallet ShopeePay.

LANGKAH 5 : BERJAYA

Anda sudah secara rasminya berjaya menjadi seorang Shopee Food Rider. Anda boleh terus menjana pendapatan. Tahniah.

KESIMPULAN

5 langkah mudah ini diharap dapat membantu anda menjadi seorang food rider.

Saya harap ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan, boleh menjadikan perkhidmatan sebagai pilihan.

Untuk mereka yang baru untuk bermula, jadilah seorang food rider yang berdedikasi dan ikhlas dengan tanggungjawab anda.

Insyallah rezeki itu ada di mana-mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *