5 LANGKAH PERTAMA JIKA ANDA HILANG PEKERJAAN

5 langkah pertama jika anda hilang pekerjaan

Dalam musim pkp ini, ramai rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan. Samada diberhentikan kerja atau dipecat.

Ramai yang terkesan terutama yang berkeluarga. Ramai yang hilang punca dan hala tuju.

Apabila sumber pendapatan terjejas, banyak isu lain pula yang muncul.

Mengikut statistik, kes tekanan atau ‘dipression’ dikalangan masyarakat juga meningkat ketika musim pkp ini.

Begitu juga dengan kes perceraian dan keretakan rumah tangga.

Artikel kali ini saya kongsikan 5 langkah pertama yang perlu anda lakukan setelah hilang pekerjaan. Jom baca.

REDHA

Sebagai umat Islam yang beriman, kita diajar untuk redha dengan segala ketentuan daripada Allah swt.

Latih diri dan hati untuk terima ujian dengan hati terbuka apabila hilang pekerjaan.

Apa yang berlaku terhadap diri kita sebenarnya adalah dengan izin-Nya untuk menguji kita.

Kembali ke jalan yang di redhai Allah. Mungkin ada hikmah yang kita tidak nampak.

SABAR

Redha perlu hadir bersama sifat sabar.

Tidak senang untuk menjadi sabar. Apatah lagi dengan ujian kehilangan sumber pendapatan.

Namun, yakinlah bahawa sabar itu sifat yang sangat di tuntut oleh agama kita.

Orang yang bersabar pasti akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal.

MUHASABAH DIRI

Ambil masa dan tenangkan fikiran dengan muhasabah diri.

Ramai dikalangan kita tidak sedar tentang baik buruk yang telah kita lakukan selama ini.

Mungkin kerana kesibukan kerja sebelum ini.

Dengan muhasabah diri, dapat memperbetulkan kembali niat dan persepsi kita dalam kehidupan.

KENALPASTI POTENSI DIRI

Cuba kenalpasti potensi yang anda miliki.

Sebagai contoh, jika sebelum ini anda bekerja sebagai mekanik, maka anda ada kebolehan membaiki kenderaan.

Anda ada ilmu dan kemahiran berkaitan automotif. Kembangkan ia.

Bila tahu kekuatan diri, anda boleh fokus untuk memulakan sesuatu pekerjaan.

Bermula dengan kenal potensi diri.

CARI PELUANG, JANGAN TAKUT GAGAL

Peluang akan hadir jika kita mencari peluang. Jangan terlalu meratapi akan hilang pekerjaan.

Dan harus bijak mengambil peluang.

Dalam zaman pandemik ini, cuba pelajari dan kuasai perniagaan online.

Gunakan segala kekuatan dan potensi yang anda miliki.

Cuba fokus dengan perkara yang anda lakukan. Jangan risau dengan halangan yang datang.

Paling penting, jangan takut untuk gagal.

Takut gagal adalah musuh utama untuk maju dalam apa bidang pun yang anda ceburi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *